Artikel Terkini

Kami Tanya Pendapat Orang Awam Tentang Filem & Drama Kepolisan Yang Mereka Pernah Tonton

Kami Tanya Pendapat Orang Awam Tentang Filem & Drama Kepolisan Yang Mereka Pernah Tonton
Kami Tanya Pendapat Orang Awam Tentang Filem & Drama Kepolisan Yang Mereka Pernah Tonton 1

Kami Tanya Pendapat Orang Awam Tentang Filem & Drama Kepolisan Yang Mereka Pernah Tonton

Masa kecil-kecil dulu, korang pernah ada cita-cita untuk jadi seorang anggota polis tak? Tipu la kalau tak pernah. Eh, bukan lelaki je, perempuan pun ada yang teringin jadi polis tau. Serius berani. Bukan biasa-biasa eh!

Dalam banyak-banyak filem dan drama bergenre aksi, paling ramai tertarik nak tengok kalau berkaitan polis. Kami try la tanya orang awam tentang filem dan drama kepolisan yang mereka pernah tonton. Nak tahu mereka jawab apa?

Pelakon mesti yang hebat & berkaliber

Kami Tanya Pendapat Orang Awam Tentang Filem & Drama Kepolisan Yang Mereka Pernah Tonton 3

Barisan pelakon yang dipilih tak pernah mengecewakan la. Best!

– Diana –

Tonton filem dan drama genre apa sekalipun, firstly mesti nak tahu pelakonnya siapa dulu. Biasanya filem dan drama kepolisan mesti ada barisan pelakon yang mampu menjiwai watak dan memberi kualiti lakonan terbaik. Teruja bila tengok!

Sebagai contoh, kalau filem dan drama kepolisan tu ada artis veteran seperti M. Nasir, ada auranya tersendiri yang buat ramai kagum. Tak kurang hebat juga kalau ada Fify Azmi, beliau pernah memenangi anugerah Pelakon Paling Menjanjikan Festival Filem Malaysia ke-31 tau. Hebat kan?

Idea jalan cerita unik & menarik

Kami Tanya Pendapat Orang Awam Tentang Filem & Drama Kepolisan Yang Mereka Pernah Tonton 4

Jalan cerita menarik, penuh dengan penyiasatan dan aksi, drama pun ada.

– Hafiz –

Ini salah satu sebab yang buat orang nak sangat tengok filem dan drama kepolisan. Bukan setakat ada penyiasatan dan aksi, scene drama pun ada. Lebih-lebih lagi kalau ada elemen kekeluargaan. Boleh sampai touching dan berdebar-debar!

Sarat dengan inspirasi & pengajaran buat generasi muda

Kami Tanya Pendapat Orang Awam Tentang Filem & Drama Kepolisan Yang Mereka Pernah Tonton 5

Beri pengajaran yang bagus, anak sampai semangat nak jadi polis.

– Faiz –

Filem dan drama kadang-kadang boleh mempengaruhi seseorang. Tapi bagus kalau pengaruh ke arah kebaikan. Lebih-lebih lagi kalau watak utama dalam filem dan drama kepolisan tu heroin. Kalau budak-budak tengok, mereka dapat belajar yang wanita juga mampu memimpin!

Apa pendapat korang pula? Memang puas hati la kalau layan filem dan drama kepolisan ni. Buat pengetahuan korang, Disney+ Hotstar ada banyak drama Melayu dan juga filem. Sekarang ni dah ada drama menarik, Special Force: Anarchy. Seronok untuk ditonton seisi keluarga!

Kami Tanya Pendapat Orang Awam Tentang Filem & Drama Kepolisan Yang Mereka Pernah Tonton 6

Apa yang menarik tentang Special Force: Anarchy? Ia merupakan sebuah drama melayu siri original pertama dari Malaysia yang ditayangkan secara eksklusif di Disney+ Hotstar mulai 14 Januari 2023. Drama ni diinspirasikan oleh filem aksi popular 2018 Malaysia iaitu KL Special Force.

Kami Tanya Pendapat Orang Awam Tentang Filem & Drama Kepolisan Yang Mereka Pernah Tonton 7

Kami Tanya Pendapat Orang Awam Tentang Filem & Drama Kepolisan Yang Mereka Pernah Tonton 8

Special Force: Anarchy adalah siri asli pertama dengan Skop Productions yang diarahkan oleh pengarah Syafiq Yusof dan mengisahkan Iman (lakonan Puteri Aishah) seorang polis muda di negara fiksyen Tenggara. Turut dibintangi artis legenda Dato’ M. Nasir sebagai Umar, yang merupakan dalang di sebalik rompakan Bank Tenggara serta ketua kumpulan Anarki.

Barisan artis terkenal seperti Hasnul Rahmat, Alvin Wong, Johan As’ari, Fify Azmi, Chacha Maembong, Yusuf Bahrain, Anas Ridzuan, Elizabeth Tan, Dynas Mokhtar, dan Steve Yap turut ada dalam Special Force: Anarchy.

Meh kami belanja korang tengok trailer Special Force: Anarchy. Serius gempak!

??

Jom strim Special Force: Anarchy secara eksklusif di platform Disney+ Hotstar bermula 14 Januari 2023. Ajak keluarga korang di rumah tu tonton sekali. Baru meriah!

Nak tahu perkembangan filem dan drama menarik yang ada di Disney+ Hotstar? Klik SINI. Selamat menonton!

Kami Tanya Pendapat Orang Awam Tentang Filem & Drama Kepolisan Yang Mereka Pernah Tonton 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo

Back to list