Artikel Terkini

Kes rayuan Bung Moktar, Zizie pada 22 Mac ini

Kes rayuan Bung Moktar, Zizie pada 22 Mac ini
Kes rayuan Bung Moktar, Zizie pada 22 Mac ini 1

PUTRAJAYA – Mahkamah Rayuan di sini hari ini menetapkan 22 Mac depan bagi pengurusan prosiding rayuan Datuk Seri Bung Moktar Radin dan isterinya, Datin Seri Zizie Izette Abdul Samad.

Ini merupakan kes berkaitan keputusan Mahkamah Tinggi yang menolak permohonan untuk menyemak keputusan Mahkamah Sesyen sebelum ini telah memerintahkan pasangan suami isteri membela diri atas tiga pertuduhan rasuah.

Pendakwa Raya Law Chin How mengesahkan tarikh itu yang telah ditetapkan sementara menunggu rekod rayuan selepas pengurusan kes hari ini berlangsung di hadapan Timbalan Pendaftar Mahkamah Rayuan Mohd Khairi Haron.

Sebelum ini pada 9 Disember lepas, Pesuruhjaya Kehakiman Datuk Azhar Abdul Hamid menolak permohonan  pasangan itu untuk menyemak keputusan Mahkamah Sesyen tersebut.

Mahkamah sebelum ini telah menolak permohonan dengan membenarkan bantahan awal pihak pendakwaan atas alasan Bung Moktar dan Zizie Izette telah menggunakan kaedah yang salah untuk memfailkan permohonan semakan itu.

Bung berdepan dua pertuduhan menerima rasuah berjumlah RM2.2 juta dan RM262,500 sebagai suapan ketika menjadi pengerusi Felcra.

Dia didakwa berbuat demikian bagi mendapatkan kelulusan Felcra untuk membuat pelaburan unit Public Mutual berjumlah RM150 juta pada Jun 2015.

Zizie menghadapi tiga pertuduhan bersubahat dengannya. -MalaysiaGazette

Kes rayuan Bung Moktar, Zizie pada 22 Mac ini 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo

Back to list