Artikel Terkini

Kisah Si Cantik Mary Bevan Yang Tiba-Tiba Jadi Hodoh

Kisah Si Cantik Mary Bevan Yang Tiba-Tiba Jadi Hodoh
Kisah Si Cantik Mary Bevan Yang Tiba-Tiba Jadi Hodoh 1

Tubuh badan yang sihat tiba-tiba boleh jatuh sakit secara sekelip mata. Kadangkala punca jatuh sakit ini adalah disebabkan warisan genetik. Tetapi ada masanya, faktor genetik ini tidak diwarisi pun – tiba-tiba bermutasi sampai menjejaskan kesihatan tubuh. Ambil contoh Mary Ann Webster, seorang jururawat cantik rupawan yang pernah berkhidmat di kota London.

Mary dilahirkan pada 20 Disember 1874 dan barangkali beliau sendiri tidak sangka dirinya akan dikenang sampai bila-bila. Laluan hidup Mary sememangnya bersifat pahit manis. Beliau diberkati dengan seorang suami sangat baik bernama Thomas Bevan.

Perkahwinan mereka berlangsung pada tahun 1902, ketika beliau berusia 28 tahun. Tiada angin tiada ribut, Mary tiba-tiba tersungkur.

Mary Bevan.

Kerana empat tahun kemudian, kepalanya selalu sakit dengan daya penglihatan bertambah lemah saban bulan. Tidak cukup dengan itu, wajahnya mula bertukar dan memanjang tanpa sebarang penjelasan.

Dari segi saintifik, Mary mengharungi mutasi genetik yang menghasilkan hormon tumbesaran tanpa kawalan. Hormon ini membanjiri tubuh disebabkan barah yang mencemarkan kelenjar pituitari pada bahagian otak (Kasper, et al., 2015).

Umumnya, kelenjar pituitari dipanggil “kelenjar utama” kerana ia mengawal aktiviti semua kelenjar penghasil hormon. Jadi kalau kelenjar ini terjejas, maka kesannya mesti berantaian. Dalam bahasa perubatan pula, Mary sebenarnya menghidapi gangguan akromegali. Proses tumbesaran seorang manusia terhenti sebaik sahaja melangkau masuk dalam peringkat dewasa.

Selepas garisan ini, manusia hanya akan melalui proses penuaan sampai mati. Garisan antara remaja dan dewasa ini dipanggil “growth plate”. Selepas “growth plate” ditutup, maka manusia takkan membesar. Masalah sekarang Mary sedang membesar selepas “growth plate” ditutup. Ibaratkan membesar selepas masuk peringkat dewasa sambil menjadi tua.

Jangan lupa dapatkan buku terbaru terbitan The Patriots, KITAB TAMADUN CINA di webstore kami: https://bit.ly/KTCAyman

Mimpi Semakin Ngeri

Tidak pasti jika orang ramai berkata Mary disantau. Zaman itu penduduk England semestinya percaya pada benda-benda halus.Akromegali berterusan sampai Mary kehilangan wajah asalnya. Meskipun hilang, suaminya masih bersama… hingga tahun 1914, apabila Thomas meninggal dunia.

Maka tinggallah Mary jadi ibu tunggal pada empat orang anak.

Mary Bevan bersama anak-anak

Beliau perlu bekerja untuk mencari duit… tetapi tiada siapa sudi kerana wajahnya.Semakin lama, keluarga Bevan dihimpit kemiskinan… sampailah satu hari Mary terbaca iklan “Perlu wanita paling hodoh. Asalkan wajah tidak hancur.”

Iklan tersebut adalah untuk kerja sarkas dimiliki Claude Bartram. Agak dahsyat juga kerana Bartram sedang cari seorang wanita “paling hodoh” tetapi “jangan terlalu hodoh”.

Bartram telah menolak ramai pemohon “paling hodoh” kerana terlalu hodoh. Tetapi dapat saja gambar dihantar Mary, beliau terduduk kerana berkata, “raut muka berjenis orang besar (giant), dengan rahang maskulin berwajah kemas, kuat dan gagah.”

Gambar Mary Bevan Yang Diwarnakan

Entah apa mangkuk hayun Bartram ini merepek. Tetapi beliau menawarkan kerja berkontrak setahun dengan gaji bulanan sebanyak £40 (£4,911 nilai sekarang). Ini sekadar gaji bersih. Belum lagi wang jualan poskad.

Kejayaan Luar Jangka

Sedih juga kalau fikir balik betapa terdesaknya Mary. Demi anak, Mary sanggup jadi “wanita paling hodoh di dunia”. Tetapi persembahan sarkasnya sangat berjaya sampai Mary boleh kumpul wang sangat banyak. Beliau akhirnya meninggalkan England pada tahun 1920 dan berhijrah terus ke Amerika Syarikat.

Penonton Madison Square Garden buat macam-macam padanya, masih dengan naratif wajah buruk (Adams & Keene, 2012). Kata-kata mereka tajam menghiris. Sengaja mereka aibkan Mary.

Semoga nasib Mary menjadi tauladan kepada semua.

Tetapi semuanya demi hiburan sarkas yang membolehkan Mary kumpul AS$650,000 (nilai sekarang) dalam masa dua tahun sahaja. Walaupun kaya, beliau masih dikenang sebagai seseorang yang berbudi bahasa (Alingham, 2010).

Jangan lupa dapatkan buku terbaru terbitan The Patriots, GENESIS II di webstore kami: https://bit.ly/KTCAyman

Pengalaman dalam industri sarkas barangkali memberi kesan psikologi. Kerana Mary mula mengalami masalah mabuk. Beliau meninggal dunia pada usia 59 tahun. Dan jasadnya dibawa pulang untuk pengebumian di tanah airnya England.

RUJUKAN:

Adams, K., & Keene, M. (2012). Women of the American Circues, 1880-1940. McFarland. Halaman 22.

Alingham, P. (2010). Cheapjack: Being the True History of a Young Man’s Adventures as a Fortune-teller, Grafter, Knocker-worker, and Mounted Pitcher on the Market-places and Fairgrounds of a Modern But Still Romantic England. Golden Duck. Halaman 109.

Kasper, D., et al. (2015). Harrison’s Principles of Internal Medicine. McGraw Hill. Halaman 2269-2271.

Kisah Si Cantik Mary Bevan Yang Tiba-Tiba Jadi Hodoh 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo
syaifulloh bin imam muhtasari kontraktor bina rumah ibs saif muhtar
syaifulloh bin imam muhtasari kontraktor bina rumah ibs saif muhtar
syaifulloh bin imam muhtasari kontraktor bina rumah ibs saif muhtar

Back to list