Artikel Terkini

‘I’m Not A Robot’ Didakwa Curi Data Pengguna, Siap Boleh Geledah ‘Browsing History’?

‘I’m Not A Robot’ Didakwa Curi Data Pengguna, Siap Boleh Geledah ‘Browsing History’?
‘I’m Not A Robot’ Didakwa Curi Data Pengguna, Siap Boleh Geledah ‘Browsing History’? 1

Pasti ramai pengguna yang pernah menekan butang pengesahan ‘I’m Not A Robot’ sebelum melayari mana-mana laman web sebagai salah satu ciri keselamatan untuk memastikan pengguna adalah manusia dan bukannya robot.

‘I’m Not A Robot’ Didakwa Curi Data Pengguna, Siap Boleh Geledah ‘Browsing History’? 2

Tahukan anda baru-baru ini, tular di laman TikTok mengenai sebuah video yang mendakwa fungsi pengesahan ‘I’m Not A Robot’ itu dapat mengesan ‘browsing history’ anda sekaligus membenarkan laman web untuk melihat data peribadi anda.

Malah, fungsi pengesahan ini turut didakwa dapat mengesan sejarah pelayaran internet anda seperti Gmail, Twitter, dan apa-apa sahaja laman web yang anda buka sebelum menekan butang pengesahan.

Menjengah di ruangan komen, perkongsian video tersebut telah mengejutkan rata-rata warganet selepas mengetahui fungsi pengesahan tersebut yang seakan-akan menceroboh data peribadi mereka.

‘I’m Not A Robot’ Didakwa Curi Data Pengguna, Siap Boleh Geledah ‘Browsing History’? 3

Menurut Google Search Central, fungsi ini difahamkan akan menyekat robot yang mahu menyamar sebagai manusia bagi melindungi laman website.

Malah, fungsi ini menggunakan gambar dikenali sebagai Captcha yang memerlukan pengguna untuk mengesahkan gambar atau nombor berdasarkan arahan yang diberi.

Bukan itu sahaja, Captcha juga dapat mengesan ketidakupayaan robot untuk menyelesaikan arahan yang diberi dengan melibatkan keseluruhan respon pengguna sebelum, semasa, dan selepas bagi menentukan sama ada pengguna itu adalah manusia.

‘I’m Not A Robot’ Didakwa Curi Data Pengguna, Siap Boleh Geledah ‘Browsing History’? 4

Difahamkan, proses pengesahan ini bertujuan bagi mengenal pasti sebarang tindakan pelik daripada pengguna seperti membuat pengesahan terlalu pantas dan sebagainya.

Bagaimanapun, setakat ini masih belum ada sebarang laporan rasmi yang mengesahkan fungsi pengesahan ‘I’m Not A Robot’ ini dapat mencuri data peribadi pengguna.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

laptop


8 bulan lalu

Ini Cara ‘Recover’ Gambar, Video & Semua Fail Penting Daripada Laptop Rosak


‘I’m Not A Robot’ Didakwa Curi Data Pengguna, Siap Boleh Geledah ‘Browsing History’? 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo

Back to list