Artikel Terkini

Jarak Sofa Dan Televisyen Yang Perlu Diambil Kira

Jarak Sofa Dan Televisyen Yang Perlu Diambil Kira
Jarak Sofa Dan Televisyen Yang Perlu Diambil Kira 1

Setiap rumah pasti ada ruang menonton, pastinya kita inginkan ruang menonton yang selesa. Bagaimana nak kenal pasti ruang menonton yang selesa. Perkara yang perlu kita ambil tahu adalah set sofa yang kita nak duduk tu haruslah selesa dan boleh duduk lama. Pendek kata empuk.

Bukan set sofa sahaja penting dalam memiliki ruang menonton yang selesa untuk anda miliki. Jarak diantara sofa dan televisyen anda juga adalah perkara yang sangat penting dan ramai yang tak tahu macam mana kedudukan sofa dan televisyen yang tepat.

Jadi, anda perlu pastikan jarak tempat duduk anda dengan televisyen tidak terlalu dekat dan tidak terlampau jauh. Jarak sofa dan televisyen yang betul akan memberikan keselesaan kepada penonton dan tidak memberikan kesan sampingan yang lain seperti sakit mata atau lain-lain.

Di sini IMPIANA kumpulkan jarak sofa dan televisyen, sudut tontonan, ketinggian televisyen dan pencahayaan yang sesuai dengan rumah anda.

Jarak Sofa Dan TV Yang Selesa

Kebiasaannya, jika anda membeli TV tentu pengeluar akan sediakan manual dan mengesyorkan kepada anda jarak yang sesuai untuk menonton TV. Tetapi jika tidak ada, anda boleh gunakan cara ini untuk menentukan jarak tontonan TV anda!

Saiz skrin diagonal Jarak sofa dan TV
26″ 3’3″ – 6-6″ (1.0m – 2.0m)
32″ 3’8″ – 7’6″ (1.1m – 2.3m)
37″ 4’3″ – 8’5″ (1.3m -2.6m)
43″ 5’3″ – 10’5″ (1.6m – 3.2m)
47″ 5’9″ – 11’8″ (1.8m -3.6m)
51″ 6’3″ – 12’5″ (1.9m -3.8m)
55″ 6’9″ – 12’8″ (2.1m – 3.9m)
60″ 7’5″ – 15′ (2.3m – 4.6m)
65+” 8’1″ – 16’2″ (2.5m – 4.9m)

 

Sudut Tontonan TV

Sudut tonton maksimum TV akan bergantung pada TV anda dan teknologi yang digunakannya sama ada LCD, LED atau pun plasma.

Kebanyakan skrin TV menawarkan sudut tontonan TV yang sangat lebar, kira-kira 160 darjah. Justeru, anda boleh melihat imej pada skrin TV dari hampir mana-mana arah sahaja di dalam bilik.

Tetapi untuk tontonan TV yang baik pastikan anda mendapatkan sudut tontonan 45 darjah dari tempat duduk yang anda letakkan.

Jarak Sofa Dan Televisyen Yang Perlu Diambil Kira 2
Kredit: House Plans HelperKetinggian TelevisyenSecara amnya, ketinggian Televisyen hendaklah pada paras dengan garis penglihatan mereka yang menontonnya. Jadi tentukan di mana garis penglihatan anda ketika berada di atas sofa atau katil dan cari tempat yang sesuai untuk anda letakkan Televisyen, di mana bahagian tengahnya sejajar dengan mata anda.Selain itu, TV bersama bracket dengan pilihan putaran dan kecondongan juga adalah pilihan yang terbaik kerana ia dapat membantu untuk meletakkan Televisyen anda dalam kedudukan yang baik mengikut keselesaan anda.

Pencahayaan Televisyen

Sesetengah Televisyen skrin flat telah disertakan lampu di sisi Televisyen yang memancarkan cahaya lembut pada sekeliling Televisyen. Ini kerana jika anda menonton Televisyen di dalam bilik gelap ia akan menyebabkan mata anda cepat letih. Jadi, jika Televisyen anda tidak mempunyai lampu ini, anda harus fikirkan cara untuk memancarkan cahaya lembut ke dinding pada belakang Televisyen dan ia akan mempunyai kesan yang sama iaitu menenangkan.

Tambahan lagi, skrin Televisyen tidak seharusnya menghadap tingkap kerana ia akan menyebabkan silau pada skrin. Sekiranya anda tidak dapat elakkan situasi tersebut disebabkan oleh ruang yang terhad, anda boleh pasangkan bidai atau langsir yang boleh menyerap cahaya secara langsung tetapi masih membiarkan sedikit cahaya masuk pada waktu siang supaya anda boleh menonton Televisyen dengan selesa.

Jarak Sofa Dan Televisyen Yang Perlu Diambil Kira 4

 

Jarak Sofa Dan Televisyen Yang Perlu Diambil Kira 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo

Back to list