Artikel Terkini

Kenapa Sotong Kurita Makan Diri Sendiri Selepas Mengawan?

Kenapa Sotong Kurita Makan Diri Sendiri Selepas Mengawan?

Normal bagi sesetengah haiwan, ia akan mati selepas mengawan. Tetapi bagi sotong kurita betina, cara ia pergi selepas menghasilkan telur masih dianggap dahsyat. Sebaik saja telurnya akan menetas, ia akan berhenti makan dan meninggalkan tudung perlindungan pada telur-telurnya. Setelah itu, sotong kurita betina akan membunuh dirinya dengan cara sama ada menghempaskan dirinya pada batu, mengoyak kulitnya sendiri atau makan diri sendiri.

Mungkin ada menyangka perlakuan sebegini sebagai tidak masuk akal. Tetapi hakikatnya, ia didorong oleh perubahan kimia dalam badan sotong itu sendiri. Sebaik saja sotong kurita betina menghasilkan telur, ia akan mengalami perubahan dari segi penghasilan dan penggunaan kolesterol dalam badan. Perubahan ini mengakibatkan peningkatan pengeluaran hormon steroid – perubahan biokimia yang akhirnya menjejaskan sotong kurita betina itu.

Jangan lupa dapatkan buku terbaru terbitan The Patriots, KITAB TAMADUN CINA di webstore kami: https://bit.ly/KTCAyman

Sebelum ini, tiada siapapun tahu mengapa ia berkelakuan sedemikian. Saintis mengemukakan pelbagai teori seperti mengumpan haiwan pemangsa daripada mendekati telur atau melepaskan nutrien dalam air bagi membantu tumbesaran telur.

Tetapi penyelidik Z. Yan Wang dari Universiti Washington percaya sotong kurita betina berbuat demikian bagi mengelakkan telur-telurnya dimakan oleh sotong-sotong kurita lain yang lebih tua. Perlu diingat, sotong kurita mempunyai kecenderungan kanibalisme. Jika sotong kurita yang lebih tua masih wujud, pastinya ia akan memakan telur atau sotong yang lebih kecil.

Ahli psikologi dari Universiti Brandeis, Jerome Wodinsky percaya kunci kepada mekanisme kemusnahan diri sotong kurita betina terletak pada kelenjar optik, sepasang kelenjar yang terletak berhampiran dengan mata sotong kurita. Peranan kelenjar ini hampir sama dengan kelenjar pituitari dalam badan manusia. Cuma penyelidik haiwan tidak menyangka kelenjar optik bertanggungjawab mengawal skala kemusnahan diri sotong kurita betina sebelum ia mati.

Bagi mengetahui bagaimana ini boleh berlaku, Wang dan rakan-rakan penyelidiknya meneliti kandungan kimia yang dihasilkan kelenjar optik sotong-sotong tompok dua California. Analisis mereka mendapati sebaik saja mengeluarkan telur, gen-gen yang menghasilkan hormon steroid mula aktif. Dari situ, mereka mendapati wujud tiga perubahan kimia secara berasingan berlaku semasa sotong kurita betina bertelur.

Pertama, peningkatan hormon prenennolon dan progesteron – dua hormon yang dikaitkan dengan proses pembiakan hidupan. Kedua, peningkatan pengeluaran blok kolesterol yang dipanggil 7-dehidrokolesterol atau 7-DHC. Manusia turut menghasilkan 7-DHC tetapi ia tidak disimpan lama dalam sistem badan kerana ia bersifat toksik.

Oleh sebab itu, individu yang mengalami sindrom Smith-Lemli-Opitz mengalami kesukaran menyingkirkan 7-DHC daripada badan. Akibatnya, individu ini akan menderita pelbagai simptom seperti gangguan dari segi intelektual, tingkah laku tidak normal termasuk mencederakan diri sendiri dan kecacatan fizikal seperti jari tambahan dan lelangit bercelah.

Akhir sekali, kelenjar optik menghasilkan lebih banyak komponen untuk asid hempedu – asid yang dihasilkan oleh hati manusia dan haiwan-haiwan lain. Sotong tidak mempunyai asid hempedu seperti haiwan mamalia lain tetapi ia boleh menghasilkan blok binaan untuk asid ini.

Jangan lupa dapatkan buku terbaru terbitan The Patriots, GENESIS II di webstore kami: bit.ly/GenesisIIZamir

Menariknya, komponen asid hempedu ini turut ditemui dalam cacing Caenorhabditis elegans. Cacing ini biasanya digunakan dalam banyak eksperimen saintifik berikutan struktur badannya yang ringkas. Tidak mustahil komponen asid hempedu ini membantu mengawal jangka hayat spesies invertebra seperti sotong kurita.

RUJUKAN

Pappas, S. (2022, 18 Mei). Octopuses torture and eat themselves after mating. Science finally knows why. LiveScience.


kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo
syaifulloh bin imam muhtasari kontraktor bina rumah ibs saif muhtar
syaifulloh bin imam muhtasari kontraktor bina rumah ibs saif muhtar
syaifulloh bin imam muhtasari kontraktor bina rumah ibs saif muhtar