Artikel Terkini

Ikan Dolfin Rawat Sakit Kulit Dengan Terumbu Karang

Ikan Dolfin Rawat Sakit Kulit Dengan Terumbu Karang
Ikan Dolfin Rawat Sakit Kulit Dengan Terumbu Karang 1

Ciptaan Ilahi tidak pernah sia-sia baik di langit mahupun di bumi. Dan ia juga mampu mengejutkan manusia kerana masih banyak rahsia ciptaan-Nya yang masih belum diketahui. Siapa sangka, sesetengah terumbu karang yang dihuni oleh pelbagai hidupan laut mampu mengubati penyakit kulit yang dialami ikan dolfin.

Menurut penulis kajian Angela Ziltener, ikan lumba-lumba ini akan menggaru badan mereka pada terumbu karang yang mengandungi khasiat perubatan. Antara bahagian yang digaru ialah bahagian perut, depan dan belakangnya.

Ikan lumba-lumba Laut Merah menggaru badan mereka pada rumput laut. Sumber: Natalia Pryanishnikova/Alamy

Tambah Ziltener lagi, beliau tidak pernah melihat tingkah laku sebegitu rupa dan percaya ikan dolfin tahu terumbu karang mana yang sesuai untuk kesihatan mereka. Kali pertama tingkah laku ini dilihat Ziltener dan pasukan penyelidiknya ialah di utara Laut Merah kira-kira 13 tahun lalu.

Ikan lumba-lumba mempunyai kulit yang tebal, halus dan tahan lasak. Tetapi ia juga mudah terdedah kepada jangkitan bakteria dan yis serta lesion berbentuk parut atau tatu yang dicetuskan oleh jangkitan virus berjangkit. Dua keadaan ini dijangka akan diburukkan lagi dengan situasi perubahan iklim termasuk pemanasan global.

Jangan lupa dapatkan buku terbaru terbitan The Patriots, KITAB TAMADUN CINA di webstore kami: https://bit.ly/KTCAyman

Selain membantu menghilangkan sakit kulit, ikan dolfin membantu terumbu karang melepaskan mukus polipnya. Pemerhatian Ziltener mendapati dolfin-dolfin ini akan beratur dan menggaru badan pada terumbu karang sebaik saja bangun seolah-olah seperti rutin mandian pagi manusia. Selain itu, dolfin-dolfin ini juga selalu kembali kepada terumbu karang yang sama setiap kali ingin menggaru badan mereka.

48 sampel karang, span dan mukus karang diambil bagi mengkaji manfaat perubatannya. Ini termasuk span Ircinia, kulit karang Sarcophyton sp. dan karang gorgonia Rumphella aggregata. Sumber: Alamy

Bagi mengetahui ciri perubatan yang ada pada sesebuah terumbu karang termasuk bahagian yang selalu digaru ikan lumba-lumba, 48 sampel karang, span dan mukus karang pilihan dolfin diambil. Ini termasuk karang gorgonia Rumphella aggregata, kulit karang Sarcophyton sp. dan span Ircinia sp.

Analisis kajian yang diterbitkan dalam jurnal iScience mendedahkan terdapat 17 metabolit bioaktif dengan ciri anti-oksida, anti-bakteria dan hormon persis oestrogen. Semua ciri ini amat berguna untuk rawatan penyakit kulit tetapi jarang digunakan sebagai antibiotik untuk manusia atau haiwan.  Tetapi satu kajian lain yang dijalankan mendapati sesetengah karang mempunyai manfaat perubatan termasuk anti-mikrob.

Begitupun, lebih banyak kajian perlu dibuat bagi mengenalpasti ciri perubatan karang mana yang membantu ikan dolfin dan bagaimana ia memberi kesan positif kepada setasea itu. Ini boleh dilakukan dengan mengkaji rangkaian sosial dan demografi haiwan mamalia marin itu. Sekiranya bilangan ikan dolfin yang mengalami penyakit kulit berkurangan, ini menjadikan hujah terumbu karang sebagai farmasi ikan itu lebih kukuh.

Menariknya, selain digunakan sebagai ubat sakit kulit, dolfin turut menggunakan span karang sebagai alat mencari makanan. Bagi pengkaji biologi Sarah Powell, beliau tidak menolak sekiranya dolfin menggunakan karang untuk tujuan-tujuan lain yang belum diketahui oleh komuniti saintifik.

Jangan lupa dapatkan buku terbaru terbitan The Patriots, GENESIS II di webstore kami: bit.ly/GenesisIIZamir

RUJUKAN

Massey, N. (2022, 20 Mei). Dolphins line up to self-medicate skin conditions with coral, research suggests. The Independent.

Quaglia, S. (2022, 19 Mei). Pharmacy in the sea: Dolphins ‘use coral as medicine for skin ailments’. The Guardian.

Ikan Dolfin Rawat Sakit Kulit Dengan Terumbu Karang 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo
syaifulloh bin imam muhtasari kontraktor bina rumah ibs saif muhtar
syaifulloh bin imam muhtasari kontraktor bina rumah ibs saif muhtar
syaifulloh bin imam muhtasari kontraktor bina rumah ibs saif muhtar

Back to list