Artikel Terkini

Kannibalism Selamatkan Penumpang Pesawat Yang Terhempas Di Andes

Kannibalism Selamatkan Penumpang Pesawat Yang Terhempas Di Andes
Kannibalism Selamatkan Penumpang Pesawat Yang Terhempas Di Andes 1
Follow our Telegram

Majoriti kes kemalangan udara kebiasaannya berakhir dengan kemαtian membabitkan semua krew penerbangan dan penumpang. Jika ada yang terselamat sekalipun, bilangannya sedikit sahaja. Tetapi bagi para penumpang yang terselamat dalam kemalangan udara penerbangan Tentera Udara Uruguay 571, kisah mereka digelar Keajaiban Di Pergunungan Andes.

Kebanyakan penumpang yang menggunakan penerbangan 571 ialah ahli sebuah kelab ragbi dari Montevideo, Uruguay. Mereka dijemput menyertai satu perlawanan persahabatan antara mereka dengan sebuah kelab ragbi lain di Santiago, Chile. Tetapi semasa penerbangan merentasi kawasan Andes, pesawat Fairchild FH-227D berdepan pergolakan udara sebanyak dua kali.

Pada awalnya, rombongan pemain ragbi Uruguay ini menganggap ia sesuatu yang normal dalam penerbangan. Tetapi apabila pesawat mengharungi pergolakan udara buat kali kedua, mereka dapat melihat dengan jelas jarak gunung dengan pesawat hanya dibezakan antara 10 hingga 20 kaki. Tak lama selepas itu, pesawat Fairchild FH-227D terhempas di lembah glasier, kawasan tanah tinggi Andes pada 13 Oktober 1972.

Kannibalism Selamatkan Penumpang Pesawat Yang Terhempas Di Andes 2

Bagi salah seorang penumpang Nando Parrado, perkara terakhir yang diingatinya ialah menjawab persoalan seorang rakan bernama Panchito Abal tentang keadaan penerbangan. Sebaik sedar, rupanya dia pengsan selama lebih 48 jam.

Tujuh orang disedut keluar daripada fiuslaj sebelum pesawat Tentera Udara Uruguay itu terhempas. Sementara empat orang lagi termasuk juruterbang dan ibu Parrado yang menyertai rombongan tersebut mαti di tempat kejadian. Dan selepas lelaki itu kembali sedar, lima lagi menemui ajal termasuk Abal.

Yang tinggal pada ketika itu ialah 29 orang penumpang dan krew yang terselamat. Tetapi cuaca sejuk, faktor kecederaan, ketiadaan makanan dan minuman mencabar ketahanan mereka untuk hidup. Lebih sukar, pesawat yang dicat berwarna putih tidak dapat dikesan oleh pasukan penyelamat lantaran keadaan salji di Andes ketika itu. Pendek kata, semua yang terselamat ibarat telur di hujung tanduk.

Untuk beberapa hari pertama, mana-mana individu yang sedar dan mempunyai kekuatan membantu penumpang dan krew yang cedera. Kerusi-kerusi pesawat dikumpul di satu tempat bagi mewujudkan tempat perlindungan untuk semua mangsa. Sementara kepingan aluminium dari bahagian belakang kerusi diambil untuk mencairkan salji sekaligus menyediakan sumber air minuman berterusan kepada semua mangsa.

Namun begitu, lain pula ceritanya berkenaan soal makanan. Makanan yang ada amat sedikit untuk diagihkan kepada semua penumpang. Bagi Parrado, semasa dia mendapat sebutir kacang bersalut coklat, perkara pertama dilakukannya ialah menghisap coklat yang ada pada kacang. Bila coklat habis, dia hanya mampu menghisap dan mengunyah sedikit selama berjam-jam. Tetapi pada akhirnya, satu-satunya makanan yang dimilikinya habis.

Dan ini membawa kepada satu pilihan yang amat ditakuti oleh semua tetapi perlu demi kelangsungan hidup: kanibalisme. Berbekalkan serpihan kaca yang tajam, sebahagian mangsa memotong daging punggung mangsa yang terbuηuh dan makan. Ada yang cuba bertahan dengan harapan mereka dapat diselamatkan. Tetapi pada akhirnya, mereka melakukan kanibalisme selepas mendapat tahu bantuan tidak akan sampai.

Justeru, satu-satunya cara untuk mendapatkan bantuan ialah keluar dari Pergunungan Andes – idea yang sentiasa bermain dalam kepala Parrado dan seorang lagi rakan, Roberto Canessa. Tetapi ada menganggap idea tersebut sebagai idea setengah tiang. Namun begitu, semua itu berubah apabila runtuhan salji mengenai fiuslaj sekaligus meragut nyawa lapan lagi penumpang.

Bagi Parrado, itu saja jalan keluar terbaik untuk situasi mereka. Tetapi mereka berdepan hakikat pahit: mereka bukan pendaki gunung, keadaan badan yang lemah, tiada kelengkapan atau peralatan yang sesuai. Lantas, mereka menghasilkan satu kereta luncur sementara, menjahit bahan diperlukan untuk beg tidur dan mengumpul bekalan mencukupi untuk pendakian.

Selepas berminggu-minggu membuat persediaan dan beberapa kali gagal mendaki keluar, akhirnya mereka memulakan pendakian. Parrado, Canessa dan seorang rakan menawarkan diri untuk pendakian berkenaan. Bagaimanapun, tatkala mereka baru menyelesaikan separuh pendakian, rakan yang mengikuti mereka terpaksa berpatah balik kerana terlalu lemah.

