
PETALING JAYA: Seorang Ahli Parlimen dan sebuah badan bukan kerajaan (NGO) antirasuah meminta bekas Ketua Polis Negara (KPN), Abdul Hamid Bador mengemukakan bukti berhubung dakwaan kewujudan “kartel” dalam pasukan polis.

Ahli Parlimen Klang, Charles Santiago berkata Hamid sepatutnya mendedahkan bukti dakwaannya.
“Hamid patut tampil dan jelaskan secara terperinci dakwaannya. Jika beliau sudah menemui Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC), apakah bukti yang dikemukakannya,” soalnya.
Presiden Transparency International Malaysia, Muhammad Mohan berkata Hamid bukan sahaja perlu mendedahkan asas dakwaannya, tetapi mengeluarkan kenyataan bagi menyokong dakwaan itu.
“Orang awam tidak akan mudah menerima isu itu diselesaikan secara mudah, lebih-lebih lagi selepas bekas pegawai tertinggi pasukan polis sendiri yang membuat tuduhan serius terhadap anak buahnya.”

Sebelum bersara pada April tahun lalu, Hamid mendakwa wujud “kartel polis” yang bersekongkol dengan penjenayah untuk menjatuhkannya.
Susulan siasatan berhubung dakwaan itu, EAIC semalam berkata, ia tidak dapat mengesahkan kebenaran terhadap dakwaan Hamid.
Pengerusinya, Sidek Hassan berkata penemuan itu, berdasarkan keterangan saksi dan dokumen, dibuat sembilan bulan selepas ia melancarkan siasatan pada Mei.
Dalam respons segera, Hamid mendakwa Sidek tidak biasa dengan sistem dalam pasukan polis dan menyuarakan kekecewaannya terhadap penemuan EAIC..
Santiago memberitahu FMT, Hamid dan EAIC sepatutnya memberi penjelasan terperinci bagi menangkis persepsi negatif terhadap pasukan polis.
“Ada persepsi tentang hubungan antara penjenayah dengan polis. Sama ada ia benar atau tidak, hanya satu cara untuk menangani persepsi ini dengan mendedahkan bukti atau laporan siasatan.”
Dalam pada itu, Ahli Parlimen Bukit Gelugor, Ramkarpal Singh berkata penemuan EAIC bertentangan dengan pendedahan Hamid, dan beliau tertanya-tanya jika siasatan itu tidak lengkap.
Beliau turut mempersoalkan EAIC sama ada ia mengambil keterangan bekas KPN itu semasa siasatan dijalankan, dan jika tidak, mereka perlu menyatakan sebab tidak berbuat demikian.
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo
Source
kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo