Infotainment

Ketahui Teknologi ‘E Ink’ Yang Mampu Ubah Warna Kenderaan Dengan Mudah

Ketahui Teknologi ‘E Ink’ Yang Mampu Ubah Warna Kenderaan Dengan Mudah
Ketahui Teknologi 'E Ink' Yang Mampu Ubah Warna Kenderaan Dengan Mudah 1


Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini.

VOCKET

Semasa acara Consumer Electronic Shows (CES) berlangsung baru-baru ini, BMW telah membuat kejutan kepada ramai dengan memperlihatkan sebuah model konsep BMW IX Flow yang mampu berubah warna secara dinamik.

Ternyata kecanggihan yang ada pada SUV elektrik itu telah menarik perhatian dan menjadi bualan orang ramai dari seluruh dunia yang berasa kagum apabila melihatnya.

Teknologi yang diguna pakai oleh BMW itu merupakan hasil kerjasama dengan sebuah pelopor teknologi ‘kertas digital’ yang dikenali sebagai E Ink. Syarikat ini telah menghasilkan pelbagai jenis paparan digital untuk beberapa produk berjenama di luar negara seperti Amazon Kindle, Aztak EZ Reader dan inkBook.

@gadgetsboy

This car can change colour at the touch of a button. The BMW iX Flow uses E ink technology to make it happen. #ces2022 #cartech #BMWiXflow #eink @bmw

♬ Swear By It – Clutch

Ketahui Teknologi 'E Ink' Yang Mampu Ubah Warna Kenderaan Dengan Mudah 2

Sumber Gambar: BMW

E Ink telah menggunakan teknologi elektroforesis, E Ink Prism berbentuk tiga segi yang membaluti pada setiap ruangan badan dan rim SUV elektrik yang boleh diprogramkan untuk menukar warna serta gradient. Ia dapat berfungsi dengan penuh efisen kerana menggunakan teknologi kuasa ultra-rendah.

Di dalam setiap E Ink Prism ini mempunyai jutaan kapsul mikro halus diisi dengan pigmen warna putih dan hitam yang boleh dikawal dengan signal medan elektrik — jadi SUV ini boleh bertukar daripada warna putih ke hitam atau sebaliknya dengan satu kawalan butang mudah.

Sebenarnya E Ink Prism ini bukanlah teknologi baharu, sebaliknya ia pernah digunakan untuk menghiasi Lapangan Terbang Antarabangsa San Diego pada tahun 2017.

DAZZLE direka untuk meningkatkan pengalaman pelawat melalui pemasangan lebih 2,000 jubin individu yang memaparkan animasi yang dikawal dan dinamik di seluruh bahagian luar bangunan.

“Kereta konsep BMW ini merupakan satu paparan menakjubkan bagaimana permukaan masa depan akan berubah untuk kegunaan peribadi, pengubahsuaian dan menyediakan maklumat,” kata Tim O’Malley, AVP, Unit Perniagaan Serantau AS E Ink.

Menurut Stella Clarke, Ketua Projek BMW IX Flow, teknologi E Ink ini umpama fesyen atau iklan status di media sosial yang mana semua orang dapat menunjukkan ekspresi perasaan berbeza dalam kehidupan seharian melalui kenderaan masing-masing.

Sementara itu Sony turut mengejutkan dunia dengan memperkenalkan model SUV elektrik tersendiri. Klik pautan di bawah untuk baca lebih lanjut.

Sony Perlihatkan Rekaan Prototaip SUV Elektrik ‘Vision-S 02’ Kepada Umum

Honda Hasilkan Kereta Elektrik ‘Shogo’, Dapat Membantu Tenangkan Pesakit Kanak-Kanak Di Hospital


Ketahui Teknologi 'E Ink' Yang Mampu Ubah Warna Kenderaan Dengan Mudah 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo