Artikel Terkini

Jangan Terburu Buru Untuk Beli TV Baru, Ini 5 Hal Penting Yang Kena Tahu Sebelum Membeli!

Jangan Terburu Buru Untuk Beli TV Baru, Ini 5 Hal Penting Yang Kena Tahu Sebelum Membeli!
Jangan Terburu Buru Untuk Beli TV Baru, Ini 5 Hal Penting Yang Kena Tahu Sebelum Membeli! 1

Korang setuju tak yang zaman sekarang ini semua orang memerlukan televisyen kalau nak menonton filem atau rancangan kegemaran?

Yaa…memanglah sekarang ini banyak je kandungan media boleh dilayari melalui telefon pintar, tetapi ‘feel’  dia memang tak sama dengan menonton di kaca televisyen.

Skrin yang besar dan resolusi yang tinggi menjadikan tontonan lebih menarik jika menggunakannya. Terasa nak tukar televisyen baru ke tu?

Sebelum korang nak beli televisyen baru, min nak share kan beberapa tips yang biasa tapi boleh menjimatkan sangat duit korang.

Apa yang kena tahu sebelum beli TV baru?

Sebenarnya kan min rasa, korang sebagai pengguna jarang kaji dulu apakah kehendak diri atau spesifikasi yang dingini sebelum membeli televisyen kan?

Selalunya lah, korang mesti akan terus pergi ke kedai elektrik dan membandingkan harga serta saiz televisyen yang ada di atas rak pameran.

Min tak cakap salah, tetapi lebih baik kalau korang kaji dulu apakah spesifikasi yang korang nak  sebelum terus beli di kedai-kedai peralatan elektrik.

Jom min kongsikan beberapa tips yang berguna untuk korang!

1. Saiz Skrin TV

Saiz skrin adalah perkara yang paling penting ketika menentukan televisyen pilihan kita. Sudah tentu lah kita suka saiz skrin televisyen yang besar baru rasa macam menonton di dalam panggung wayang kan.

Tetapi korang tahu tak, semakin besar saiz skrin televisyen semakin mahal harganya. Saiz televisyen yang besar pun kadang-kadang tak sesuai untuk ruang yang kecil.

Jadi sebelum korang nak beli tu, pastikan korang dah ukur ruang rumah tau. Kalau korang ada ruang yang besar baru korang boleh beli saiz televisyen yang besar.

2. Resolusi

Semakin tinggi resolusi semakin cantik gambar yang dihasilkan. Bukan tu je, korang pun boleh melihat sesuatu objek dengan lebih jelas serta warna yang dihasilkan juga lebih terang. Memang syok weh!

Antara jenis resolusi yang biasa digunakan ialah :

1. HD TV

Pernah dengar tentang TV 1080p ni? Ianya ialah televisyen berdefinisi tinggi atau lebih dikenali sebagai High Definition Television, HD TV yang paling biasa terdapat di pasaran.

1080p tu bermaksud televisyen tersebut mempunyai resolusi 1920 X 1080 yang membawa kepada lebih kurang 2 juta pixel bagi sesebuah televisyen.

Pixel tu apa? Pixel adalah dot-dot kecil yang digabungkan menjadi sebuah imej. Lagi banyak pixel lagi baik imej yang akan dihasilkan.

2. UHD TV

Televisyen berdefinisi tinggi ultra atau dikenali sebagai Ultra High Definition Television, UHD juga dipanggil 4K TV.

Dah ramai yang gunakan televisyen dengan resolusi 4K ni. Bagi televisyen ini resolusinya adalah sebanyak 3840 X 2160 menghasilkan 8 juta pixel. Fuhh lagi jelas!

Kalau korang perasan kan, sekarang dah banyak kandungan drama, filem dan dokumentari yang menawarkan siaran dalam resolusi 4K, terutama di Youtube dan Netflix.

3. HDR TV

High Dynamic Range Television, HDR TV menawarkan gambar yang seakan-akan real dengan warna yang terang tau.

HDR TV akan menonjolkan lagi imej dengan menaikkan ‘contrast’ seolah-olah imej itu hidup. Mesti korang macam tak percaya kan?

Untuk korang yang tak suka kan resolusi ini bolah mematikan fungsi ini dibahagian setting.

Terpulang kepada pengguna kerana lain orang lain cita rasanya kan, kalau macam min memang suka lah dengan fungsi ni baru nikmat nak tengok movie.

3. TV LED Atau TV LCD

Min rasa mesti korang selalu confius sama ada nak beli televisyen LED atau LCD kan? Haaa…LED tu bermaksud Light Emitting Diode manakala LCD adalah Liquid Crystal Display.

LED adalah satu teknologi yang lebih baru daripada LCD. Sebelum adanya LED, pengeluar menggunakan teknologi LCD untuk membuat paparan skrin.

TV LCD menggunakan lampu flurosent untuk menjana paparan manakala TV LED menggunakan diod untuk menjana paparan.

Bahasa paling mudah faham, TV LED akan membuatkan resolusinya lebih terang, mempunyai kontras yang baik, menggunakan tenaga yang sedikit dan lebih nipis daripada TV LCD.

Sebab itu korang boleh nampak yang televisyen di pasaran sekarang semakin nipis dari masa ke semasa.

4. Bajet

Jangan Terburu Buru Untuk Beli TV Baru, Ini 5 Hal Penting Yang Kena Tahu Sebelum Membeli! 7

Ini penting tau, sebelum nak beli televisyen baru min sarankan korang buat lah kira-kira terlebih dahulu. Bukan apa, nanti kalau dah lari budget korang juga yang merana.

Min faham televisyen sekarang memang agak mahal sikit tapi korang kena lah ‘ukur baju dibadan sendiri’.

