Artikel Terkini

Ini Kisah Tiga Wanita Berani Kongsi Resepi Kejayaan!

Ini Kisah Tiga Wanita Berani Kongsi Resepi Kejayaan!
Ini Kisah Tiga Wanita Berani Kongsi Resepi Kejayaan! 1

Ini Kisah Tiga Wanita Berani Kongsi Resepi Kejayaan!

Ramai yang bercita-cita dan menyimpan impian yang tinggi dalam diri mereka namun keyakinan diri sering menjadi penghalang untuk mengejar cita-cita tersebut, terutamanya buat mereka yang ingin menceburi bidang perniagaan.

Ini kerana, untuk memulakan sebuah perniagaan ada cabaran-cabarannya sebagai contoh, keadaan perniagaan kurang memberangsangkan.  Jika kita tidak memiliki kesungguhan dan keyakinan, kita tidak akan berjaya. 

Bercakap tentang cabaran, jom kami kongsikan kisah tiga orang finalis siri realiti Resipi Berani MAGGI Musim ke-2 tentang cabaran yang dihadapi sebagai seorang usahawan, dalam memulakan dan mengendalikan perniagaan mereka, menangani kegagalan dan kekecewaan serta pengalaman yang memberi semangat kepada mereka untuk maju ke hadapan.

Siri 6 episode uji kecekalan para peserta

Ini Kisah Tiga Wanita Berani Kongsi Resepi Kejayaan! 3

Untuk pengetahuan korang, Resipi Berani MAGGI merupakan kemuncak kepada Program Mentor Wanita Cukup Berani MAGGI, melalui siri realiti enam episod yang menguji kecekalan para peserta menempuh cabaran kulinari dan keusahawanan.

Program ini berpegang pada semangat MAGGI CukupRasa ‘Tak Kenal Tak Cinta’ yang menggalakkan wanita untuk keluar dari zon selesa masing-masing dan mencuba sesuatu yang baru – sama ada dalam masakan, kehidupan atau perniagaan. 

“Kita hanya perlu cuba dan jangan putus asa” – Nur Syahidah

Ini Kisah Tiga Wanita Berani Kongsi Resepi Kejayaan! 4

Membesar dalam keluarga yang menjalankan perniagaan katering, juara Resipi Berani MAGGI Musim ke-2, Nur Syahidah Aimullah, 32, dah menanam impian untuk memiliki perniagaan sendiri sejak dari kecil lagi.

Beliau mula bekerja pada usia 20an, antaranya sebagai pembantu pensyarah dan setiausaha pengurusan dan pada tahun 2019, dia dan suami membuat keputusan untuk berpindah ke Kulim.

Pada masa itulah dia membuat keputusan untuk keluar dari zon selesa dengan memulakan perniagaan sendiri, NSA Cookies, menjual biskut coklat cip dan biskut sarang semut.

“Perjalanan untuk memulakan perniagaan tidak selalu mudah. Banyak cabaran yang perlu dihadapi. Namun kita perlu yakin bahawa masa yang sesuai akan tiba. Kita hanya perlu mencuba dan jangan berputus asa,” kata Syahidah.

“Bagi saya daya tahan amat penting dalam keusahawanan. Anda mesti percaya pada apa yang anda boleh lakukan, selain mengekalkan semangat keusahawanan untuk terus mendorong anda menuju ke hadapan!” 

Perbezaan fizikal bukan halangan

Ini Kisah Tiga Wanita Berani Kongsi Resepi Kejayaan! 5

 

Dilahirkan dengan sindrom Blepharophimosis atau kelopak mata tidak normal menyebabkan Nur Syahidah sering merasa malu sejak kecil lagi jurus membawa kepada perasaan rendah diri.

“Sudah bertahun-tahun saya bergelut dengan perasaan ini disebabkan penampilan fizikal saya. Namun, sejak menyertai rancangan Resipi Berani MAGGI Musim ke-2 dan menjuarai pertandingan ini, keyakinan saya semakin bertambah. Saya seperti tidak percaya sebenarnya!” katanya. 

Semangat dan kesungguhan Syahidah tekah menyaksikan dia menduduki tempat pertama di dalam rancangan tersebut dan memenangi modal permulaan sebanyak RM8,000 serta program bimbingan selama lapan minggu bersama Anne Idris.

Baru-baru ini Syahidah turut memperkenalkan produk sedia-untuk-dimakan (Ready-to-eat) terbarunya, Rendang Dendeng Daging, di bawah jenama Syahidah Food. Syahidah merancang untuk meluaskan capaiannya ke negara-negara jiran seperti Singapura dan Indonesia menjelang tahun 2025.  

