Artikel Terkini

Komet Paling Besar Pernah Dilihat Menghampiri Bumi

Komet Paling Besar Pernah Dilihat Menghampiri Bumi
Komet Paling Besar Pernah Dilihat Menghampiri Bumi 1

Alam angkasa terbentang begitu luas dan penuh dengan seribu satu rahsia. Banyak rahsia sudah disingkap. Banyak lagi kekal misteri. Salah satu rahsia disingkap adalah mengenai batu-batu angkasa. Objek seperti asteroid, komet dan meteoroid dulu kala disembah para manusia silam.

Jangankan zaman prasejarah, manusia zaman Rom pun sama naik (McBeath & Gheorghe, 2005). Satu masa yang lalu, peristiwa gerhana boleh menyebabkan umat manusia lari bertempiaran kerana takut pada kiamat (Cox, 2017).

Itulah kebaikan sains, yang merencanakan ilmu dan memecahkan belenggu kejahilan. Zaman sekarang, ilmu sudah menjadi universal milik semua.

Asteroid adalah sebuah “planet kecil” kerana berpermukaan tanpa atmosfera. Komet merupakan batu ais yang melepaskan gas.

Dan meteoroid pula adalah sebuah “asteroid kecil”. Tiada apa yang berdewa-dewi atau murka dan bala. Hanya hukum fizik dan aturan masa.

Pendatang Gergasi Yang Menjelajah

Masa berfungsi dengan cara tersendiri di angkasa. Macam di Bumi, hukum masa memang tegas. Ali dilahirkan pada tahun 1500, manakala Abu pula menyertai Perang Dunia Kedua.

Bagi orang yang hidup zaman semasa, Ali ‘berusia’ 522 tahun… manakala Abu pula dalam lingkungan 74 tahun. Tetapi angkasa lain. Semuanya berkaitan antara satu sama lain.

Ambil contoh komet. Saintis mengesahkan bahawa komet merupakan sisa dan saki-baki yang terhasil semasa pembentukan Sistem Suria. Jadi seandainya Ali dan Abu menjadi komet, kedua-duanya berusia 4.6 bilion tahun yang lalu. Tiada istilah 522 tahun dan 74 tahun. Semua komet berkongsi usia lebih kurang sama (NASA, n.d.).

Pada tahun 2014, sepasang saintis Amerika Syarikat – Gary Bernstein dan Pedro Bernardinelli – yang berpusat di Cerro Tololo Inter-American Observatory (CTIO) menggunakan teknologi algoritma untuk mencari objek-objek bergerak.

Pencerap Tololo Yang Tidak Tolol

Dan mereka menemui sesuatu kepelikan (anomaly) bermula 10 Oktober. Kepelikan ini adalah sebutir komet yang sedang menghampiri Bumi dengan kelajuan 35,000 kilometer sejam.

Untuk faham perspektif kelajuan ini, bayangkan sebuah kapal berlepas daripada Bumi. Hanya dalam masa 11 jam, ia sudah tiba di Bulan.

Itulah Komet C/2014 UN271 atau lebih dikenali sebagai Bernadinelli-Bernstein sempena dua orang saintis tersebut.

Jujur cakap, kewujudan komet di Sistem Suria bukanlah satu benda yang menghairankan. Setiap 76 tahun, Bumi boleh nampak Komet Halley yang mengelilingi Matahari hingga Pluto.

Tetapi apa yang menarik tentang Komet Bernadinelli-Bernstein adalah saiz luar biasanya. Diameter Komet Halley adalah 11 kilometer… manakala Diameter Bernadinelli-Bernstein pula mencecah 137 kilometer. Sangat besar.

Peluang Untuk Ilmu

Saintis menjangka Komet Bernadinelli-Bernstein akan berada pada titik paling hampir dengan Bumi pada tahun 2031. Seandainya menghentam, nescaya semua kehidupan di Bumi akan lenyap.

Tiada apa boleh menghentikannya.

Jangankan kehidupan – silap-silap Bumi pun lenyap kerana saiz dan kelajuan Komet Bernadinelli-Bernstein.

Akan tetapi, jangan risau. Komet ini takkan menghentam. Ia cuma menghampiri Bumi daripada luar Sistem Suria. Paling dekat pun dalam lingkungan 1.6 bilion kilometer sahaja, bermakna penduduk Bumi takkan boleh tengok dengan mata kasar pun.

Walau bagaimanapun, datangnya penjelajah angkasa ini menyajikan peluang untuk belajar. Komet ini mempunyai sebuah ekor ais yang panjang. Dengan menggunakan Teleskop Angkasa Hubble, saintis membuang semua unsur gas pada permukaannya… hanya tinggal rangka yang dipanggil nukleus.

Nukleus Komet Bernadinelli-Bernstein diperbuat daripada ais. Dan saintis menjangka warnanya hitam pekat seperti arang batu (Specktor, 2022).

Ini yang merisaukan sebenarnya. Sebab komet ini berhati hitam. Selalunya orang hati hitam katanya jahat. Kalau tidak percaya, tengok ruangan komen. Mesti ada yang cakap ini penipuan Barat.

RUJUKAN:

Cox, D. (2017, Ogos 14). If you think an eclipse means doomsday, you’re not the first. BBC.

McBeath, A., & Gheorghe, A. (2005). Meteor Belief Project: Meteorite worship in the ancient Greek and Roman worlds. The Journal of IMO. 33 (5): 135-144.

NASA. (n.d.). Comets.

Specktor, B. (2022, April 14). Largest comet ever seen has heart ‘blacker than coal’, and it’s headed this way. Live Science.

Komet Paling Besar Pernah Dilihat Menghampiri Bumi 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo
syaifulloh bin imam muhtasari kontraktor bina rumah ibs saif muhtar
syaifulloh bin imam muhtasari kontraktor bina rumah ibs saif muhtar
syaifulloh bin imam muhtasari kontraktor bina rumah ibs saif muhtar

Back to list