Artikel Terkini

Kenapa Tangan T-Rex Pendek? – The Patriots

Kenapa Tangan T-Rex Pendek? – The Patriots

Setiap kali menonton filem bertemakan dinosaur seperti Jurassic Park atau Jurassic World, antara dinosaur yang menonjol ialah Tyrannosaurus rex atau T-rex. Dengan gaya haiwan pemangsanya, siapa tak cukup tanah lari kalau terserempak dengan dinosaur maging itu. Tetapi kenapa ia mempunyai tangan yang pendek?

Satu kajian yang diterbitkan dalam jurnal Acta Palaeontologia Polonica menyatakan ia berkemungkinan mengelak ia digigit oleh T-rex lain semasa memburu haiwan mangsa secara berkumpulan. T-rex muda sudah pasti perlu menunggu T-rex lain yang lebih dewasa makan dahulu sebelum disertai oleh mereka.

Setiap pembelian buku The Patriots di bulan Ramadan akan didermakan kepada Persatuan Cinta Gaza. Beli di: http://bit.ly/KisahKlasikShopee

Perilaku haiwan maging ini persis biawak komodo di Indonesia. Biawak komodo yang lebih besar dan dewasa akan mengerumuni bangkai terlebih dahulu dan meninggalkan saki-baki bangkai kepada biawak komodo yang lebih kecil.

Sebelum ini, komuniti saintifik menyangka T-rex ialah haiwan pemangsa yang suka memburu secara berkumpulan. Tetapi berdasarkan penemuan kubur besar dinosaur di Utah dan Montana, Amerika Syarikat dan Alberta, Kanada, ini menunjukkan T-rex memburu secara berkumpulan.

Bagi meletakkan ini dalam perspektif, T-rex yang berukuran 13 meter panjang hanya mempunyai tangan berukuran 1 meter panjang. Ini bersamaan dengan manusia yang mempunyai ketinggian 1.8 meter dengan lengan berukuran 12 cm panjang.

Profesor Emeritus Kevin Padian dari UC Berkeley percaya tatkala T-rex lain menikmati haiwan buruan mereka, pasti ada cuba menghampiri dan makan bersama. Justeru, T-rex yang kurang senang dengan gangguan ini akan menggigit tangan T-rex lain yang mengacau.

Ia merupakan satu amaran kepada T-rex lain untuk tidak melakukan perkara sama. Gigitan sebegini boleh saja menyebabkan kehilangan darah yang banyak, kejutan pada badan dan kematian kepada T-rex yang digigit. Justeru, dengan saiz tangan pendek pada setiap generasi, ia mengurangkan risiko T-rex digigit oleh spesies sama dengannya.

Pendahulu kumpulan dinosaur persis T-rex dikatakan mempunyai tangan yang panjang menurut komuniti saintifik. Tetapi saiz tangan yang berkurangan menunjukkan perubahan tersebut didorong oleh faktor mobiliti dan pergerakan sendi.

Perubahan saiz tangan bukan saja memberi kesan kepada T-rex yang menetap di Amerika Utara sekitar 145 juta hingga 66 juta tahun lalu. Bahkan, ia turut memberi kesan kepada spesies abelisauridae lain yang wujud di Afrika dan Amerika Selatan sekitar pertengahan Zaman Cretaceous.

Spesies carcharodontosauridae yang wujud di Asia dan Eropah pada awal dan pertengahan Zaman Cretaceous juga akan terkesan dengan perubahan saiz tangan ini. Ini kerana sesetengah dinosaur spesies ini mempunyai saiz badan sama atau jauh lebih besar daripada T-rex seperti Carcharodontosaurus dan Tyrannotitan.

Walaupun mengakui hipotesis ini sukar dibuktikan, satu cara yang boleh dilakukan ialah memeriksa kesan gigitan pada tangan fosil-fosil T-rex yang dipamerkan di seluruh dunia. Sekiranya tiada kesan gigitan pada fosil tangan berbanding pada tengkorak atau mana-mana bahagian lain, ini menunjukkan pengurangan saiz tangan T-rex sememangnya berhasil.


Kalau anda berminat dengan haiwan-haiwan spesis pra-sejarah seperti ini, kami nak cadangkan buku terbaru kami, TERHEMPASNYA PESAWAT MH747, mengisahkan survivor para penumpang pesawat yang terpaksa berhadapan dengan haiwan pra-sejarah seperti T-Rex untuk kekal hidup. Beli di: http://bit.ly/TerhempasnyaShopee

RUJUKAN

Sankaran, V. (2022, 2 April). T rex’s short arms may have lowered bite risk when they hunted and fed in packs, scientists suspect. The Independent.


kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo