Artikel Terkini

Kerajaan perhalusi SOP jemaah umrah, elak tipu sijil vaksinasi

Kerajaan perhalusi SOP jemaah umrah, elak tipu sijil vaksinasi
Kerajaan perhalusi SOP jemaah umrah, elak tipu sijil vaksinasi 1

KOTA BHARU, 26 Jamadilakhir 1443H, Sabtu – Kerajaan akan memperhalusi prosedur operasi standard (SOP) bagi memastikan jemaah umrah yang akan berlepas menunaikan ibadah tersebut sudah lengkap menerima dua dos suntikan vaksin COVID-19.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Ahmad Marzuk Shaary berkata ia bagi memastikan insiden jemaah yang tidak menerima vaksin atau penipuan sijil vaksin COVID-19 seperti mana yang berlaku baru-baru ini, tidak berulang.

“Saya difahamkan, pihak Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) telah memanggil pengusaha umrah untuk berbincang bagi memastikan insiden sama tidak berulang.

“Sebelum ini kerajaan terpaksa menangguhkan perjalanan umrah selama sebulan bagi menyelesaikan perkara berbangkit berkaitan peningkatan mendadak varian Omicron dalam kalangan jemaah umrah yang kembali dari Arab Saudi,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan sumbangan limau mandarin sempena sambutan Tahun Baharu Cina di Kampung Pulau Belanga, Pengkalan Chepa di sini hari ini.

Ahmad Marzuk yang juga Ahli Parlimen Pengkalan Chepa berkata setiap individu yang ingin mengerjakan umrah sepatutnya bersikap jujur kerana ibadah umrah bukanlah untuk melancong semata-mata.

“Mengerjakan umrah bukanlah sekadar untuk mendapat gelaran semata-mata tetapi keredaan Allah SWT dan tidak mahu terpalit dengan unsur penipuan,” katanya.

Rabu lepas, Kabinet memutuskan untuk membenarkan semula umat Islam mengerjakan ibadah umrah mulai 8 Februari ini. – Bernama

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Kerajaan perhalusi SOP jemaah umrah, elak tipu sijil vaksinasi 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo

Back to list