Artikel Terkini

Kemuka usul undi tidak percaya jika masih tak puas hati

Kemuka usul undi tidak percaya jika masih tak puas hati
Kemuka usul undi tidak percaya jika masih tak puas hati 1

KUALA LUMPUR – Perikatan Nasional (PN) disarankan supaya mengusulkan undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada sidang Dewan Rakyat 19 Disember ini sekiranya masih belum berpuas hati dengan kerajaan yang dibentuk.

Bekas Setiausaha Majlis Syura Ulama Pas, Datuk Dr. Mohd. Khairuddin Aman Razali berkata, PN perlu berhenti mencipta persepsi dan menerima hakikat serta bergerak ke hadapan.

“Amalkan kembali BPMS Budaya Politik Matang Sejahtera. Marilah kita membina negara yang bersatu padu tanpa politik benci membenci,” katanya dalam hantaran Facebook miliknya, hari ini.

Pada 24 November lalu, Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, Anwar wajar mengemukakan bukti yang beliau sebagai Pengerusi Pakatan Harapan (PH) mempunyai sokongan majoriti Ahli Parlimen untuk menjawat jawatan itu.

Menurut beliau, perkara itu perlu dilakukan Anwar demi keyakinan rakyat terhadap keabsahan beliau sebagai Perdana Menteri.

Sebelum itu, Setiausaha Agung PN, Datuk Hamzah Zainudin mendakwa, Muhyiddin mempunyai sokongan 112 Ahli Parlimen sekali gus melayakkan beliau dilantik sebagai Perdana Menteri.

Mohd. Khairuddin turut mempersoalkan mengapa PN berkempen pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) atas nama ‘bersih’ tetapi mahu membina kerajaan secara ‘tidak bersih’ dengan usaha ‘mencuri’ Ahli Parlimen tanpa persetujuan parti dan ketua parti.

“Tidakkah Akta Anti Lompat Parti kita semua persetujui untuk membendung gejala lompat parti dalam membentuk kerajaan?

“Jika berjaya dibentuk kerajaan sebegini ia bukannya kerajaan yang stabil. Ia hanya akan mengulangi ketidakstabilan kerajaan PN sebelum ini dengan angka Ahli Parlimen 73 PN, 23 Gabungan Parti Sarawak (GPS), enam Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dengan 10 Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN), jumlahnya cukup-cukup 112,” jelasnya.

Beliau menambah, oleh kerana itu, Yang di-Pertuan Agong bertindak penuh bijaksana menyarankan Kerajaan Perpaduan yang menggabungkan semua pihak yang sememangnya tidak boleh membentuk kerajaan secara bersendiri.

“Tapi malang Yang di-Pertuan Agong pula dituduh sebagai ‘pengadil’ yang menambah masa kecederaan,” katanya.

Mohd. Khairuddin menempelak pihak tertentu yang dengan tanpa rasa malu dan segan masih mendendangkan ‘kita sudah boleh menubuhkan kerajaan’.

Sedangkan, katanya, GPS dan GRS sendiri secara jelas telah menyokong membentuk Kerajaan Perpaduan dengan bilangan Ahli Parlimen iaitu PH 82, BN 30, GPS 23, GRS 6, Parti Warisan 3, Parti Bangsa Malaysia (PBM) 1, Parti Kesejahteraan Demokratik Masyarakat (KDM) 1 dan 2 Bebas, menjadikan jumlah keseluruhan 148 iaitu dua pertiga majoriti.

“Jika masih mahu dicuri 10 Ahli Parlimen BN pun masih ada angka 138,” katanya. – MalaysiaGazette

Kemuka usul undi tidak percaya jika masih tak puas hati 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo

Back to list