Artikel Terkini

JPJ Selangor fokus 23 kawasan kerap kemalangan

JPJ Selangor fokus 23 kawasan kerap kemalangan
JPJ Selangor fokus 23 kawasan kerap kemalangan 1

SHAH ALAM – Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Selangor akan memfokuskan penguatkuasaan di 23 kawasan yang dikenal pasti kerap berlaku kemalangan di negeri itu sepanjang Operasi Tahun Baharu Cina (Op TBC) yang bermula hari ini.

Pengarahnya Datuk Khairul Khar Yahya berkata, antara lokasi yang dikenal pasti kerap berlaku kemalangan ialah Lebuhraya Utara Selatan (PLUS), Lebuhraya Selat Klang Utara, Lebuhraya Damansara Puchong (LDP), Jalan Meru dan Jalan Bukit Kemuning.

Beliau berkata, operasi penguatkuasaan yang bermula hari ini hingga 27 Jan itu akan melibatkan 325 anggota JPJ.

“Penguatkuasaan dalam operasi ini memfokuskan sembilan kesalahan utama dan lima kesalahan tambahan termasuk memandu melebihi had laju, gagal mematuhi lampu isyarat, memotong barisan, memandu di lorong kecemasan dan memandu secara berbahaya,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan Op TBC di Terminal 17, Seksyen 17, di sini malam ini.

Selain itu, Khairul Khar berkata antara aktiviti penguatkuasaan lain yang dijalankan ialah melakukan penyamaran sebagai penumbang bas, pemeriksaan terminal serta depoh bas, penguatkuasaan khas motosikal, pengurusan aduan dan advokasi.

“Hasil penyamaran sebelum ini mendapati ada pemandu bas yang merokok, tidak memakai kasut dan menggunakan telefon bimbit semasa memandu, malah kita juga pernah mengesan pemandu bas yang bermain ‘games’ semasa memandu. Perbuatan itu amat berbahaya dan boleh mengakibatkan kemalangan,” katanya.

Menurutnya orang awam boleh membuat sebarang aduan berkaitan dengan menghubungi JPJ Selangor di talian 03-55669442 atau emel [email protected] – BERNAMA

JPJ Selangor fokus 23 kawasan kerap kemalangan 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo

Back to list