Artikel Terkini

Lagu Pelukan Angkasa juara AJL36, bawa pulang RM100,000 & trofi bersalut emas

Lagu Pelukan Angkasa juara AJL36, bawa pulang RM100,000 & trofi bersalut emas

Lagu Pelukan Angkasa nyanyian SOG dan Shila Amzah dinobatkan sebagai juara Anugerah Juara Lagu (AJL) Ke-36 yang disiarkan secara langsung di TV3 dari Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Kuala Lumpur (PWTC) sebenar tadi.

**** merangkul trofi bersalut emas dan wang tunai RM100,000. Naib juara pula milik lagu Cinta nyanyian Marsha Milan ciptaan Bunga Cantik dan Hang Nadim meraih trofi serta wang tunai RM50,000.

Tempat ketiga pula memperlihatkan lagu Mimpi nyanyian Haqiem Rusli membawa pulang trofi dan wang tunai RM30,000.

Vokal memukau Aina Abdul dengan lagu Sepi pula berjaya diumumkan sebagai pemenang Vokal Terbaik dengan merangkul trofi serta wang tunai RM12,000.

Bagi kategori persembahan terbaik pula, lagu Cinta nyanyian Marsha Milan membawa pulang trofi serta wang tunai RM12,000 selain RM6,000 daripada penaja utama NOIR Beauty Essence.

Acara penuh berprestij berkenaan turut diserikan dengan persembahan Mas Idayu, Jamal Abdillah, Ayda Jebat dan kumpulan Wings.

AJL36 dihoskan pengacara Alif Satar dan Nabila Huda dengan kehadiran 200 tetamu khas dan mengikut prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan.



kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo