Artikel Terkini

Keputusan tepat pemimpin Bersatu Sabah keluar parti

Keputusan tepat pemimpin Bersatu Sabah keluar parti
Keputusan tepat pemimpin Bersatu Sabah keluar parti 1

KUALA LUMPUR – Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyifatkan tindakan pemimpin Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Sabah meninggalkan parti itu sebagai keputusan tepat.

Ahmad Zahid yang juga Presiden UMNO percaya keputusan yang diambil oleh Bersatu Sabah yang dipimpin oleh Datuk Seri Hajiji Noor adalah satu tindakan sukar.

Namun menurut Ahmad Zahid, langkah yang diambil oleh kepimpinan Bersatu Sabah itu sesuatu yang perlu dilakukan demi rakyat dan negeri itu.

“Keputusan yang tepat diambil oleh pemimpin-pemimpin Sabah.

“Keputusan yang sukar namun tetap dilakukan demi masa depan negeri dan kepentingan rakyat Sabah,” kata Ahmad Zahid ringkas di media sosial.

Ketua Bersatu Sabah Datuk Hajiji Noor membuat pengumuman hari ini setelah mempertimbangkan keadaan lanskap politik negara ketika ini terutama di Sabah.

Menurutnya, semua bekas ahli Bersatu Sabah termasuk beliau akan menubuhkan sebuah parti tempatan baharu tetapi buat masa ini akan menjadi ahli GRS.

“Melangkah ke hadapan, kami akan menubuhkan sebuah parti tempatan yang baharu, namun untuk sementara ini kami secara kolektif akan menjadi ahli GRS.

“Kami berikrar untuk memberi sokongan penuh kepada Kerajaan Perpaduan dan kami yakin dengan kepimpinan dan kebijaksanaan Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk memimpin negara,” katanya dalam kenyataan.

Selain itu, Hajiji berkata, keputusan kepimpinan Bersatu Sabah untuk meninggalkan Bersatu adalah atas dasar bahawa ia tidak lagi boleh dipertahankan untuk kekal sebagai status quo.

Ini katanya kerana di peringkat Persekutuan Bersatu adalah pembangkang manakala GRS telah berikrar menyokong Kerajaan Perpaduan yang dipimpin oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Sebelum ini tular mesej kononnya 15 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bersatu akan keluar parti dan menyertai parti tempatan Pertubuhan Kebangsaan Sabah Bersatu (USNO) dalam masa terdekat.

Bagaimanapun, Timbalan Ketua Pimpinan Bersatu Sabah, Datuk Seri Masidi Manjun menafikan perkara tersebut.

GRS terdiri daripada PPBM, USNO, Parti Bersatu Sabah (PBS), Parti Maju Sabah (SAPP) dan STAR.

Isnin lalu, Parti Solidariti Tanahairku (STAR) mengumumkan meninggalkan Perikatan Nasional (PN) yang dipimpin Tan Sri Muhyiddin Yassin.-MalaysiaGazette

Keputusan tepat pemimpin Bersatu Sabah keluar parti 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo

Back to list