Artikel Terkini

“Jangan Ugut Anak Saya Kahwin Dengan Video Palsu”

“Jangan Ugut Anak Saya Kahwin Dengan Video Palsu”
"Jangan Ugut Anak Saya Kahwin Dengan Video Palsu" 1

Baru-baru ini, timbul desas desus mengatakan pengarah filem terkenal, Syamsul Yusof bakal berkahwin lagi dalam masa tedekat dengan seorang wanita yang dikenalinya sejak empat tahun lalu.

Memetik mStar Online, ibu kepada pengarah itu iaitu Datin Fatimah Ismail meminta agar perkara itu tidak terus diperkatakan kerana ianya belum sahih.

BACA: Syamsul Bakal Kahwin Dengan Ira Kazar? Yusof Haslam Harap Ia Tak Berlaku

Menurut Fatimah lagi, anaknya memilih untuk berdiam diri sejak kemelut rumah tangganya hangat diperkatakan bagi mengelakkan keadaan menjadi lebih buruk

“Spekulasi belum sahih, jangan diwar-warkan. Syamsul diam kerana tidak mahu memburukkan keadaan,” katanya.

Dalam pada itu, Fatimah turut memberi peringatan kepada keluarga Ira Kazar supaya berhenti mengugut anaknya kerana Syamsul dan menantunya, Puteri Sarah saling menyayangi.

“Saya nak beritahu keluarga Kazar, jangan ugut anak saya kahwin dengan video-video palsu. Syamsul masih sayangkan isteri dan anak-anaknya,” katanya.

Sebelum ini, bapa kepada pengarah itu iaitu Datuk Yusof Haslam mengakui terkejut dengan berita itu serta berharap ianya tidak menjadi kenyataan.

Terdahulu, sebuah blog hiburan mendakwa seorang pengarah terkenal bakal berkahwin dengan kekasihnya yang juga anak kepada seorang pelakon drama veteran. Meskipun tidak menulis nama sesiapa, netizen mengesyaki gosip berkenaan adalah merujuk kepada Syamsul dan Ira Kazar.


"Jangan Ugut Anak Saya Kahwin Dengan Video Palsu" 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo

Back to list