Artikel Terkini

Insiden tahanan lolos dari depot Imigresen sejak 1999

Insiden tahanan lolos dari depot Imigresen sejak 1999
Insiden tahanan lolos dari depot Imigresen sejak 1999 1

KUALA LUMPUR, 18 Ramadan 1443H, Rabu – Berikut adalah antara insiden tahanan lolos dari depot Imigresen dalam negara sejak tahun 1999.

  • 26 Julai 1999 – Seramai 192 tahanan warga Bangladesh, Pakistan, India dan Indonesia lari dari Depot Imigresen Lenggeng, Negeri Sembilan. Sembilan berjaya diberkas semula.
  • 1 Februari 2002 – Seramai 153 warga Afrika lari ketika dalam perjalanan ke Depot Tahanan Kem Imigresen Kemaya, Pahang. 138 orang berjaya ditahan semula.
  • 6 April 2011 – Seramai 109 tahanan majoriti warga Myanmar lolos dari Depot Tahanan Imigresen Lenggeng, Negeri Sembilan. Polis berjaya menahan semula 55 orang.
  • 28 Februari 2019 – Lelaki warga Indonesia lari dari Depot Tahanan Imigresen Machap Umboo, Melaka.
  • 17 Oktober 2020 – Lima tahanan di Depot Tahanan Imigresen Pekan Nanas, Johor melarikan diri.
  • 2 Januari 2021 – Tujuh warga Indonesia yang ditahan lari dari Depot Tahanan Imigresen Lenggeng, Negeri Sembilan. Tiga berjaya diberkas semula.
  • 14 Mei 2021 – Enam tahanan warga Filipina di Depot Tahanan Imigresen Manggatal meloloskan diri dari pusat berkenaan. Empat berjaya ditahan semula.
  • 27 Jun 2021 – Lapan lelaki warga Thailand di Depot Tahanan Imigresen Tanah Merah, Kelantan lari dari sel tahanan.
  • 10 November 2021 – 14 tahanan warga Filipina di Depot Tahanan Imigresen Kimanis, Sabah melarikan diri. Tujuh berjaya ditahan semula.
  • 20 April 2022 – 528 tahanan etnik Rohingnya lari dari Depot Tahanan Imigresen Sungai Bakap, Pulau Pinang.

* Setakat 4 petang ini, polis berjaya menahan semula 325 tahanan dan masih mengesan baki 171 orang melibatkan 131 lelaki dewasa, wanita (28) dan kanak-kanak lelaki (12).

Insiden pada kira-kira 4.30 pagi itu turut meragut enam nyawa tahanan akibat dilanggar kenderaan semasa mereka melarikan diri dengan melintasi Kilometer 168 Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS) menghala selatan iaitu berhampiran kawasan Jawi. – Bernama

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Insiden tahanan lolos dari depot Imigresen sejak 1999 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo

Back to list