Tak bermaksud televisyen yang mahal tu bagus kan? Kadang-kadang yang harga biasa-biasa pun dah kira okay untuk digunakan tau.

5. Tunggu masa diskaun

Jangan Terburu Buru Untuk Beli TV Baru, Ini 5 Hal Penting Yang Kena Tahu Sebelum Membeli! 8

Siapa je yang tak sukakan DISKAUN kan? Jadi korang kena lah tunggu time ada diskaun baru beli televisyen baru.

Kadang-kadang time macam ni, korang boleh dapat sampai 40% diskaun atau dapat free gift. Kan jimat tu!

Min rasa kalau korang ikut tips ni confirm korang tak kan menyesal dikemudian hari. Baru betul berbelanja dengan jimat.

Televisyen dah ngam tapi macam ada yang kurang je? Hemm…korang nak tahu apa tak?

Segalanya berubah dengan unifi TV Pek Ultimate
Jangan Terburu Buru Untuk Beli TV Baru, Ini 5 Hal Penting Yang Kena Tahu Sebelum Membeli! 9

Lepas korang dah jumpa televisyen yang sesuai dengan kegunaan korang apa kata korang cepat-cepat langan unifi TV Pek Ultimate ni untuk dapatkan lebih 70 saluran premium dan sehingga 8 aplikasi penstriman. Biar betul!

Lepas ni makin rancak lah kita nak tonton movie antarabangsa atau K-Drama tanpa henti dan yang paling penting ada siaran untuk kanak-kanak lagi.

Min pun ada berita baik untuk kaki bola diluar sana, korang bakal disajikan dengan siaran langsung pelawanan bola sepak tau.

Fuhhh…baru syok macam ni. Jangan berebut dengan anak sudah lah!

Kalau korang nak tahu, dulu harga untuk unifi Pek Ultimate ialah RM60/bulan dengan kesemua 70+ saluran premium dan hanya 5 aplikasi penstriman.

Mulai September ni, korang dah boleh jimat lebih banyak dan menikmati lebih banyak aplikasi penstriman yang digabungkan secara percuma. Wow!

Antara package yang ditawarkan ialah :

  • RM49.90 : Semua saluran premium dan 6 aplikasi penstriman (unifi PlayTV, Disney+ Hotstar, beIN SPORTS CONNECT, SPOTV NOW, BBC Player, Lionsgate Play)
  • RM59.90 : Semua saluran premium dan 8 aplikasi penstriman (unifi PlayTV, Disney+ Hotstar, beIN SPORTS CONNECT, SPOTV NOW, BBC Player, Lionsgate Play, Viu, iQIYI)

Gunakan secara PERCUMA untuk 30 hari!

Jangan Terburu Buru Untuk Beli TV Baru, Ini 5 Hal Penting Yang Kena Tahu Sebelum Membeli! 10

Semua pelanggan Pek TV baru akan diberi masa 30 hari untuk mencuba tawaran unifi Plus Box dan Pek Ultimate, yang boleh mereka tamatkan tanpa kos atau penalti dalam tempoh percubaan. Yang penting percuma!

Mengapa perlu bayar lebih jika ada langganan yang lebih berbaloi kan? Yang penting tak ada lambakan siaran ulangan dan korang boleh pilih macam-macam siri TV atau filem di katalog unifi TV Pek Ultimate.

unifi TV Pek Ultimate memang berbaloi untuk dilanggan

Jangan Terburu Buru Untuk Beli TV Baru, Ini 5 Hal Penting Yang Kena Tahu Sebelum Membeli! 11

Korang juga akan disajikan dengan pelbagai saluran premium, siap boleh pilih saluran antarabangsa seperti, BBC World News, Warner TV , tvN, AXN, ZEE Thirai, Nickelodeon dan banyak lagi.

Jangan risau saluran tempatan pun ada macam DEGUP, SIAR, TV Alhjirah, TV1, TV2,TV3. Cakap je nak saluran apa mesti ada punya!

Servis pay-per-view juga turut ditawarkan bagi korang yang berminat untuk menonton filem yang tengah trending di pawagam. Kalau dah terlepas nak tengok kat pawagam, tengok je kat unifi TV hanya dari RM10/movie. 

Tak cukup lagi? unifi TV Pek Ultimate ada saluran dan aplikasi penstriman baharu pada bulan September antaranya :

  • SIAR : Menawarkan 12 filem Melayu retro setiap bulan. Saluran ini menawarkan filem tempatan yang klasik merangkumi pelbagai genre sepanjang zaman.
  • MangoTV : MangoTV kini memberikan akses kepada video yang berkualiti tinggi tanpa had bagi program eksklusif, rancangan pelbagai asal Cina, rancangan realiti, siri TV dan filem.

Cepat dapatkan unifi Plus Box sekarang!

Jangan Terburu Buru Untuk Beli TV Baru, Ini 5 Hal Penting Yang Kena Tahu Sebelum Membeli! 12

Kotak TV unifi ini disertakan dengan Pek Ultimate yang dikuasakan oleh Android dan support video 4K. Kini korang boleh mengakses ke Google Play Store untuk memuat turun aplikasi kegemaran korang seperti YouTube, Spotify, HBO GO dan banyak lagi. Menarik kan!

Ini yang membuatkan kita lagi nak langgan kan? Jadi tunggu apa lagi cepat langgan dan rasai sendiri pengalaman yang menarik ni.

Untuk maklumat lanjut korang boleh layari ke laman web rasmi unifi.

Jangan Terburu Buru Untuk Beli TV Baru, Ini 5 Hal Penting Yang Kena Tahu Sebelum Membeli! 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo

Back to list