Artikel Terkini

Kejutan Hari Lahir, Raisuddin Terkejut Jumpa Wanita Seiras Arwah Siti Sarah

Kejutan Hari Lahir, Raisuddin Terkejut Jumpa Wanita Seiras Arwah Siti Sarah
Kejutan Hari Lahir, Raisuddin Terkejut Jumpa Wanita Seiras Arwah Siti Sarah 1

Pejam celik sudah 8 bulan penyanyi, Allahyarham Siti Sarah Raisuddin pergi menghadap Ilahi. Namun, pemergian arwah Sarah sememangnya memberi kesan mendalam terutama buat ahli keluarga.

Baru-baru ini, perkongsian ibu tiri arwah Sarah iaitu Siti Fatimah menjadi perhatian apabila membuat kejutan buat suaminya iaitu Raisuddin Hamzah sempena ulang tahun kelahiran bapa Sarah.

BACA: Nama Siti Sarah Diabadikan Pada Musolla, Dewan Rumah Anak Yatim

Impian Raisuddin untuk bertemu dengan wanita yang dikatakan mirip arwah anaknya itu akhirnya tercapai apabila dipertemukan pada majlis tersebut.

Menerusi entri di Instagram, Fatimah mengucapkan terima kasih kepada wanita bernama Emy itu yang sudi meluangkan masa bersama mereka.

“Masa mula-mula orang kata muka dia sama dengan arwah, suami ada bagi tau teringin sangat nak jumpa dengan Emy ni. Nak bawa jumpa tapi masih belum berkesempatan di atas faktor masing-masing sibuk.

“Sempena hari lahir kita bawa Emy untuk meraikan sekali hari lahir bersama-sama dengan kami semua.
“Terima kasih pada family dan rakan-rakan yang hadir untuk meraikan hari lahir abah, terima kasih jugak untuk Emy & keluarga yang sudi terima pelawaan kami,” katanya.

Dapat dilihat pada video itu, Raisuddin terkejut apabila melihat wajah wanita itu kerana hampir mirip dengan arwah anaknya.

Perkongsian Fatimah itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen sebak melihat video tersebut dan ramai mengakui wanita itu seiras dengan arwah Sarah.


Kejutan Hari Lahir, Raisuddin Terkejut Jumpa Wanita Seiras Arwah Siti Sarah 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo

Back to list