Artikel Terkini

Lilitan Kapten Harimau Malaya bukan untuk dibanggakan ‘Mickey’

Lilitan Kapten Harimau Malaya bukan untuk dibanggakan ‘Mickey’
Lilitan Kapten Harimau Malaya bukan untuk dibanggakan 'Mickey' 1

PETALING JAYA – Pemain sayap Terengganu FC, Mohd Faisal Halim menyifatkan pemilihan selaku kapten skuad Harimau Malaya bagi kempen Piala Persekutuan Bolasepak ASEAN (AFF) bukan sesuatu yang perlukan dibanggakan.

Sebaliknya, Mohd Faisal berkata, tugas kapten tidak sempurna jika gagal memainkan peranan menyampaikan kehendak ketua jurulatih kebangsaan, Kim Pan Gon selain menjadi perantara kepada pemain.

“Tidak semestinya lilitan di tangan, apa yang penting saya dapat bantu jurulatih serta menyampaikan maklumat kepada rakan-rakan bagi sebarang perkara yang mereka perlukan,” katanya pada sesi latihan kedua kem latihan pusat di Wisma Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) di Kelana Jaya, dekat sini,   hari ini.

Terdahulu, FAM, dalam kenyataan, memaklumkan Mohd Faisal turut dikenali sebagai ‘Mickey’ dan tonggak utama Selangor FC, Brendan Gan diumum Pan Gon sebagai kapten, bersama-sama Dion Cools dan Safawi Rasid.

Jika diikutkan atas kertas, 29 pemain dipanggil pada sesi latihan pusat kali ini berbeza dengan apa yang dipamerkan selepas skuad itu layak ke pusingan akhir Piala Asia secara merit pada Jun lepas, namun Mohd Faisal optimis keputusan memberangsangkan dapat diraih pada Piala AFF nanti.

“Jangkaan peminat memang tinggi terhadap pasukan kita sebelum ini sebab kita dah berjaya buat yang terbaik. Sekarang senarai pemain sudah berubah yang selalu ada kini sudah tiada dalam senarai.

“Jadi kita doa yang terbaik pada sesiapa yang jurulatih beri peluang untuk lakukan yang terbaik dan jangan takut dengan kritikan. Percayalah kalau pemain dapat lakukan apa yang jurulatih mahukan keputusan yang baik dapat dicapai,” katanya.

Malaysia akan terlibat dengan perlawanan antarabangsa Tier 1 menentang Kemboja di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 9 Disember ini dan berdepan Maldives di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur di Cheras pada 14 Disember sebelum memulakan cabaran pada saingan Piala AFF dari 20 Disember hingga 16 Januari tahun depan. – Bernama

Lilitan Kapten Harimau Malaya bukan untuk dibanggakan 'Mickey' 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo

Back to list