Artikel Terkini

Juara Pereka Muda Milik Pelajar UIAM & City University Of Malaysia

Juara Pereka Muda Milik Pelajar UIAM & City University Of Malaysia
Juara Pereka Muda Milik Pelajar UIAM & City University Of Malaysia 1

Hasil seni kreatif anak muda ini memang tidak dapat disangkal. Juara Pereka Muda Milik Pelajar UIAM & City University Of Malaysia (AYDA). IMPIANA ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan tahniah kepada kedua pelajar yang mempunyai bakat menzahirkan sebuah rekaan terbaik.

Muhammad Afzal Hasmi dari kategori Seni Bina dan Amirah Afiqah Abdullah dari kategori Reka Bentuk Dalaman, diumumkan sebagai pemenang emas Anugerah Pereka Muda Asia 2021 (AYDA) ke-14 untuk kedua-dua kategori berkenaan.

Juara Pereka Muda Milik Pelajar UIAM & City University Of Malaysia 2

Pengumuman itu dibuat pada majlis kemuncak anugerah yang disiarkan secara maya baru-baru ini.

Anugerah AYDA 2021 dianjurkan oleh Nippon Paint Malaysia bersama rakan kerjasama syarikat IJM Land Berhad. Sebanyak 1,276 penyertaan diterima dari kedua-dua kategori Seni Bina dan Reka Bentuk Dalaman pada tahun ini.

AYDA 2021 bertemakan ‘FORWARD: Amplifying Empathy Through Design’ dan mencabar generasi pereka muda untuk melangkaui batasan reka bentuk di luar ruang satu dimensi.

Ia juga menilai permintaan pelanggan yang kian berubah menurut zaman di samping mengambil kira kemampanan dan penjagaan alam sekitar.

Pengarah Urusan Kumpulan Nippon Paint Malaysia, Yaw Seng Heng, berkata reka bentuk pada masa kini perlu menerokai pemahaman emosi pada tahap yang kian meningkat.

“Pereka seni bina dan reka bentuk dalaman bukan sahaja perlu meningkatkan nilai komersial rekaan mereka tetapi juga memelihara alam semula jadi dan memahami emosi manusia.

“Pemenang kami berjaya menyampaikan objektif tema di dalam rekaan mereka dengan penyelesaian reka bentuk yang berkesedaran dan merangkumi kemampanan serta mangambil kira faktor sosial dan emosi,” katanya.

Muhammad Afzal dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dianugerahkan pemenang emas bagi kategori Seni Bina dengan projeknya yang bertajuk `Pusat Komuniti Sejahtera’.

Juara Pereka Muda Milik Pelajar UIAM & City University Of Malaysia 4 Juara Pereka Muda Milik Pelajar UIAM & City University Of Malaysia 6

Rekaan seni binanya mempunyai kemudahan yang inovatif dan bertujuan memperkasakan keusahawanan tempatan agar rezeki mata pencarian dan keperluan sosial rakyat dapat dikekalkan pada `norma baharu’ demi mencapai komuniti sosio ekonomi yang harmoni dan berdaya tahan.

Manakala Amirah Afiqah dari City University Malaysia muncul sebagai pemenang emas untuk kategori Reka Bentuk Dalaman dengan projeknya yang bertajuk ‘Bakau’.

Juara Pereka Muda Milik Pelajar UIAM & City University Of Malaysia 8 Juara Pereka Muda Milik Pelajar UIAM & City University Of Malaysia 10

Rekaan ini berikhtiar membangunkan hab pertanian dengan pelbagai aktiviti harian seperti komersial, sosial, pendidikan dan pusat pemeliharaan agar manusia dapat hidup di alam sekitar ekosistem kehutanan paya bakau yang mampan.

Kedua-dua pemenang membawa hasil rekaan mereka dan mewakili Malaysia ke pusingan akhir di peringkat antarabangsa di mana mereka akan bersaing dengan barisan pemenang emas dari 16 negara yang lain.

Pemenang hadiah utama untuk kedua-dua kategori tersebut berpeluang menghadiri program Design Discovery selama enam minggu yang dibiayai penuh pada tahun 2022 di Universiti Harvard Graduate School of Design di Boston, Amerika Syarikat dan bernilai ASD10,000.

Pengarah Urusan IJM Land Berhad, Dato’ Edward Chong, pula berkata reka bentuk pemenang anugerah adalah penuh dengan pembaharuan.

“Kami percaya usaha kerjasama syarikat kami dengan AYDA dapat terus menggalakkan pelajar Seni Bina dan Reka Bentuk Dalaman untuk cemerlang dan memperkasakan kebolehan mereka sebagai pemangkin yang boleh mempengaruhi persekitaran masa hadapan.

“Sudah lapan tahun kami bekerjasam dengan AYDA. Ia adalah satu perjalanan yang sungguh hebat dan kami berharap dapat terus menjalinkan kerjasama ini bersama AYDA,” katanya.

Ini adalah tahun kedua pertandingan AYDA dikendalikan secara maya oleh kerana COVID-19.

Bagi menambahkan pengalaman yang unik kepada para peserta AYDA, Nippon Paint Malaysia telah mengambil inisiatif untuk menyediakan beberapa sesi interaksi dan bimbingan secara digital dan maya demi memastikan peserta dapat berinteraksi dengan mentor dan jurulatih industri.

Artikel Berikut: Interior Designer Wanita Dunia yang Di Kagumi

Juara Pereka Muda Milik Pelajar UIAM & City University Of Malaysia 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo