Artikel Terkini

Kisah 7 Beradik Jadi Jutawan Kerana Rambut

Kisah 7 Beradik Jadi Jutawan Kerana Rambut
Kisah 7 Beradik Jadi Jutawan Kerana Rambut 1

Media sosial banyak mengubah tren dan industri masa kini. Ia bukan saja platform untuk membina jenama peribadi. Tetapi juga menjadi medan berpromosi. Lihat saja di Instagram. Kesemua 20 pengguna lokal dengan jumlah pengikut terbanyak memiliki bisnes atau produk sendiri. Begitu juga di Twitter. Dalam 20 senarai teratas, empat daripadanya ialah jutawan-selebriti.

Dan dalam kalangan selebriti ini pula, ada seorang yang tidak tumbuh melalui cara tradisional – dia bukanlah artis, model, ataupun penyanyi. Sebaliknya seorang usahawan sejati yang tumbuh hasil jatuh bangun di media sosial. Siapa lagi yang dimaksudkan kalau bukan abang Khairulaming kita.

Kisah dan perjalanan beliau memang banyak mencetus inspirasi, sesuai dengan impresi terhadapnya sebagai seorang pempengaruh. Cuma lantaran minat terhadap sejarah, tumpuan penulis lebih teralih kepada satu persoalan rawak; sebelum munculnya media elektronik seperti TV dan radio, ada tidak orang biasa yang ‘tiba-tiba’ jadi usahawan-selebriti?

Jawapannya, memang ada. Terutama kalau kita kembali ke Niagara, New York pada penghujung abad ke-19. Ikutkan, lokasinya bukanlah tepat di bandar New York. Tetapi jauh sikit di pekan Cambria (berjarak 611 km dari New York City).

Di sana ketika itu tinggal sebuah keluarga; keluarga Sutherland. Si bapa bernama Fletcher dan si ibu pula Mary. Mereka ada 8 anak; seorang lelaki dan tujuh perempuan. Semua lahir antara 1851-1865. Yang lelaki bernama Charles sambil yang lain ialah Victoria, Sarah, Isabella, Naomi, Dora, Grace, dan Mary.

Potret 7 Beradik Sutherland bersama bapa mereka, Fletcher (Kredit)

Memang payah nak ingat nama mereka. Nak kenal ‘who’s who’ dalam gambar atas pun tak tahu perlu mula dari mana. Lagipun, sejarah kurang merakam mereka sebagai individu. Mereka lebih dilihat sebagai kumpulan. Siap diberi nama panggilan; ‘7 Beradik Sutherland’. Ala-ala Kardashian Sisters macam tu.

Cuma yang ini versi klasik… dan berlatar-belakang sederhana. Mereka hidup bersumberkan ladang. Kerja harian Fletcher adalah bercucuk tanam dan menternak ayam belanda. Jadi, kehidupan mereka memang biasa-biasa. Kecuali tentang satu perkara, iaitu rambut.

Rambut tujuh beradik itu mengurai dengan sangat panjang. Kalau dijumlahkan panjangnya, boleh cecah 11 meter (37 kaki). Dah hampir sama panjang dengan bas 40 penumpang. Soalnya, macam mana mereka semua boleh ada rambut sepanjang itu? Memang bela rambut atau macam mana?

Menurut penulis biografi mereka (Brandon Stickney), sejak kecil lagi Mary melarang anak-anaknya memotong rambut. Hatta ketika diejek rakan-rakan di sekolah pun, larangan tetap dipegang. Tak tahulah kenapa Mary berkeras sangat mahu anak-anaknya bela rambut panjang. Mereka bukannya kaum Sikh pun.

Malah setiap malam, Mary akan sapu rambut anak-anaknya dengan sejenis ramuan buatan sendiri. Konon kerana ramuan itulah rambut mereka boleh mengurai panjang dan sihat. Sampaikan rambut Victoria boleh sepanjang 7 kaki (2.1 m), Naomi 5 kaki (1.5 m), Mary si bongsu 6 kaki (1.8 m) dan Sarah yang sulung pula 3 kaki (0.9 m).

Beli buku terbaru kami, KISAH KLASIK TAMADUN MELAYU di Shopee kami. Pautan: http://bit.ly/KisahKlasikShopee

Ramuan itu terus dihidupkan oleh Fletcher sesudah kematian isterinya pada 1867. Pemergian Mary memang beri kesan kepada keluarganya. Terutama dalam bab kewangan. Ia sampai mendorong Fletcher untuk menghantar tujuh anak perempuannya ke syarikat pengendali sarkas.

Tujuannya supaya mereka menjadi penghibur. Yakni, menyanyi, menari, bercerita, dan bermain muzik dalam pertunjukan sarkas. Syarikat pertama yang disertai ialah W.W. Coles Colossal Shows pada 1882. Saat itu masing-masing berusia 18-36 tahun.

Dua tahun kemudian, mereka tandatangani pula kontrak bersama Barnum & Bailey Circus. Mungkin kalangan pembaca pernah dengar fasal gajah Jumbo. Haaa… syarikat sarkas inilah yang kendalikan pertunjukan gajah itu. Dan 7 Beradik Sutherland boleh kata satu batch dengan Jumbo.

Di Barnum & Bailey Circus, mereka bertujuh diiklankan sebagai ‘tujuh keajaiban di dunia’. Keajaiban tersebut bukanlah merujuk pada bakat persembahan. Tetapi pada rambut mereka. Ia menjadi tarikan utama dalam kalangan pengunjung.

Pamplet promosi 7 Sutherland Sisters (Kredit)

Saat itu, fenomena zoo manusia memang sedang berleluasa. Contohnya pada 1810-1815, seorang wanita Afrika diperagakan di khalayak kerana berpunggung besar. Pada 1854-1860 pula, seorang wanita Mexico menjadi tatapan umum kerana digelar ‘manusia-beruk’ (akibat menghidap sindrom sama macam adik Missclyen di Miri).

Paling kemuncak adalah saat Pameran Dunia Louisiana 1904 diadakan. Masa itu, sampai satu perkampungan asli Filipina dan Congo dibuat. Antara nama masyhur ketika itu ialah Ota Benga, remaja yang diculik lalu diperagakan sampai terkenal namun berakhir mati bunuh diri akibat depresi.

Liku karier yang hampir serupa itu turut dilalui 7 Beradik Sutherland. Cuma dalam kes mereka, tidak ada unsur pemaksaan. Memang rela hati mereka sendiri untuk jadi selebriti dengan cara begitu. Sepanjang 1880-an hingga 1900-an, persembahan mereka adalah antara yang paling diraikan.

Namun, Fletcher si bapa mahu lipat gandakan kekayaan. Jadi atas cadangan menantunya, J. Henry Bailey (suami Naomi merangkap pengurus syarikat sarkas), dia pun hidupkan kembali resepi minyak rambut mendiang isterinya.

Lalu, terciptalah produk ‘Seven Sutherland Sisters Hair Grower’ yang dikilangkan di bawah syarikat Sutherland Sisters Corporation. Dengan demikian, status mereka berubah dari peladang kepada selebriti kepada usahawan.

Sambutan yang diterima juga amat menggalakkan. Sampaikan ia menghiasi dada-dada akhbar ternama seperti Cosmopolitan, The New Yorker, The New York Times, dan Time. Berkat pemasaran sebegitu rupa, mereka berupaya menjual sebanyak 2.5 juta botol dalam masa 4 tahun (1886-1890).

Dalam empat tahun itu, kehidupan tujuh beradik Sutherland berubah drastik. Mana tidak; sudahlah masyhur sebagai selebriti dan model rambut, dapat pula durian runtuh hingga jadi jutawan muda.

Harga sebotol minyak rambut yang mereka pasarkan boleh kata ‘Yahudi sungguh’. Sebotol kecil macam dalam gambar di bawah ini saja cecah $0.50 – $1.50 – sama nilai dengan gaji seminggu  waktu itu. Jadi dengan jualan sebanyak 2.5 juta botol, kira sajalah berapa hasilnya; lebih $3 juta. Kalau diselaras dengan inflasi, boleh jejak sampai $30 juta!

Botol produk dan akhbar promosi yang masing-masing dijual di eBay pada harga $249.99 dan $9.99 (Kredit)

Itu baru satu produk saja. Mereka juga keluarkan beberapa produk lain seperti pewarna rambut, permbersih kulit kepala, berus, dan sikat. Nilai jualan bagi produk-produk tersebut memang tidak dinyatakan. Tetapi pastinya ia menambah lagi kekayaan.

Cuma soalnya, apa ramuan yang ada dalam pelebat rambut yang mereka jual? Memang legit atau semua pun di-scam?

