Artikel Terkini

Kerap Terkena Gangguan Misteri, Wanita Ini Nekad Buang Rusa Mainan Anaknya

Kerap Terkena Gangguan Misteri, Wanita Ini Nekad Buang Rusa Mainan Anaknya
Kerap Terkena Gangguan Misteri, Wanita Ini Nekad Buang Rusa Mainan Anaknya 1

Follow Untuk Isu-isu Viral Kemaskini Terkini

Alat permainan yang berupa ‘makhluk hidup’ seperti manusia atau haiwan kadang-kalanya boleh membuatkan kita berasa meremang, lebih-lebih lagi pada waktu malam.

Artikel Berkaitan:

Satu video dimuat naik pada TikTok @sarasaera1 telah menjadi perbualan ramai apabila wanita tersebut mendakwa rumahnya ‘terkena’ gangguan mistik yang dipercayai berpunca daripada sebuah permainan berbentuk rusa kuning milik anaknya.

Menurut wanita itu, setiap kali anaknya bermain dengan ‘rusa’ tersebut, anaknya seolah-olah turut bermain dengan ‘sesorang’ yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar.

Kerap Terkena Gangguan Misteri, Wanita Ini Nekad Buang Rusa Mainan Anaknya 2

Perkara itu telah mencapai kemuncak apabila ada tetamu yang datang tumpang menginap di rumahnya tidak dapat tidur di bahagian ruang tamu. Tetamu itu menyatakan dia terdengar seperti ada seseorang mendengus kemarahan berkali-kali. Tetamu itu tidak menolak perkara aneh itu terjadi berpunca daripada permainan tersebut.

@sarasaera1

korang ada mainan ni ? #fyp #horror

♬ Ghost Twins Singing – Horror Sound Effect – Ultimate Horror Sounds

Perkongsian video itu telah mendapat pelbagai pandangan berbeza-beza daripada netizen. Ada yang mendakwa mereka turut mempunyai permainan yang sama, tetapi tidak mengalami sebarang gangguan aneh setakat hari ini.

Ada juga netizen berpendapat bahawa permainan tersebut memang ada ‘sesuatu’ sehingga menyebabkan gangguan aneh kerap berlaku di dalam rumah wanita tersebut. Tambah netizen, mereka kerap ‘diusik’ oleh permainan berupa teddy bear.

Dalam pada itu, netizen turut menegur cara wanita tersebut membuang ‘permainan berhantu’ tersebut. Sepatutnya, permainan itu dibocorkan dan dimasukkan ke dalam tong sampah, bukan dibiarkan dalam bentuk asal dan diletakkan luar tong sampah.

Ini kerana mahu mengelakkan sesiapa sahaja daripada mengambil permainan tersebut pulang.

Kerap Terkena Gangguan Misteri, Wanita Ini Nekad Buang Rusa Mainan Anaknya 3
Sumber Gambar: TikTok @sarasaera1
Kerap Terkena Gangguan Misteri, Wanita Ini Nekad Buang Rusa Mainan Anaknya 4
Sumber Gambar: TikTok @sarasaera1

Dalam video kedua pula, ada seorang anak buahnya tumpang tidur di bilik anaknya. Bagaimanapun perkara aneh turut berlaku kepada anak buahnya itu apabila dia mendapati kuda tersebut mengeluarkan bunyi sambil melompat-lompat di tepi katil.

Tambah wanita itu lagi, apabila dia kembali semula ke tempat pembuangan sampah itu, didapati rusa mainan tersebut sudah tiada lagi di situ.


Kerap Terkena Gangguan Misteri, Wanita Ini Nekad Buang Rusa Mainan Anaknya 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo

Back to list