Cabaran datang bertalu-talu tetapi ini adalah sebahagian daripada asam garam dunia keusahawanan – Suzaimi Zahari

Ini Kisah Tiga Wanita Berani Kongsi Resepi Kejayaan! 6

Wanita berusia 38 tahun dan ibu kepada dua orang anak yang aktif ini, menjalankan perniagaan nasi ayam di Kuala Terengganu yang diwarisi daripada ibunya sejak awal tahun 2010an.

Sebelum menyertai Resipi Berani MAGGI Musim ke-2, Mek tidak asing lagi dalam dunia perniagaan. “Cuba tanya penduduk Kuala Terengganu, siapa tak kenal Mek’s Chicken Rice!”, katanya. 

Kedainya yang terkenal dengan nasi ayam bersama jus oren segar yang dijual pada harga RM7 ini telah diiktiraf oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) sebagai Kedai Harga Patut pada tahun 2021. 

“Restoran ini adalah sebahagian daripada diri saya. Di sinilah saya mula belajar tentang makanan, masakan dan perniagaan. Melihat ibu saya menguruskan restorannya sendiri membuktikan kepada saya bahawa setiap orang boleh mengejar impian dan memiliki impian BESAR masing-masing!” 

Ini Kisah Tiga Wanita Berani Kongsi Resepi Kejayaan! 7

“Pada tahun-tahun awal perniagaan, memanglah kita perlu banyak berusaha termasuk melabur masa dan kewangan kita. Kita perlu tekun dan sabar, barulah kejayaan dapat dikecapi. Bagi saya, memiliki pemikiran yang luas serta cita-cita yang tinggi dari awal adalah penting untuk membimbing kita ke destinasi yang ingin kita capai.” katanya.

Walaupun pernah beberapa kali mahu menyerah kalah, namun berbekalkan matlamat untuk mengembangkan perniagaan dan menjadikan kedai nasi ayamnya paling terkenal di Terengganu, Suzaimi tetap komited dan akhirnya terpilih sebagai salah seorang finalis untuk siri realiti Resipi Berani MAGGI Musim ke-2 dan muncul sebagai pemenang tempat kedua, dengan membawa pulang hadiah modal permulaan sebanyak RM5,000.

“Saya cukup berani! Saya akan capai cita-cita saya suatu hari nanti!,” – Noraslinda

Ini Kisah Tiga Wanita Berani Kongsi Resepi Kejayaan! 8

Tak pernah menyimpan cita-cita untuk menjadi usahawan, ibu kepada 4 orang cahaya mata ini bertugas sebagai kerani di sebuah agensi kerajaan dan merupakan gambaran seorang wanita hebat yang bijak menguruskan masa antara kerjaya, komitmen keluarga dan memenuhi tempahan yang diterima.

Bermula dengan menjual sandwic secara kecil-kecilan seterusnya menerima banyak maklum balas positif membuatkannya semakin bersemangat. Matlamatnya hanya ingin mengembangkan perniagaan dengan memperkenalkan item baharu dalam senarai menu dan akhirnya mahu membuka kafe sendiri bersama suami di Kuala Selangor.

Bila ditanya bagaimana menguruskan perniagaan sambil bekerja sepenuh masa, Noraslinda mengakui bahawa ia bukanlah mudah dan mengesyorkan untuk bermula secara kecil-kecilan sambil mengumpul pengalaman sebelum membesarkan perniagaan.

Ini Kisah Tiga Wanita Berani Kongsi Resepi Kejayaan! 9

Noraslinda baru-baru ini mula mempromosikan perniagaan makanannya melalui media sosial selepas menghadiri bengkel secara dalam talian untuk Program Mentor Wanita Cukup Berani MAGGI. Beliu kemudiannya terpilih sebagai finalis 12 Teratas bagi siri realiti Resipi Berani MAGGI Musim ke-2 dan muncul sebagai pemenang Tempat Ketiga.

Ketiga-tiga usahawan ini merupakan contoh wanita yang diperkasakan untuk mencapai kejayaan dengan membina kesedaran dan keyakinan diri untuk mencuba sesuatu yang baharu dan meningkatkan kemahiran mereka bagi mengembangkan lagi perniagaan mereka. 

Mereka juga turut memberi inspirasi dan impak kepada kehidupan orang lain. Begitulah juga dengan MAGGI CukupRasa yang berhasrat untuk membantu wanita menyediakan pelbagai pilihan hidangan yang enak untuk keluarga walaupun berdepan kekangan masa. Ini membolehkan mereka untuk mencuba pelbagai jenis hidangan, menambah perisa makanan atau memajukan lagi perniagaan makanan masing-masing.

Untuk maklumat lanjut tentang Resipi Berani MAGGI, sila layari https://www.maggi.my/ms/aktiviti-maggi/maggi-cukup-rasa/


Ini Kisah Tiga Wanita Berani Kongsi Resepi Kejayaan! 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo

Back to list