Kalau lihat jurnal The Pharmaceutical 1893, kandungannya berupa ekstrak witch-hazel (56%), ekstrak daun salam (44%), serta sedikit garam, magnesium, dan asid hidroklorik. Ikutkan, memang kedua-dua produk utama itu baik untuk melembutkan kulit dan melebatkan rambut. Cuma berkesan tidak kepada pengguna, tiada testimoni yang dirakamkan untuk menjadi rujukan.

Paling tidak pun, yang ada sekarang cuma botol-botol kosong yang dijual semula di eBay sebagai barangan antik. Sebahagiannya mencecah harga $249.99 (RM1,058). Punyalah tinggi deme ni mark-up harga.

Apapun dengan kekayaan sebesar itu, 7 Beradik Sutherland lantas memulakan hidup serba mewah. Aset utama mereka ialah rumah agam. Pada 1893 (lima tahun selepas pemergian Fletcher), mereka bina sebuah rumah agam di pekan Cambria – tempat mereka membesar.

Pembungkusan produk pelebat rambut Sutherland Sisters (Kredit)

Rumah agam itu memang macam istana. Siap ada menara dan cupola. Dalamnya pula ada 14 buah bilik tidak termasuk bilik air. Lantainya diperbuat dari kayu mahal. Turut disediakan loteng khas untuk tukang masak dan orang suruhan. Memang setiap seorang ada orang suruhan peribadi, yang membantu menyikat dan membuka ikatan rambut setiap sebelum dan selepas tidur.

Mereka juga ada haiwan peliharaan yang makan-pakainya jauh lebih mewah daripada kita. Ini belum termasuk kereta kuda yang bertatah emas. Sekali-sekala, mereka akan adakan pesta gala di rumah sendiri. Sampaikan minum, selingkuh, dan bergaduh makin jadi ‘makanan ruji’.

Gaya hidup sebegitu berlanjutan, hingga akhirnya mereka tersungkur. Ia gara-gara tren perempuan berambut panjang diganti oleh tren gadis flapper berambut pendek. Ditambah pula dengan usia mereka yang semakin lanjut, maka peluang karier pun mula terpadam.

Tahun 1893, Naomi meninggal dunia diikuti Victoria pada 1902. Isabella pula bawa diri dan lancarkan produk sendiri bersama suami kedua, sebelum meninggal dunia pada 1914. Lima tahun kemudian, giliran Sarah untuk menyusul.

Sarah (kiri) dan Naomi (kanan) (Kredit)

Kemudian memasuki 1926, Dora, Grace, dan Mary mencuba nasib di Hollywood. Hasrat mereka adalah mahu menghasilkan filem biografi sendiri. Tetapi halatujunya tidak ke mana. Dalam perjalanan pulang, Dora ditimpa kemalangan yang meragut nyawa.

Lantas, tinggalah Mary dan Grace berdua. Tahun 1931, mereka dilaporkan muflis sampai tiada wang untuk makan. Tahun 1938 pula, rumah agam yang mereka diami habis musnah akibat terbakar. Apa-apa yang dapat diselamatkan kemudian dijual.

Lalu mereka berpindah ke sebuah rumah kecil di Lockport. Tidak berapa lama, Mary dipindahkan ke rumah sakit jiwa sebelum meninggal dunia pada 1939. Tujuh tahun berikutnya, Grace pula pergi pada usia 92 tahun.

Kedua-duanya disemadikan dalam kubur tidak bertanda – isyarat betapa kemasyhuran dan kekayaan dalam hidup boleh datang dan pergi macam itu saja.

Setiap pembelian buku The Patriots di bulan Ramadan akan didermakan kepada Persatuan Cinta Gaza. Beli di: http://bit.ly/TerhempasnyaShopee

RUJUKAN

Origjanska, Magda. (2017, 15 November). The traveling Sutherland Sisters: Seven women and 37 feet of hair between them. The Vintage News.

Shelton, Denise. (2020, 23 March). The tangled tale of the Seven Sutherland Sisters. History of Yesterday.

Whitelocks, Sadie. (2013, 10 September). The real-life Rapunzels: How seven sisters with tresses measuring 37 feet between them tantalized their audiences to make their fortune… and patented a ‘miracle’ hair tonic. Dailymail.

Kisah 7 Beradik Jadi Jutawan Kerana Rambut 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo
syaifulloh bin imam muhtasari 880620105443 saif muhtar
syaifulloh bin imam muhtasari 880620105443 saif muhtar
syaifulloh bin imam muhtasari 880620105443 saif muhtar

Back to list