Artikel Terkini

Imam Al-Aqsa tak gentar dasar agresif penjajah Israel

Imam Al-Aqsa tak gentar dasar agresif penjajah Israel

BAITULMAQDIS, 17 Syawal 1443H, Rabu – Bekas Mufti Besar Baitulmaqdis dan imam Masjid Al-Aqsa, Sheikh Ekrema Sabri tidak pernah gentar dengan keputusan pengganas Israel menyekatnya mengembara ke luar negara.

Dalam satu temubual dengan Al-Resala, Sheikh Ekrema berkata, keputusan rejim itu tidak menakutkannya, apatah lagi menghalang beliau daripada terus berdakwah di Masjid Al-Aqsa.

Katanya, keputusan larangan itu adalah buat kali keempat berturut-turut dilakukan Israel dengan alasan tidak munasabah, kononnya beliau melanggar keselamatan awam serta berhubung dengan organisasi pengganas.

Beliau menegaskan bahawa keputusan rejim Israel itu bertujuan untuk mengekang kegiatannya menyemai kegerunan dalam hati penyokong Al-Aqsa.

Malah katanya, dasar agresif dan tidak adil itu tidak pernah wujud di mana-mana dunia kecuali bagi fikiran puak penjajah.

Tegasnya, alat komunikasi sedia ada masih boleh membawa pendiriannya serta suara Al-Aqsa kepada dunia.

Ahad lalu, pihak berkuasa Israel memutuskan larangan ke atas Sheikh Ekrema meninggalkan wilayah Palestin yang diduduki untuk tempoh empat bulan.

Pihak berkuasa rejim telah beberapa kali melarangan Sheikh Ekrema melakukan perjalanan, selain mengusirnya dari Masjid Al-Aqsa.

Ia susulan kritikan beliau terhadap pencabulan pendudukan Israel ke atas rakyat Palestin dan tapak suci itu.-  Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.


kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo
syaifulloh bin imam muhtasari kontraktor bina rumah ibs saif muhtar
syaifulloh bin imam muhtasari kontraktor bina rumah ibs saif muhtar
syaifulloh bin imam muhtasari kontraktor bina rumah ibs saif muhtar