Artikel Terkini

“Lillahi Taala, Yasin Sulaiman Antara Manusia Paling Baik Pernah Saya Jumpa”

“Lillahi Taala, Yasin Sulaiman Antara Manusia Paling Baik Pernah Saya Jumpa”
"Lillahi Taala, Yasin Sulaiman Antara Manusia Paling Baik Pernah Saya Jumpa" 1

Umum mengetahui, penyanyi Yasin Sulaiman kini ditempatkan di Penjara Sungai Buloh atas dua pertuduhan mengedar dan menanam 17 pokok ganja di kediamannya 24 Mac lalu.

Memetik Kosmo, penyanyi Faizal Tahir menyifatkan Yasin antara manusia yang paling baik pernah dikenalinya dalam hidup.

BACA: “Tak Wajar Kita Terus Menjenayahkan Kanabis” – Yasin Sulaiman

Menurut Faizal lagi, Yasin banyak mengubah hidupnya ke arah lebih baik. Malah, suatu masa dahulu, dia sering berkunjung ke rumah Yasin.

“Saya tidak berada dalam posisi untuk cerita apa yang betul, apa yang salah. Saya tak layak. Tapi, apa yang saya boleh katakan, Yasin adalah antara manusia yang paling banyak mengubah hidup saya sebenarnya.

“Dahulu, saya duduk satu blok dengan dia. Selalu pergi rumah dia main permainan video (game) sampailah saya berpindah ke rumah lain. Selepas itu, memang susah nak jumpa dia.

“Kalaulah saya boleh senaraikan antara orang yang banyak mengubah hidup saya menjadi lebih baik, insya-Allah, Yasin Sulaiman memang akan berada pada kedudukan teratas.

“Saya banyak belajar tentang al-Quran, tadabbur dan hal yang berkaitan dengan kehidupan. Apa yang boleh saya katakan, dia merupakan antara manusia yang banyak mengubah saya ke arah kebaikan,” katanya.

Sedih di atas apa yang menimpa sahabat baiknya itu, Faizal berkata beberapa hari sebelum Yasin dia ditangkap, dia bercadang untuk bertemu dengan penyanyi itu selepas lebih setahun tidak berjumpa.

“Beberapa hari sebelum dia ditahan, saya memang berniat nak jumpa dengan dia. Sebab sudah hampir setahun lebih tidak bersua muka. Malangnya, hasrat hati saya tidak kesampaian.

“Bila dah jadi begini, sebagai kawan mesti saya sedih sebab mungkin dia ambil benda terlarang, yang tak bagus tapi dia tak kacau orang pun.

“Dia tak pernah buat salah kepada orang. Yasin yang saya kenal, Lillahi Taala, antara manusia paling baik pernah saya jumpa dalam hidup,” katanya lagi.

Dalam pada itu, Faizal turut menyifatkan hukuman yang diberikan kepada Yasin dirasakan tidak masuk akal dan mengarut kerana perlu lihat pada latar belakang seseorang dan mengapa individu itu berbuat demikian.

“Salah tak salah, itu memang terpulang kepada undang-undang. Tapi, kalau saya boleh kata, hukuman yang bakal diterimanya, bagi saya, tak masuk akal dan mengarut.

“Kalau kita nak buat apa-apa pun, biarlah kita tengok latar belakang seseorang itu, kenapa dia buat benda berkenaan dan apa impak dia buat kepada orang lain.

“Saya percaya, bukan saya seorang sahaja yang jadi baik sebab dia (Yasin), tapi ramai orang lain pun sama,” katanya.


"Lillahi Taala, Yasin Sulaiman Antara Manusia Paling Baik Pernah Saya Jumpa" 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo

Back to list