Artikel Terkini

Langkah Sheraton Yang Menjatuhkan Imran Khan

Langkah Sheraton Yang Menjatuhkan Imran Khan
Langkah Sheraton Yang Menjatuhkan Imran Khan 1

Politik Pakistan sebenarnya tidak popular langsung di Malaysia. Kalau tanya pada orang ramai, silap-silap ada yang cakap Imran Khan adalah ahli keluarga Shah Rukh Khan.

Penjelasan mudah: Imran dilucut jawatan Perdana Menteri Pakistan minggu lalu. Terdapat beberapa perkara menarik tentang politik sana yang nampak macam lebih kurang dengan situasi Malaysia.

Ingin baca mengenai sejarah Islam di India? Beli buku terbaru The Patriots, Mughal: Mutiara Islam Di India di: http://bit.ly/PraTempahMughal

Pertama sekali Imran tidak perlu karier politik untuk menimba populariti.

Beliau pernah bermain kriket untuk Pakistan di peringkat kebangsaan – dan sebelum menceburi bidang politik, beliau bantu mengasaskan banyak hospital kanser di bandar-bandar utama seperti Lahore dan Peshawar.

Kiri: Imran Khan (sekarang).

Sekadar pengetahuan, rakyat Pakistan sentiasa diancam kanser payu dara, prostat dan paru-paru (Tariq, et al., 2015).

Jadi sebelum masuk politik, Imran sudah mengambil cakna dengan masalah dihadapi Pakistan. Beliau melangkah masuk pada tahun 1996, selepas mengasaskan Parti Tehreek-e-Insaf Pakistan (PTI).

Parti ini mengambil kedudukan tengah-kiri kerana menyokong prinsip kebajikan dan keadilan sosial secara populis. PTI bertatih sebagai “parti sebuah kerusi” dan dalam masa 20 tahun bangun menjadi blok pembangkang kedua terbesar dalam dewan.

2018 Yang Mengubah

PTI mampu membentuk kerajaan pada tahun 2013 lagi, jika Imran Khan bekerjasama dengan Nawaz Sharif. Rezeki Imran terbuka lima tahun kemudian, tanpa penglibatan Nawaz. Sebenarnya Nawaz sudah tidak tiga kali menjadi Perdana Menteri Pakistan:

  • Pentadbiran pertama (1990-1993) berakhir kerana tewas pada tangan Benazir Bhutto.
  • Pentadbiran kedua (1997-1999) berakhir kerana diguling tentera.
  • Pentadbiran ketiga (2013-2017) berakhir dengan perlucutan jawatan dibawah perintah Mahkamah Agung.
Tiga kali tergolek

Betapa rosaknya institusi politik Pakistan kerana tiada pemimpin menikmati majoriti mudah. Imej parti Nawaz terjejas sampai memangkinkan kemenangan Imran… sekali lagi tanpa majoriti mudah tetapi boleh mengangat sumpah dengan restu Liga Muslim Pakistan.

Namun apakan daya – Pakistan bukan Israel sampai boleh kekal stabil dengan kerajaan minoriti. Pakistan juga bukan Jerman sampai pemimpin mampu konsisten berkuasa lebih sepenggal.

Politiknya terlalu berpolarisasi – dan populariti Imran boleh kata terjejas angkara pandemik COVID-19.

Ekonomi Pakistan sangat rapuh sampai Imran perlu naikkan kutipan cukai (memang bukan lagi prinsip populisme). Tidak kira apa yang Imran buat, mesti ada benda yang boleh dikecam kerana beliau seolah-olah cakap tak serupa bikin macam seorang pemimpin dalam negara Asia Tenggara.

“Deklarasi Rakyat” dan “Muafakat Nasional” Terhadap Kerajaan Imran

Selepas tumbang pada tangan PTI, parti-parti pembangkang utama di Pakistan membentuk sebuah gagasan bersama. Gerakan Demokratik Pakistan (PDM).

PDM (bukan Pasaraya Darul Makmur)

Pihak PDM rata-ratanya menuduh Imran kerana 1) kepimpinan lemah, 2) pembunuhan karier politik dan 3) salah tadbir urus ekonomi dan dasar luar. Sama pula macam Malaysia dibawah kerajaan Pakatan Harapan.

Untuk mencari pelampung politik, Imran guna jalan mudah: tuduh Amerika Syarikat. Menurut jurucakap kerajaan Pakistan, katanya Amerika Syarikat sangat murka apabila Imran mengunjungi Rusia (Syed, 2022).

Jadi Amerika Syarikat didakwa mahu menjatuhkan Imran dan “memaafkan” Pakistan jika niat mereka ditunaikan pembangkang (Meer Baloch, 2022). Amerika Syarikat menafikan dakwaan kosong ini kerana Imran sembang lebat cakap ada bukti (padahal tidak pernah tunjuk).

Apa yang sedang berlaku barangkali ahli-ahli politik pro-Imran sedang bertimbang tara untuk menyertai PDM. Jadi sebelum perkara ini berlaku, Imran memohon supaya kerajaannya dibubarkan.

Senang untuk singkirkan ahli-ahli politik ini (atas dakyah singkirkan tangan-tangan tersembunyi pro-Amerika). Pihak presiden pun bersetuju untuk membubarkan kerajaan – walau bagaimanapun, pihak presiden sebenarnya tiada kuasa untuk berbuat demikian kerana Dewan Parlimen masih belum undi bubar.

Ingin baca bagaimana Jepun cuba menjajah China dan Korea pada waktu silam? Beli buku terbaru The Patriots Kitab Tamadun Jepun di: http://bit.ly/KitabTamadunJepun

Maka pihak PDM mengatur strategi untuk buat undi tak percaya terhadap Imran. Dan mereka berjaya minggu lalu, menumbangkan Imran daripada tampuk kerajaan.

Jadi nampak gaya macam Imran sendiri sengaja memaksa supaya kerajaan terbubar. Situasinya seperti “aku suruh korang bubar. Korang taknak. Jadi aku buat macam ni supaya kerajaan bubar”.

RUJUKAN:

Meer Baloch, S. (2022, Mac 31). Imran Khan claims US threatened him and wants him ousted as Pakistan PM. The Guardian.

Syed, B. (2022, April 10). Cablegate lands foreign service in knotty predicament. Dawn.

Tariq, A., et al. (2015). Types of Cancers Prevailing in Pakistan and their Management Evaluation. Asian Pac J Cancer Prev. 16 (9): 3605-3616.

Langkah Sheraton Yang Menjatuhkan Imran Khan 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo

Back to list