Artikel Terkini

“Itulah peguam yang nak merompak duit saya sebanyak RM900k…” -Nabila Huda

“Itulah peguam yang nak merompak duit saya sebanyak RM900k…” -Nabila Huda
"Itulah peguam yang nak merompak duit saya sebanyak RM900k..." -Nabila Huda 1

Sejak kebelakangan ini, kecoh di media sosial perihal ‘peguam’ yang dikatakan mengeluarkan beberapa info berkenaan ‘isu dalaman’ tentang salah satu kes yang sedang hebat diperkataan.

Peguam tersebut juga telah menjadi salah seorang wakil kepada Orang Kena Tuduh (OKT) sehingga mendapat kecaman ramai lebih-lebih lagi tindakannya mengeluarkan beberapa kenyataan di media sosial serta dipercayai ‘koyak’ setelah dihentam netizen.

Disebabkan wajahnya kerap ‘lalu lalang’ di hampir semua media sosial ketika ini, selebriti terkenal, Nabila Huda Suhaimi atau lebih mesra disapa Abil telah membuka cerita perihal dirinya yang pernah mempunyai ‘urusan’ dengan peguam wanita terbabit.

Dalam luahannya di Twitter, pengacara Melodi itu mendakwa peguam tersebut adalah individu yang mahu menyamannya sehingga mencecah RM900,000 beberapa bulan lepas.

 

"Itulah peguam yang nak merompak duit saya sebanyak RM900k..." -Nabila Huda 2

Tambah Abil lagi, ketika itu dia sama sekali tidak mengenali peguam berkenaan dan tidak tahu dirinya akan disaman kerana kenyataan tersebut hanya diketahui menerusi media.

Menurutnya, dia pelik mengapa pihak media mengetahui terlebih dahulu berbanding dirinya kerana dia adalah individu yang ingin disaman.

Rupanya, peguam berkenaan dipercayai menghantar kenyataan bahawa selebriti itu akan disaman kepada media terlebih dahulu daripada mengirimkan surat saman itu kepadanya.

"Itulah peguam yang nak merompak duit saya sebanyak RM900k..." -Nabila Huda 3

Anak kepada rocker terkenal Amy Search itu juga turut mendedahkan bukti mesej yang dikirim kepada pihak media untuk mengetahui siapakah yang memberikan kenyataan berhubung isu saman menyaman ini kerana dia sendiri tidak mengetahui perkara berkenaan.

 

"Itulah peguam yang nak merompak duit saya sebanyak RM900k..." -Nabila Huda 4

Walau bagaimanapun, Abil sama sekali tidak berniat untuk mengeruhkan keadaan namun sekadar meluahkan rasa ‘rimas’ apabila wajah peguam tersebut kerap kali muncul di timeline media sosialnya.

Tambahnya, dia berasa trauma dengan episod hitam yang dilalui tempoh hari kerana merasakan individu tersebut cuba menabur pasir ke periuk nasinya serta mahu ‘merompak’ hasil kerja kerasnya dengan melayangkan saman secara tiba-tiba.

"Itulah peguam yang nak merompak duit saya sebanyak RM900k..." -Nabila Huda 5

Justeru itu, Nabila Huda sempat menitipkan pesan supaya berhentilah mencari populariti dengan cara murah kerana menjadi terkenal bukan sesuatu yang mudah.

Dia turut menegaskan sekali lagi yang pendedahan tersebut bukan berniat untuk menambah beban ke atas peguam tersebut tetapi memintanya untuk muhasabah diri supaya tidak mengejar hidup mewah dengan cara mudah.

 

"Itulah peguam yang nak merompak duit saya sebanyak RM900k..." -Nabila Huda 6

Menjengah keruangan komen, rata-rata warganet mengakui perasan akan sosok peguam terbabit. Mereka juga turut mengeluarkan pendapat masing-masing dan kebanyakan daripada mereka menyedari yang peguam itu memang selalu  mengambil kes berkaitan selebriti serta kontroversi.

Dia juga aktif di media sosial berkongsi perihal-perihal kes yang sedang dikendali dan baru-baru ini dilihat sedikit ‘koyak’ selepas tindakannya bergambar bersama OKT mendapat kecaman ramai.

"Itulah peguam yang nak merompak duit saya sebanyak RM900k..." -Nabila Huda 7

"Itulah peguam yang nak merompak duit saya sebanyak RM900k..." -Nabila Huda 8

"Itulah peguam yang nak merompak duit saya sebanyak RM900k..." -Nabila Huda 9

 

"Itulah peguam yang nak merompak duit saya sebanyak RM900k..." -Nabila Huda 10

"Itulah peguam yang nak merompak duit saya sebanyak RM900k..." -Nabila Huda 11

Sumber: Twitter abilsuhaimi

 

 


"Itulah peguam yang nak merompak duit saya sebanyak RM900k..." -Nabila Huda 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo

Back to list