Artikel Terkini

Kanak-kanak setahun hilang, bapa parah diserang buaya

Kanak-kanak setahun hilang, bapa parah diserang buaya
Kanak-kanak setahun hilang, bapa parah diserang buaya 1

LAHAD DATU – Seorang kanak-kanak lelaki berusia setahun hilang, manakala bapanya cedera parah selepas diserang buaya di perairan berhampiran Markas Operasi Pasukan Polis Marin (PPM), di sini pagi tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lahad Datu Sumsoa Rashid berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada 10.25 pagi.

Katanya berdasarkan maklumat saksi, kedua beranak itu disambar buaya ketika sedang mencari perahu mereka di persisiran pantai.

“Bapa kanak-kanak itu, Moherat, 45, berjaya diselamatkan orang awam, namun mengalami kecederaan parah di kepala serta badan dan kini mendapat rawatan lanjut di Hospital Lahad Datu,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Sumsoa berkata pihaknya melancarkan operasi mencari dan menyelamat kanak-kanak yang hilang itu menggunakan kaedah ‘surface rescue’ sejauh dua kilometer dari Pangkalan PPM hingga perairan Kluster Industri Minyak Sawit (POIC) Lahad Datu, di sini.

Bagaimanapun, menurutnya sehingga 5 petang tadi mangsa masih belum ditemukan dan operasi disambung esok. – BERNAMA

Kanak-kanak setahun hilang, bapa parah diserang buaya 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo

Back to list