Artikel Terkini

Khabar Angin Tupac Masih Hidup Dan Berada Di Malaysia

Khabar Angin Tupac Masih Hidup Dan Berada Di Malaysia
Khabar Angin Tupac Masih Hidup Dan Berada Di Malaysia 1

Follow Untuk Isu-isu Viral Kemaskini Terkini

Penyanyi hiphop, Tupac Shakur yang disahkan meninggal dunia 26 tahun kini dilaporkan masih hidup dan tingga di Malaysia.

Artikel Berkaitan:

26 tahun lalu, Tupac Shakur hadir ke sebuah perlawanan tinju di antara Mike Tyson melawan Bruce Seldon di MGM Grand Las Vegas. Selesai menonton, ketika mahu pulang daripada perlawanan tersebut bersama-sama Suge Knight, sebuah kereta telah berhenti menghampir BMW Tupac dan melepaskan tembakan. Dia meninggal dunia selepas enam hari berada di hospital.

Memetik laporan Lad Bible, walaupun disahkan kematiannya, khabar angin dan teori konspirasi bahawa Tupac sebenarnya masih hidup terus bermain di mulut peminat. Selain itu, anak lelaki Knight turut menyebarkan cerita mengenai kematian Tupac sehingga ia menjadi buah mulut orang ramai.

Khabar Angin Tupac Masih Hidup Dan Berada Di Malaysia 2

Pada 2018, Suge J. Knight melalui Instagram beliau telah menyatakan bahawa Tupac masih hidup dan kini menetap di Malaysia. Dalam dakwaan pertamanya, Knight Jr. hanya menyatakan bahawa Tupac sebenarnya masih hidup. Dia kemudiannya menyiarkan beberapa teks untuk menyokong dakwaan beliau. Dia juga menyiarkan satu siri foto Tupac dengan pemuzik seperti 50 Cent dan Beyoncé. Knight Jr kemudian memberitahu pengikutnya bahawa Tupac kini tinggal di Malaysia.

Pada 2019, Knight Jr. sekali lagi mempertahankan dakwaan beliau dan memuat naik satu dakwaan bahawa Tupac ‘kembali ke studio’ dengan ‘muzik baharu akan pada masa akan datang’. Bercakap kepada Yahoo, Knight Jr berkata apa yang dikatakan oleh beliau telah membuatkan orang tidak senang duduk.

“Semua orang seperti, ‘Apa yang sedang berlaku?’ Saya terus [pertahankan dakwaan] dan [telah] mendapat 200,000 pengikut dalam masa dua hari. Dan saya seperti, ‘Wah, seperti ini, ini gila. Media Jerman memanggil saya [untuk melakukan wawancara], padahal saya tidak pandai [dalam bahasa] Jerman’.

Untuk rekod, nama sebenar Tupac adalah Tupac Amaru Shakur. Beliau lahir di Lesane Parish Crooks pada 16 Jun 1971. Beliau juga dikenali sebagai 2Pac dan Makaveli. Tupac sering dianggap sebagai antara penyanyi HipHop paling berpengaruh sepanjang zaman. Jadi tidak terkejut jika dia mempunyai musuh.

Sepanjang menjadi penyanyi, Tupac telah menjual lebih daripada 75 juta rekod di seluruh dunia. Kebanyakan muzik beliau telah terkenal kerana menangani isu sosial kontemporari yang melanda bandar dan dia dianggap sebagai simbol aktivisme menentang ketidaksamarataan.


Khabar Angin Tupac Masih Hidup Dan Berada Di Malaysia 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo

Back to list