Artikel Terkini

Kenyataan Karim mengenai Padu adalah ‘pandangan peribadi’, kata Rafizi

Kenyataan Karim mengenai Padu adalah ‘pandangan peribadi’, kata Rafizi
Kenyataan Karim mengenai Padu adalah ‘pandangan peribadi’, kata Rafizi 5
Kenyataan Karim mengenai Padu adalah ‘pandangan peribadi’, kata Rafizi
Seorang menteri Sarawak semalam, membangkitkan kebimbangan berhubung keselamatan data peribadi di Pangkalan Data Utama (Padu). (Gambar Bernama)

SHAH ALAM: Gesaan seorang menteri Sarawak supaya kumpulan berpendapatan tinggi menangguhkan pendaftaran dengan Pangkalan Data Utama (Padu) adalah “pandangan peribadi” beliau, kata Menteri Ekonomi Rafizi Ramli.

Menteri Pelancongan, Industri Kreatif, dan Seni Persembahan Sarawak, Abdul Karim Rahman Hamzah, semalam berkata mereka yang tidak memerlukan bantuan tidak seharusnya dipaksa untuk mendedahkan maklumat peribadi mereka.