Artikel Terkini

Kenapa hanya tegur Syed Mokhtar?

Kenapa hanya tegur Syed Mokhtar?
Kenapa hanya tegur Syed Mokhtar? 1

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sepatutnya membuat teguran secara menyeluruh jika melibatkan tokoh perniagaan bukan menumpu kepada individu tertentu sahaja.

Naib Presiden Berjasa, Abdul Samad Ashaari menegaskan, dalam isu memonopoli import beras negara, bukan Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhari sahaja malah ramai lagi yang terlibat.

“Teguran Anwar terhadap Syed Mokhtar dalam isu ini dibuat secara tidak menyeluruh sedangkan ia perlu melibatkan semua tokoh tokoh perniagaan lain di Malaysia.

“Dalam laporan Malaysia’s 50 Richest Forbes 2022, Syed Mokhtar Al-Bukhary berada di tempat ke-15 terkaya di Malaysia. Kenapa hanya sasarkan tokoh perniagaan ini sahaja.

“Bagaimana dengan tokoh dan ahli perniagaan lain yang jauh lebih kaya dan menguasai sebahagian besar kartel industri pemakanan di Malaysia dan menguasai sistem rantaian ekonomi terbesar Malaysia,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Semalam, Anwar menegur Syed Mokhtar kerana memonopoli import beras di negara ini.

Beliau menegaskan, kerajaan tidak akan mengizinkan lagi pembolotan kekayaan oleh tokoh-tokoh politik yang dengan begitu mudah menghisap darah pesawah yang miskin.

Menurut Abdul Samad, sebagai sebuah kerajaan yang menjanjikan pentadbiran yang adil dan telus, mereka seharusnya bertindak lebih telus dalam setiap pandangan dan keputusan yang dibuat dan tidak hanya menyasarkan golongan tertentu sahaja. – MalaysiaGazette

Kenapa hanya tegur Syed Mokhtar? 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo

Back to list