Artikel Terkini

Kakak Terharu Adik Sanggup Derma Buah Pinggang

Kakak Terharu Adik Sanggup Derma Buah Pinggang
Kakak Terharu Adik Sanggup Derma Buah Pinggang 1

Kakak Terharu Adik Sanggup Derma Buah PinggangSumber: atikah_chewan

Baru-baru ini tular sebuah rakaman memaparkan kisah adik beradik yang menjalani pembedahan pemindahan buah pinggang. Namun, apa yang lebih menyentuh hati ramai apabila wanita yang juga merupakan seorang adik sanggup menderma buah pinggang miliknya.

Artikel Berkaitan: Sanggup Derma Buah Pinggang Selamatkan Kekasih, Wanita Terkilan Ditinggalkan Lepas Pembedahan

Pengorbanan paling besar

Kakak Terharu Adik Sanggup Derma Buah Pinggang 3Sumber: atikah_chewan

Menerusi video yang dikongsi seorang pengguna TikTok bernama Atikah, dia kagum dengan pengorbanan adik yang mempunyai kekuatan untuk memberikan buah pinggangnya kepada kakaknya yang diuji dengan kerosakan buah pinggang.

Entah mana lah datang kekuatan dia nak bagi buah pinggang dia.

Kalau kakak kat tempat adik, belum tentu kakak sanggup buat apa yang adik buat ni. Pengorbanan yang paling besar yang tak mungkin orang lain sanggup buat.

Rakaman berdurasi 40 saat itu dilihat adiknya sedang berjalan menghampiri katil untuk bersalaman dengan kakaknya selepas dibenarkan pulang ke rumah.

Perkongsian itu telah mendapat sejuta tontonan serta lebih 600 komen, wargamaya turut samamengalirkan air mata menyaksikan pertalian dua beradik itu.

Dalam perkongsian berasingan, Atikah juga telah berkongsi kisah perjalanan pembedahan pemindahan buah pinggangnya itu bersama adiknya. Dia bersyukur proses pembedahan yang dijalankan berjalan dengan lancar. Dia juga berterima kasih kepada pihak hospital, doktor dan jururawat yang menjaga mereka sepanjang berada di hospital.

Video penuh

@atikah_chewan @syafikahchewan #renaltransplant #kidneytransplant #beanshapedfighter ? suara asli – Els Warouw?
@atikah_chewan Alhamdulillah.. All went well. Video ni adalah my renal tranpslant journey dari work up, transplant sampai lah hari aku dengan adik berjumpa semalam lepas 2 hari post-op. Thank you team transplant Hospital Selayang, doctors and nurses @kerol_is_edward #renaltransplant #kidneytransplant #beanshapedfighter @syafikahchewan @mkhaziq21 ? PadaMu Kubersujud – Religi Islam – Afgan

‘Kuatnya dia kerana kasih sayang sejati’

Kakak Terharu Adik Sanggup Derma Buah Pinggang 4 Kakak Terharu Adik Sanggup Derma Buah Pinggang 5 Kakak Terharu Adik Sanggup Derma Buah Pinggang 6 Kakak Terharu Adik Sanggup Derma Buah Pinggang 7 Kakak Terharu Adik Sanggup Derma Buah Pinggang 8

Tinjauan di ruangan komen mendapati netizen mendoakan kesihatan kedua-dua adik beradik itu. Ruangan komen juga dihujani dengan kata-kata semangat.

Sumber: atikah_chewan

Kakak Terharu Adik Sanggup Derma Buah Pinggang 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo

Back to list