Artikel Terkini

Ini Asal Usul Penyakit Cacar Monyet…Kenali Simptom Dan Cara Penularan — MYKMU.NET

Ini Asal Usul Penyakit Cacar Monyet…Kenali Simptom Dan Cara Penularan — MYKMU.NET
Ini Asal Usul Penyakit Cacar Monyet...Kenali Simptom Dan Cara Penularan — MYKMU.NET 1

Ini Asal Usul Penyakit Cacar Monyet…Kenali Simptom Dan Cara Penularan — MYKMU.NET

MonkeyPox: Ini Asal Usul Penyakit Cacar Monyet…Kenali Simptom Dan Cara Penularan

BELUM reda mengenai Covid-19, dunia kini digemparkan pula dengan penularan penyakit yang jarang berlaku iaitu monkeypox atau cacar monyet di Amerika Syarikat.

Satu kes monkeypox dilaporkan pada Rabu lalu dengan pesakit dimasukkan ke sebuah hospital di Massachusetts selepas melakukan perjalanan ke Kanada menggunakan kenderaan persendirian.

Pada 2021, dua individu yang melakukan perjalanan dari Nigeria ke Amerika didiagnos dengan penyakit sama, menurut laporan Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC).

Ini Asal Usul Penyakit Cacar Monyet...Kenali Simptom Dan Cara Penularan — MYKMU.NET 3

Monkeypox yang kebanyakannya ditemui di Afrika Barat dan Tengah tetapi beberapa tahun kebelakangan ini kes turut dicatatkan di Eropah termasuk United Kingdom dan beberapa negara lain di seluruh dunia.

CDC menjelaskan kes-kes yang dilaporkan kebanyakannya dikaitkan dengan perjalanan antarabangsa termasuk haiwan import yang dijangkiti monkeypox.

Pada Khamis, Spain mengesahkan tujuh kes melibatkan monkeypox di Madrid dan sedang melakukan siasatan terhadap 22 lagi kes semantara Itali mengesahkan kes pertamanya.

Ini Asal Usul Penyakit Cacar Monyet...Kenali Simptom Dan Cara Penularan — MYKMU.NET 4

Monkeypox mudah berjangkit kepada orang lain.

Manakala Kanada mengumumkan sedang menyiasat 17 kes yang disyaki melibatkan wabak itu di Montreal.

Beberapa kes sama di UK pula melibatkan individu yang tidak mempunyai rekod perjalanan atau hubungan dengan orang yang dijangkiti kes itu.

Pakar perubatan, Dr Vivek Murthy ketika bercakap kepada CNN menjelaskan ketika ini tiada sebab untuk masyarakat berasa cemas dengan perkembangan terbaharu itu memandangkan angka dilaporkan masih rendah.

Pun begitu jelas Dr Vivek, mereka yang mengalami simptom atau bimbang dengan keadaan kesihatan boleh berjumpa dengan doktor untuk pengesahan.

Simptom monkeypox

Ini Asal Usul Penyakit Cacar Monyet...Kenali Simptom Dan Cara Penularan — MYKMU.NET 5

Terdapat tempoh inkubasi antara tujuh hingga 14 hari jelas CDC yang gejala awalnya adalah selesema, demam, menggigil, keletihan, sakit kepala, lemah otot, bengkak pada nodus limfa yang membantu tubuh melawan jangkitan dan penyakit.

Satu ciri yang membezakan jangkitan monkeypox daripada cacar biasa adalah nodus limfa yang bengkak, jelas CDC.

Tidak hanya itu, pesakit boleh mengalami ruam di bahagian muka dan badan termasuk di dalam mulut dan tapak tangan dan kaki.

Seperti cacar, monkeypox juga akan menyebabkan lepuh yang berbentuk mutiara dan berisi cecair dengan bulatan merah. Ia akhirnya akan menjadi kudis dan sembuh dengan sendirinya dalam tempoh dua ke tiga minggu.

Ini Asal Usul Penyakit Cacar Monyet...Kenali Simptom Dan Cara Penularan — MYKMU.NET 6

Setakat ini tiada ubat khusus untuk jangkitan ini. Bagaimanapun vaksin boleh diberikan untuk mencegah perkembangan penyakit.

Bagaimana monkeypox merebak?

Individu yang dijangkiti penyakit itu boleh menyebarkannya kepada kontak rapat menurut pakar.

Jangkitan boleh berkembang selepas terdedah kepada kulit yang mengalami luka, titisan daripada pernafasan, cecair badan atau pun menerusi sentuhan barangan yang tercemar dengan wabak itu.

Ini Asal Usul Penyakit Cacar Monyet...Kenali Simptom Dan Cara Penularan — MYKMU.NET 7

“Apabila lepuh sembuh, kudis (yang mungkin membawa virus berjangkit) boleh dipindahkan sebagai habuk yang boleh dihidu,” kata profesor Universiti Edinburgh Scotland, Neil Mabbot.

Jelas Neil, penularan antara manusia biasanya berlaku melalui titisan pernafasan kerana ia mampu bergerak sejauh beberapa kaki.

MonkeyPox: Ini Asal Usul Penyakit Cacar Monyet…Kenali Simptom Dan Cara Penularan

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


DJ Dave Menyanyikan Lagu Raya Untuk Pandalela Di Hanoi

Farahdhiya tayang paha sebaik habis Ramadan

Ini Asal Usul Penyakit Cacar Monyet...Kenali Simptom Dan Cara Penularan — MYKMU.NET 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo
syaifulloh bin imam muhtasari kontraktor bina rumah ibs saif muhtar
syaifulloh bin imam muhtasari kontraktor bina rumah ibs saif muhtar
syaifulloh bin imam muhtasari kontraktor bina rumah ibs saif muhtar

Back to list