Artikel Terkini

“Kita Kehilangan Penghibur Yang Penuh Kasih Sayang, Kehilangan Tiada Pengganti”

“Kita Kehilangan Penghibur Yang Penuh Kasih Sayang, Kehilangan Tiada Pengganti”
"Kita Kehilangan Penghibur Yang Penuh Kasih Sayang, Kehilangan Tiada Pengganti" 1

Berita pemergian penyanyi dan pelakon, Allahyarham Adibah Noor sememangnya cukup mengejutkan industri hiburan tanah air lebih-lebih lagi rakan-rakan artis.

Berkongsikan duka tentang pemergian Allahyarham Adibah Noor, pelakon Namron menyifatkan ianya kehilangan yang cukup besar. Namron berkata dia mengetahui Adibah menghidap kanser sejak beberapa bulan lalu.

BACA: “Arwah Minta Kami Rahsiakan” – Ani Mayuni

“Bulan Februari lalu, kami berlakon bersama dalam filem Eraser sebagai suami dan isteri. Bulan lepas, Datuk Zainal Abidin memberitahu saya yang Adibah disahkan mengidap kanser dan sudah selamat menjalani pembedahan pada Ramadan lalu.

“Sebenar tadi saya mendapat berita menyedihkan dia sudah kembali mengadap ilahi. Kita kehilangan seorang penghibur penuh kasih sayang dan disenangi oleh semua yang pernah berkerja bersamanya,” katanya.

Dalam pada itu, Namron berkata pemergian Adibah pasti akan dirindui serta personaliti serba boleh itu tiada galang ganti.

“Kehilangan yang takkan ada penganti. Innalilahiwainnalillahirojiun semoga beliau tenang di sana,” katanya.

Terdahulu, Adibah Noor menghembuskan nafas terakhir pada 7.40 petang semalam di sebuah pusat perubatan swasta di Jalan Ampang akibat kanser ovari tahap empat.


"Kita Kehilangan Penghibur Yang Penuh Kasih Sayang, Kehilangan Tiada Pengganti" 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo

Back to list