Artikel Terkini

Lelaki mengamuk gara-gara abang dijamin keluarga

Lelaki mengamuk gara-gara abang dijamin keluarga
Lelaki mengamuk gara-gara abang dijamin keluarga 1

KUALA LUMPUR – Seorang lelaki bersenjata pisau yang mengamuk dengan merosakkan barangan yang terdapat di rumah abangnya di Taman Lembah Maju, Ampang, dekat sini, dan mengeluarkan kata-kata ugutan ditahan polis .

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak berkata, siasatan mendapati kejadian dipercayai berpunca akibat lelaki itu tidak berpuas hati dengan tindakan  keluarga beliau yang menjamin menjamin abangnya yang ditangkap atas kesalahan memiliki dadah pada 2 November lalu.

Katanya, lelaki tersebut ditangkap di Pandan Indah, di sini, berikutan aduan yang dilakukan abangnya itu yang terdengar suspek mengamuk di dalam rumah dan mengeluarkan kata-kata ugutan.

“Suspek bertindak memecahkan barang di dalam rumah pengadu dan turut memegang pisau,” katanya dalam kenyataan, malam ini.

Tambah beliau, akibat perbuatan khianat itu, pengadu yang merupakan pemandu teksi mengalami kerugian kerosakan perabot, pintu, siling dan atap.

Menurutnya, suspek yang berusia 28 tahun merupakan penganggur mempunyai tiga rekod lampau atas kesalahan jenayah dadah.

Mohamad Farouk berkata, suspek akan dihadapkan ke Mahkamah Ampang esok untuk mendapatkan perintah reman bagi membantu siasatan.

Katanya, kes disiasat di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan iaitu ugutan jenayah yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga dua tahun atau dengan denda atau kedua-duanya jika disabitkan kesalahan.

Jelasnya, suspek juga disiasat mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan iaitu melakukan khianat yang boleh dihukum penjara tidak kurang setahun tahun dan tidak melebihi lima tahun atau dengan denda atau dengan kedua-duanya. – MalaysiaGazette

Lelaki mengamuk gara-gara abang dijamin keluarga 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo

Back to list