Artikel Terkini

Kebakaran Jakel Shah Alam libat kerugian lebih RM300 juta

Kebakaran Jakel Shah Alam libat kerugian lebih RM300 juta
Kebakaran Jakel Shah Alam libat kerugian lebih RM300 juta 1

KUALA LUMPUR – Wisma Jakel cawangan Seksyen 7, Shah Alam, Selangor yang musnah teruk dalam kebakaran pagi tadi mengakibatkan kerugian lebih RM300 juta.

Ketua Pegawai Operasi Kumpulan Jakel Malaysia Holdings, Datuk Mohamed Nizam Mohamed berkata, hampir kesemua barangan tekstil dan pakaian yang disimpan dalam premis berkeluasan 80,000 kaki persegi itu musnah.

“Saya menerima panggilan mengenai kebakaran yang berlaku di Wisma Jakel pada jam lebih kurang 7.20 pagi. Saya terus bergegas ke lokasi untuk melihat keadaan dan sangat menyedihkan apabila api masih membara tebal di seluruh bangunan itu.

“Memang dah habis musnah seluruh bangunan wisma kami, 100 peratus barang-barang di dalam rosak,” katanya ketika dihubungi sambil menambah kerugian dianggarkan sebanyak RM300 juta.

Tambah beliau, belia reda dengan apa yang terjadi pada hari pertama 2023 dan bersyukur tiada sesiapa cedera atau terkorban dalam insiden tersebut.

“Apapun, saya akan membuat satu laporan polis mengenai kejadian kebakaran itu dan membiarkan kepada polis untuk melakukan siasatan bagi menentukan punca sebenar kebakaran tersebut,” ujarnya. – MalaysiaGazette

Kebakaran Jakel Shah Alam libat kerugian lebih RM300 juta 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo

Back to list