Artikel Terkini

Lantik Tajuddin Duta Besar Malaysia ke Indonesia bencana memalukan negara

Lantik Tajuddin Duta Besar Malaysia ke Indonesia bencana memalukan negara
Lantik Tajuddin Duta Besar Malaysia ke Indonesia bencana memalukan negara 1

BANGI, 17 Syawal 1443H, Rabu – Pelantikan Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman sebagai Duta Besar Malaysia ke Indonesia bukan sahaja tidak sesuai, bahkan dianggap satu bencana yang amat memalukan negara.

Ini kerana, seluruh negara masih trauma dengan profesionalisme yang ditunjukkan beliau sebagai Pengerusi Bukan Eksekutif Prasarana Malaysia Bhd dalam menguruskan kes pertembungan tren Transit Aliran Ringan (LRT) pada Mei tahun lepas.

Sebelum ini, Tajuddin dikecam pelbagai pihak kerana didakwa tidak sensitif ketika mengendalikan sidang media berhubung tragadi kemalangan membabitkan dua tren LRT laluan Kelana Jaya.

Atas dasar itu, Setiausaha Agung BERJASA, Ir Ts Muhammad Lukman Al Hakim berpendapat, imej orang tua yang bongkak, berfikiran kolot dan sering melakukan jenaka tidak kelakar amat tidak sesuai untuk menjadi duta di negara jiran yang dijangka bakal menjadi kuasa ekonomi keempat terbesar dunia pada 2040.

Bahkan, pelantikan itu juga menimbulkan pelbagai persoalan, termasuk sama ada Tajuddin mampu memperkukuh hubungan ekonomi kedua-dua negara yang menyumbang sebagai pengeluar 85 peratus minyak sawit global.

Lukman tertanya-tanya sama ada Malaysia dan Indonesia perlu bersaing, atau bekerjasama sebagai satu kuasa dunia terutama bagi menangani persepsi buruk minyak sawit dari negara Kesatuan Eropah (EU) yang menyebabkan pengurangan permintaan yang amat ketara.

“Apakah strategi bagi menambahbaik kerjasama dan perancangan strategik ketenteraan bagi kedua-dua negara untuk mempertahankan kedaulatan dan keselamatan Selat Melaka sebagai selat terpenting dan paling strategik dalam perdagangan dunia yang dilalui oleh hampir 100,000 buah kapal setiap tahun?

“Bagaimana pula dengan isu Pekhimat Domestik Indonesia (PDI) yang terkait pembekalan pembantu rumah dan pekerja asing dari Indonesia yang masih belum selesai? Masalah alam sekitar terutamanya jerebu? Polemik sempadan antarabangsa di Pulau Ambalat?

“Selain menyelesaikan masalah, adakah Tajuddin mampu menjayakan pelbagai perancangan strategik masa depan antara kedua-dua negara seperti kerjasama dalam bidang pendidikan, pelancongan serta sinergi hasil bumi bagi menjana ekonomi bertaraf dunia?,” soalnya.

Terdahulu, sebuah portal berita melaporkan bahawa Tajuddin dijadual melaporkan diri sebagai Duta Besar Malaysia ke Indonesia akhir bulan ini.

Tajuddin, 74, sebelum ini pernah menyertai delegasi rasmi ketika lawatan kerja Perdana Menteri ke Indonesia bertemu Presiden Joko Widodo pada November lalu.

Jawatan Duta Besar Malaysia di Indonesia kini kosong dengan yang terakhir disandang Datuk Zainal Abidin Bakar.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Lantik Tajuddin Duta Besar Malaysia ke Indonesia bencana memalukan negara 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo
syaifulloh bin imam muhtasari kontraktor bina rumah ibs saif muhtar
syaifulloh bin imam muhtasari kontraktor bina rumah ibs saif muhtar
syaifulloh bin imam muhtasari kontraktor bina rumah ibs saif muhtar

Back to list