Apabila kedua-duanya berjaya sampai ke puncak, yang dilihat cuma gunung-ganang dan lembah yang terletak di tengah-tengahnya. Canessa dan Parrado turun ke lembah, terdesak untuk mendapatkan bantuan. Tetapi masalah kekurangan zat akibat kekurangan makanan melemahkan mereka dari sehari ke sehari. Tetapi semua itu berubah pada 18 Disember apabila mereka mendengar bunyi air mengalir.

Mendengar air yang mengalir di kuala, kedua-duanya mula mengikuti hala tuju sungai berkenaan. Perlahan-lahan mereka menemui pelbagai tanda kegiatan manusia seperti tin sup yang berkarat, tahi lembu dan ladam kuda. Akhirnya, pada petang 20 Disember, Parrado dan Canessa melihat seorang penunggang kuda di seberang sungai.

Keesokan harinya, tiga lagi penunggang kuda menyapa mereka. Parrado cuba menerangkan situasi mereka menerusi bahasa isyarat tetapi terlalu lemah. Lantas, salah seorang penunggang membaling seketul batu yang diikat dengan nota ke arah mereka. Parrado menulis pada nota itu bahawa mereka merupakan mangsa kemalangan udara yang terkandas di Andes, lapar dan lemah serta memberitahu ada 14 orang lagi menanti untuk diselamatkan.

Dengan saki-baki kekuatan yang ada, dia membaling semula batu yang diikat bersama notanya itu. Sebaik membaca isi kandungan nota tersebut, mereka pulang untuk mendapatkan bantuan. Sehari selepas itu, seorang penunggang kuda berada di tebing tempat Parrado dan Canessa berada. Setelah sekian lama, kedua-duanya dijamu dengan makanan panas dan berehat di sebuah pondok.

Kannibalism Selamatkan Penumpang Pesawat Yang Terhempas Di Andes 3
Rajah 2: Parrado dan Canessa selepas ditemui oleh penduduk tempatan.

Sebaik saja kisah Parrado dan Canessa diketahui umum, pihak berkuasa Chile dan pihak media tiba bagi mengetahui kedudukan baki mangsa yang terselamat. Walaupun meragui kisah mereka mendaki keluar dari Andes untuk mendapatkan bantuan, beberapa helikopter penyelamat digerakkan dengan Parrado sebagai menunjukkan lokasi mereka. Begitupun, penerbangan ke lokasi pesawat yang terhempas bukan mudah berikutan pergolakan udara dan tiupan angin yang kuat.

Akibat masalah ini, ini memaksa pasukan penyelamat Chile terbang dari sebelah selatan. Ini menyebabkan Parrado bimbang tidak dapat mengesan mangsa lain yang masih berada di tapak nahas. Tetapi akhirnya, dia dapat melihat kelibat mereka – lemah tetapi masih bernyawa.

Kannibalism Selamatkan Penumpang Pesawat Yang Terhempas Di Andes 4
Rajah 3: Mangsa penerbangan 571 yang terselamat yang dilihat Parrado semasa membawa pihak berkuasa Chile di tempat nahas. Sumber: Rolls Press/Popperfoto/Getty Images

Enam daripadanya dibawa keluar pada hari itu. Sementara itu berlaku, pasukan penyelamat membantu sebaik mungkin baki mangsa yang menunggu untuk dikeluarkan. Pada pagi keesokan harinya, usaha menyelamat baki mangsa nahas akhirnya berjaya dimuktamadkan.

Di sebalik kisah ketabahan mereka itu, ramai yang terkejut apabila mengetahui perbuatan kanibalisme yang dilakukan oleh mangsa-mangsa nahas. Pada awalnya, mereka mendapat kecaman orang ramai atas tindakan tersebut.

Tetapi selepas menerangkan bahawa ia merupakan pilihan terakhir dan mereka bersedia berkorban bagi membantu mangsa lain terus hidup, barulah kecaman orang ramai berhenti. Malah, mengikut seorang paderi Roman Katolik yang mendengar pengakuan mereka, mangsa yang terlibat dengan perbuatan kanibalisme ketika itu tidak dianggap berdosa. Ini kerana mereka dalam situasi genting (in extremis) yang memerlukan mereka membuat keputusan sukar untuk hidup.

Kalau anda berminat nak membaca mengenai tragedi-tragedi pesawat di seluruh dunia, kami nak cadangkan sebuah buku terbaru terbitan kami yang ditulis oleh Dato’ Sri Azharuddin Abdul Rahman yang merupakan mantan Ketua Pengarah Jabatan Penerbangan Awam Malaysia (DCA), yang terlibat dalam siasatan dua tragedi ini. Beli di: http://bit.ly/penerbanganterakhir 

Kannibalism Selamatkan Penumpang Pesawat Yang Terhempas Di Andes 5

RUJUKAN

Mulvaney, K. (2021, 13 Oktober). Miracle of the Andes: How Survivors of the Flight Disaster Struggled to Stay Alive. History.

[ad_2]
Source
[vc_row][vc_column][vc_column_text woodmart_inline="no" text_larger="no"][sociallocker id="61266"]Kannibalism Selamatkan Penumpang Pesawat Yang Terhempas Di Andes 6[/sociallocker][/vc_column_text][/vc_column][/vc_row] kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo

Back to list