Artikel Terkini

Isu 3 mualaf: Ahli Parlimen PAN pura-pura pekak atau tak tahu?

Isu 3 mualaf: Ahli Parlimen PAN pura-pura pekak atau tak tahu?
Isu 3 mualaf: Ahli Parlimen PAN pura-pura pekak atau tak tahu? 1

ALAHAI, apalah Ahli Parlimen PAN seorang ini. Jangan pura-pura tak tahu atau pura-pura jadi pekak.

Yang paling awal mempertikaikan keislaman anak-anak itu adalah Ramasamy DAP dan konco-konconya. Sehingga kini mereka meratib sedemikian dengan pelbagai naratif palsu.

Apakah ini bukan soal akidah?

Hasutan demi hasutan, sehingga ibunya sendiri yang mahu cabar keislaman tersebut di mahkamah walaupun pada awalnya ibunya tidak kisah tentang agama anak-anaknya.

Apakah ini bukan soal akidah?

Sampaikan ada juga usaha untuk menjadikan kes ini untuk mencabar enakmen undang-undang Islam di kesemua sembilan negeri.

Apakah ini bukan soal akidah?

Malah, sudah ada desakan supaya anak-anaknya menanggalkan hijab setelah anak-anak tersebut pulang ke pangkuan ibu, walaupun sudah hampir tiga tahun ibunya menghilangkan diri.

Di manakah beliau tatkala semua ini berlaku? Apakah apa yang berlaku ini semua tidak ada kaitan dengan akidah?

Di manakah beliau ketika Puan Nazirah diugut bunuh oleh pihak tertentu secara terbuka? Padahal Puan Nazirahlah yang memelihara anak-anak ini seperti anak sendiri selama ibunya lesap selama tiga tahun itu. Itu pun beliau dituduh menculik dan pelbagai lagi fitnah.

Yang menyatakan solidariti bagi mempertahankan akidah ini hasil dari provokasi yang melampau-lampau. Itu pun selepas beberapa ketika kerana umat Islam ada ruang kesabaran.

Umat Islam baru sahaja nyatakan solidariti secara aman, terus kena cop macam-macam. Padahal pihak belah sana dah balun teruk-teruk, senyap sahaja.

Apakah yang nampak jahat sentiasanya umat Islam di mata beliau? Apa yang busuk hati sangat?

Apa nak jadi dengan Ahli Parlimen PAN seorang ini?

Aminuddin Yahaya
Pengerusi PEMBELA
22 Februari 2022

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Isu 3 mualaf: Ahli Parlimen PAN pura-pura pekak atau tak tahu? 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo

Back to list