Artikel Terkini

Lebih banyak latihan pengukuhan modal insan untuk Orang Asli

Lebih banyak latihan pengukuhan modal insan untuk Orang Asli
Lebih banyak latihan pengukuhan modal insan untuk Orang Asli 1

BANGI, 14 Syawal 1443H, Ahad – Lebih banyak latihan pengukuhan modal insan akan diberikan kepada masyarakat Orang Asli selaras dengan perkembangan teknologi semasa dan persediaan negara untuk memasuki fasa endemik.

Timbalan Menteri I Pembangunan Luar Bandar Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad berkata kementerian akan memastikan modul latihan terkini dapat diaplikasi selaras dengan aspirasi dan fokus negara terutama ke arah pendigitalan menerusi pelaksanaan MYDESA.

“MYDESA merupakan program latihan khusus untuk Pengerusi dan Setiausaha Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) serta turut melibatkan JPKKOA (Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung Orang Asli) dalam memantapkan peranan dan tugas JPKKOA menerusi pembelajaran secara bersemuka dan sesi latihan,

“Selain kemudahan infrastruktur asas masyarakat Orang Asli termasuk ameniti sosial diperluas, pembangunan modal insan dan peningkatan kadar pendapatan masyarakat tersebut turut diberi tumpuan,” katanya pada Majlis Perasmian Penutup Kursus Kepimpinan MYDESA JPKKOA Negeri Pahang Tahun 2022 di sini.

Program selama tiga hari bermula semalam di Pusat Latihan Institut Kemajuan Desa (INFRA) Bangi itu melibatkan 60 peserta yang terdiri daripada Pengerusi dan Setiausaha JPKKOA Negeri Pahang.

Abdul Rahman juga berkata sehingga kini, terdapat sejumlah 276 JPKKOA di seluruh negara yang berperanan sebagai jawatankuasa mengurus dan melaksanakan pembangunan, kemajuan serta keselamatan kampung sekali gus bertindak sebagai perantara komuniti masyarakat Orang Asli dan pihak kerajaan.

“Sebanyak RM274 juta peruntukan dalam Bajet 2022 disediakan bagi komuniti Orang Asli sekali gus diyakini mampu melaksanakan agenda pembangunan dan kemajuan masyarakat luar bandar melalui Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) dan Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA),” katanya.

Beliau turut menyampaikan replika cek elaun bernilai RM1.29 juta kepada wakil Pengerusi dan Setiausaha JPKKOA Negeri Pahang Tahun 2022.

Turut hadir Ketua Pengarah JAKOA Sapiah Mohd Nor dan Pengarah INFRA Noraina Masduki. – Bernama

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Lebih banyak latihan pengukuhan modal insan untuk Orang Asli 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo
syaifulloh bin imam muhtasari kontraktor bina rumah ibs saif muhtar
syaifulloh bin imam muhtasari kontraktor bina rumah ibs saif muhtar
syaifulloh bin imam muhtasari kontraktor bina rumah ibs saif muhtar

Back to list