Artikel Terkini

Kementerian Luar pandang serius kes rakyat Malaysia seludup emas ke Bangladesh

Kementerian Luar pandang serius kes rakyat Malaysia seludup emas ke Bangladesh
Kementerian Luar pandang serius kes rakyat Malaysia seludup emas ke Bangladesh 1

PUTRAJAYA – Kementerian Luar (KLN) memberi perhatian serius dan memantau rapat kes yang melibatkan rakyat Malaysia menyeludup emas ke Bangladesh.

Kementerian itu dalam satu kenyataan malam ini mengesahkan telah menerima memorandum daripada Pertubuhan Kemanusiaan Masyarakat Antarabangsa Malaysia (MHO) yang memohon kerajaan Malaysia untuk membantu tiga warganegara Malaysia yang sedang menjalani hukuman penjara seumur hidup (maksimum 30 tahun) atas kesalahan menyeludup 45 kilogram emas ke Bangladesh pada 2015.

Ketiga-tiga mereka telah melalui proses mahkamah dan dijatuhkan hukuman pada 2018.

Selain mereka, terdapat tiga lagi warganegara Malaysia yang sedang menjalani hukuman penjara di Bangladesh atas kesalahan yang sama, menurut kenyataan itu.

Kesalahan penyeludupan emas di Bangladesh merupakan kesalahan berat yang boleh dikenakan hukuman mati.

“Pihak Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Bangladesh telah mengadakan siri-siri pertemuan dengan tahanan warganegara Malaysia tersebut untuk menghulurkan bantuan konsular dan mengadakan perbincangan dengan pihak peguam yang dilantik dalam usaha membantu mereka sewajarnya.

“Selain itu, pihak Suruhanjaya Tinggi Malaysia juga telah mengambil inisiatif dan tindakan proaktif dalam mengadakan pertemuan dengan pihak-pihak berkuasa Bangladesh termasuk melalui pertemuan peringkat tinggi dengan pihak kerajaan negara itu ke arah membantu serta mencari jalan penyelesaian terbaik untuk kes ini,” menurut kenyataan itu.

Kementerian Luar turut menasihatkan warganegara Malaysia yang berada di negara asing untuk sentiasa peka dan menghormati undang-undang negara berkenaan serta tidak terlibat dalam sebarang aktiviti yang melanggar undang-undang negara itu.- BERNAMA

ARTIKEL BERKAITAN:

Tolong bantu bebaskan anak saya – Siti Fatimah

Kementerian Luar pandang serius kes rakyat Malaysia seludup emas ke Bangladesh 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo

Back to list