Artikel Terkini

“Keliru betul ke dah cerai.. Nak kena terima hakikat kembali single”

“Keliru betul ke dah cerai.. Nak kena terima hakikat kembali single”
"Keliru betul ke dah cerai.. Nak kena terima hakikat kembali single" 1

Aktor Azri Iskandar mengakui sukar bagi menyesuaikan diri dan kembali bersendirian selepas berpisah dengan isteri yang juga aktres, Ellie Suriaty pada Selasa lalu.

Menurut laporan mStar Online, Azri bagaimanapun tidak menolak takdir sekiranya mereka merujuk semula setelah pernah hidup bersama selama 19 tahun.

"Keliru betul ke dah cerai.. Nak kena terima hakikat kembali single" 2

“Saya reda dengan takdir yang sudah tertulis. Sekarang ini saya masih dalam keadaan keliru betul ke dah bercerai… nak menyesuaikan diri.
“Nak kena terima hakikat dah kembali single. Jadi, saya pun tak tahu perasaan sekarang macam mana. Harap peminat doakan kebahagian saya dan Ellie
“Kalau satu hari nanti kami berbaik dan nak rujuk semula, tak ada siapa akan halang kecuali kalau kami dah berkahwin lain,” kata aktor berusia 52 tahun itu.

"Keliru betul ke dah cerai.. Nak kena terima hakikat kembali single" 3

Meskipun perlu membawa haluan masing-masing, dia memaklumkan hubungan mereka tiada masalah sebaliknya seperti kawan baik.

"Keliru betul ke dah cerai.. Nak kena terima hakikat kembali single" 4

“Hubungan kami masih baik… saya pun masih anggap Elly sebagai kawan baik dan ibu kepada anak-anak kami. Bagi saya, Ellie adalah individu yang banyak berjasa dalam hidup saya.
“Masa saya alami kemurungan teruk sampai macam nak gila disebabkan kena pecat dari filem Leftenan Adnan 22 tahun lalu, dia la yang menjaga saya,” kongsinya.

Terdahulu, pasangan yang berkahwin pada tahun 2003 itu dikurniakan dua cahaya mata iaitu Azrell Omar, 18 dan Nur Azreen, 13 selain dua lagi yang meninggal dunia sebelum dilahirkan.

"Keliru betul ke dah cerai.. Nak kena terima hakikat kembali single" 5

Azri juga pernah berkahwin dengan Roziana Salim pada 1992 namun bercerai pada 1999 dan dikurniakan tiga cahaya mata.

Sumber: mStar Online (Nur Asyikin Mayudin)


"Keliru betul ke dah cerai.. Nak kena terima hakikat kembali single" 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo
syaifulloh bin imam muhtasari kontraktor bina rumah ibs saif muhtar
syaifulloh bin imam muhtasari kontraktor bina rumah ibs saif muhtar
syaifulloh bin imam muhtasari kontraktor bina rumah ibs saif muhtar

Back to list