Artikel Terkini

Lelaki bawa dadah, barang pecah rumah pecut kereta lari dari polis

Lelaki bawa dadah, barang pecah rumah pecut kereta lari dari polis
Lelaki bawa dadah, barang pecah rumah pecut kereta lari dari polis 1

KUALA LUMPUR – Seorang lelaki yang melarikan diri ketika kereta dipandunya ditahan polis di Jalan Hulubalang 10, Taman Sentosa, Klang, baru-baru ini direman empat hari hari untuk siasatan.

Ketua Polis Klang Selatan, ACP Cha Hoong Fong berkata, lelaki tempatan itu ditahan kira-kira 11.45 pagi kerana keretanya dalam keadaan mencurigakan.

Bagaimanapun suspek tidak berhentikan keretanya tetapi terus memecut laju.

”Polis mengekori kenderaan suspek sehingga lampu isyarat Jalan Bendahara 10B, Jalan Sungai Jati Klang dan berjaya menghalang kenderaan yang dipandu suspek. Suspek telah bertindak melanggar kereta pihak polis dan juga telah melanggar tiga buah kereta orang awam yang berada di tempat kejadian sebelum turun dari kereta untuk melarikan diri.

”Suspek berusia 28 tahun itu kemudiannya berjaya ditahan di kawasan berdekatan kejadian tersebut,” katanya.

Hasil pemeriksaan lanjut di dalam kereta berkenaan menjumpai satu gram pil aluminium foil warna merah disyaki dadah jenis Erimin 5 yang disimpan di dalam bekas warna perak digantung bersama kunci kereta.

Pemeriksaan di dalam bonet kereta pula terdapat pelbagai barang peralatan pecah rumah yang telah diubahsusai beserta pelbagai telefon bimbit disyaki barang curi.

Hoong Fong berkata, suspek mempunyai pelbagai rekod lampau atas kesalahan jenayah dan dadah.

Bahagian Siasatan Jenayah, IPD Klang Selatan telah membuka kertas siasatan di bawah Seksyen 186 Kanun Keseksaan kerana menghalang penjawat awam dalam menjalankan tugas, jika disabitkan kesalahan, boleh dihukum dua tahun penjara atau dengan denda sehingga RM10,000 atau dengan kedua-duanya.

Katanya, Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, IPD Klang Selatan juga telah membuka kertas siasatan di bawah seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang membawa hukuman denda maksimum RM100,000.00 atau penjara maksimum lima tahun atau kedua-duanya sekali. – MalaysiaGazette

 

Lelaki bawa dadah, barang pecah rumah pecut kereta lari dari polis 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo

Back to list