Artikel Terkini

Janji Bulan Bintang Politik Yang Memakan Diri

Janji Bulan Bintang Politik Yang Memakan Diri
Janji Bulan Bintang Politik Yang Memakan Diri 1

Janji bulan dan bintang merupakan perkara sangat biasa dalam lembah politik. Kalangan penguasa sanggup buat apa saja untuk mendapat dan mengekalkan kuasa. Tetapi dalam banyak-banyak parti, ada satu yang betul-betul kaki penipu. Parti ini jangankan salah titik perpuluhan. Semua benda pasal parti ini memang salah.

Sebelum kejatuhan Tsar Nicholas II, penyokong-penyokong Vladimir Lenin percaya pada janji komunisme. Usaha Lenin akhirnya membina sebuah negara iaitu Kesatuan Soviet. Dalam negara ini, hanya satu pihak saja yang berkuasa iaitu Parti Komunis Kesatuan Soviet (CPSU).

Selama 74 tahun, pihak CPSU menjaja azam untuk membina sebuah masyarakat komunis. Sistem ekonomi mereka berpiagamkan sosialis. Menurut Lenin, matlamat sosialisme adalah komunisme.

Jangan lupa dapatkan buku terbaru terbitan The Patriots, KITAB TAMADUN CINA di webstore kami: https://bit.ly/KTCAyman

Maksudnya selama 74 tahun inilah kerajaan mereka menipu rakyat. Siang malam meratib komunisme-komunisme-komunisme macam satu pihak asyik zikir “najib najib najib”.

Asal terkepung saja, “komunisme!” Asal kuasa ditentang saja, “komunisme!” Mimpi buruk saja, “komunisme!”

Kerapuhan Pasca-Stalin

Kerajaan Soviet menghadapi masalah populariti selepas pemergian Joseph Stalin. Pada mata rakyat, Stalin adalah seorang yang sangat merbαhαyα. Akibat takut yang melampau, mereka berasa syukur dan lebih berani selepas beliau mαti.

Pengganti-pengganti Stalin tidak ditakuti sangat, lebih-lebih lagi dengan Georgy Malenkov yang bermuka budak-budak.

Georgy Malenkov

Nikolai Bulganin pula bertahan tiga tahun saja, diganti Nikita Khrushchev.

Nikolai Bulganin

Seandainya ahli-ahli politik Soviet dengar cakap Khrushchev, barangkali Kesatuan Soviet itu sendiri masih wujud sampai hari ini. Khrushchev merupakan seorang yang cakap tidak serupa bikin dari awal lagi. Semasa jadi orang bawahan Stalin, beliau menjalankan kempen pembαsmiαn dibawah arahan Stalin (Taubman, 2003).

Tetapi selepas mendapat kuasa, beliau mengecam kempen ini selantang-lantangnya. Sampai ramai hadirin dalam Majlis Kongres tersebut boleh kata loya hingga muntah-muntah.

Ucapan panas ini sepatutnya diberi secara rahsia. Entah macam mana Shin Bet bagi pihak Israel mendapat isi kandungannya… dan dari Shin Bet menjadi perbualan dunia terutamanya di Barat.

Nikita Khrushchev

Khrushchev cuba membυηυh pengaruh Stalin dalam politik Soviet. Tujuan beliau adalah untuk merangsangkan semula negaranya ke arah pembaharuan. Bagi beliau, Soviet takkan lama selagi mana berpaut pada komunisme. Ekonomi Soviet tidak mapan langsung untuk dibandingkan dengan pemacuan jentera-jentera kapitalisme dalam politik liberal. Mungkin beliau sudah membandingkan potensi Jerman Barat berbanding Jerman Timur.

Tetapi dalam politik Soviet, sesiapa saja yang ingin menjatuhkan (atau melunturkan) komunisme akan dicαηtαs secepat mungkin. Orang yang mencαηtαs sebenarnya tiada ingin pun untuk mengkhiαηαti. Sebaliknya, mereka cuba kemaruk kuasa. Dan Khrushchev pula banyak memungkiri janji.

Sudahlah menghina Stalin, beliau gagal membina ekonomi negara. Di hadapan Kongres Ke-22, Khrushchev mengisytihar bahawa Soviet akan menjadi sebuah negara komunis mutlak dalam masa 20 tahun.

Maksud “komunis” adalah sebuah masyarakat bebas darjat (tiada miskin kaya), bebas negara dan bebas wang. Ekonomi dipacu untuk memenuhi semua kehendak. Tidak perlu duit untuk beli apa-apa. Akan tetapi, prestasi ekonomi Soviet sepanjang 1960-an sememangnya buruk.

Jangan lupa dapatkan buku terbaru terbitan The Patriots, GENESIS II di webstore kami: bit.ly/GenesisIIZamir

Pertumbuhan ekonomi semakin merudum, yakni daripada 6 peratus ke 5 peratus setahun. Kecekapan buruh pun sama, menjunam ke 4 peratus… begitu juga dengan kadar pelaburan dan permodalan.

Kalangan pembesar politik pula bukannya memberi sokongan. Mereka pula berasa tergugat. Mereka tidak mahu Soviet capai status “komunis” sepertimana Khrushchev mahu. Mereka sendiri merangka cara tersendiri untuk mencapai status tersebut (Dowlah & Elliot, 1997).

Jadi serigala-serigala di atas saling bercαkαrαη antara satu sama lain pada dasar janji… yang akhirnya membantut dan merencatkan kesihatan politik negara.

Akhirnya negara pun terburai. Bagi sesiapa yang ingin tahu secara lanjut tentang detik-detik terakhir sebelum pembubaran Soviet, kalian dijemput beli buku PUTIN: TSAR MODEN RUSIA. Dalam buku ini, banyak perkara dibentang untuk membolehkan kalian faham secara mendalam.

Putin: Tsar Moden Russia

RUJUKAN:

Dowlah, A., & Elliot, J. (1997). The Life and Times of the Soviet Socialism. Greenwood Publishing. Halaman 146.

Taubman, W. (2003). Khrushchev: The Man and His Era. W.W. Norton & Co. Halaman 99.

Janji Bulan Bintang Politik Yang Memakan Diri 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo
syaifulloh bin imam muhtasari kontraktor bina rumah ibs saif muhtar
syaifulloh bin imam muhtasari kontraktor bina rumah ibs saif muhtar
syaifulloh bin imam muhtasari kontraktor bina rumah ibs saif muhtar

Back to list