Artikel Terkini

Jerman usir ratusan warga Afghanistan beri ruang pelarian Ukraine

Jerman usir ratusan warga Afghanistan beri ruang pelarian Ukraine
Jerman usir ratusan warga Afghanistan beri ruang pelarian Ukraine 1

BERLIN, 20 Ramadan 1443H, Jumaat – Laporan baharu yang dikeluarkan oleh media Amerika Syarikat (AS) mengatakan, Jerman mengusir ratusan warga Afghanistan untuk memberi laluan kepada sejumlah besar pelarian perang Ukraine yang tiba di negara itu.

Majalah Foreign Policy berpangkalan di AS menceritakan kisah keluarga Afghanistan yang tiba di Jerman sebagai pelarian tetapi, baru-baru ini diusir oleh kerajaan Jerman untuk memberi ruang kepada pelarian Ukraine.

Malah, pekerja sosial Jerman menyuarakan kekecewaan dalam layanan Berlin terhadap pelarian Afghanistan, katanya.

Lazimnya, kerajaan Jerman memberikan kediaman sementara kepada pencari suaka yang akan melalui penilaian semula setiap enam bulan. 

Namun, ia sering tidak meluluskan lanjutan dan suaka seterusnya, bergantung kepada keadaan di negara asal mereka.

Kebanyakan warga Afghanistan berpindah sejak Ogos lalu, apabila Taliban mengambil alih tampuk pemerintahan, melangkau proses ini sepenuhnya, serta-merta menerima permit pemastautin tiga tahun.

Bagaimanapun, ratusan mereka sedang diusir dari Jerman.

“Pengusiran secara sengaja ini tidak dihebahkan. Sesetengah orang telah tinggal di rumah mereka selama bertahun-tahun dan terkeluar dari struktur sosial mereka, termasuk kanak-kanak yang dipindahkan ke lokasi yang jauh dari sekolah masing-masing,” kata Tareq Alaows, Ahli Lembaga Majlis Pelarian Berlin, kerjasama dengan pelbagai organisasi.  

Berlin berkata, rakyat Afghanistan telah diusir dari apa yang dipanggil ‘pusat ketibaan’ di mana mereka sepatutnya tinggal untuk masa yang singkat.  

Tetapi terdapat beberapa keluarga telah tinggal di sana selama bertahun-tahun, manakala yang lain berada di tempat penginapan selain daripada pusat ketibaan.

Menurut laporan itu, keputusan pengusiran ini dibuat oleh Jabatan Senat bagi Integrasi, Buruh dan Perkhidmatan Sosial Berlin.  

Jabatan itu berhujah bahawa langkah itu berdasarkan pertimbangan operasi yang diperlukan dan sukar serta tiada alternatif kerana rakyat Ukraine, termasuk ramai wanita mempunyai anak, memerlukan tempat tinggal.

Sebelum memulakan operasi ketenteraan Russia di Ukraine pada 24 Februari, Jerman merupakan negara tuan rumah terbesar di Eropah untuk pelarian dengan lebih 1.24 juta orang tinggal di dalamnya, selepas Berlin membuka sempadannya pada 2015 kepada orang yang kebanyakannya melarikan diri dari peperangan di Syria.

Selepas perang di Ukraine, Poland menjadi negara tuan rumah terbesar bagi pelarian di Eropah yang telah menerima 2.8 juta rakyat Ukraine setakat ini. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Jerman usir ratusan warga Afghanistan beri ruang pelarian Ukraine 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo

Back to list