Artikel Terkini

Lohong Hitam Pertama Ditemui Dalam Galaksi Kita

Lohong Hitam Pertama Ditemui Dalam Galaksi Kita
Lohong Hitam Pertama Ditemui Dalam Galaksi Kita 1
Follow our Telegram

Alam angkasa terbentang begitu luas, lagi penuh dengan keindahan berwarna-warni. Banyak objek yang menarik terdapat di ruangan angkasa.

Tetapi hukum keindahan ini tetap sama: cahaya dan masa. Dalam pembelajaran angkasa, mesti pernah dengar pasal “tahun cahaya”.

Ukuran jarak ini mudah difahami jika tengok setiap objek dengan perspektif cahaya. Macam Bumi ini ada dalam Sistem Suria (Solar System) yang terletak dalam Galaksi Bima Sakti.

Galaksi ini ada banyak sistem berbintang yang lain. Salah satu sistem adalah Alpha Centauri, sistem paling berhampiran dengan Solar System.

Lohong Hitam Pertama Ditemui Dalam Galaksi Kita 2
Dekat tetapi jauh.

Jaraknya adalah 4.367 tahun cahaya. Sesungguhnya 4.367 tahun ini adalah masa yang diperlukan untuk cahaya daripada Alpha Centauri sampai di Bumi (sekali gus membolehkan kita nampak sistem tersebut).

Boleh ambil contoh benda lain pun, seperti bintang Tau Ceti yang terletak 11.9 tahun cahaya dari Bumi. Bermakna cahaya bintang tersebut ambil masa 11.9 tahun untuk sampai di Bumi.

Inilah hukum cahaya. Lagi jauh sesuatu objek, lagi lama ia ambil untuk tiba di Bumi. Persoalan sekarang, macam mana saintis cerap lohong hitam (black hole)?

Lohong Hitam Pertama Ditemui Dalam Galaksi Kita 3
Medan cahaya dengan pusaran gelap.

Ini yang betul-betul difikirkan, kerana fenomena lohong hitam adalah anti-cahaya. Gravitinya terlalu dahsyat hingga mampu menyedut segala cahaya.

Memahami Fenomena Lohong Hitam

Lohong hitam bukan sama sekali suatu fenomena yang bersifat malu-malu kucing (jarang berlaku).

Ia kerap berlaku. Malah ketika pembaca menelusuri artikel ini, ada lohong hitam yang sedang membuat onar di luar sana.

Saintis membuat anggaran kasar tentang jumlah lohong hitam. Dan mereka ada numbers yang strong dan formidable, iaitu 100 juta. Bermakna dalam Galaksi Bima Sakti, terdapat 100 juta lohong hitam yang hampir semuanya berjisim setanding Matahari (Carpinetti, 2022).

Dengan menggunakan alat pencerap khas, saintis faham yang lohong hitam adalah suatu fenomena yang berinteraksi dengan bintang.

Maksudnya, sebutir bintang runtuh sampai menjadi lubang iaitu lohong hitam.

Begitu lama hukum ini dipegang sebagai fitrah alam. Walau bagaimanapun, seperti biasa, sains sentiasa membetulkan diri sendiri.

Baru-baru ini, saintis menemui sebuah lohong hitam yang kesunyian tanpa peneman macam segelintir dalam kalangan pembaca. Bermakna lohong hitam ini bersifat liar, bukan kerana keruntuhan bintang yang mati.

Liarnya Lubang Ini

Saintis tidak perlu membangunkan sebuah alat khas untuk tengok lohong hitam liar ini. Mereka bergantung pada Teleskop Angkasa Hubble (HST) yang sudah berzaman di ruangan angkasa.

Dan lohong hitam liar ini terletak 5,150 tahun cahaya dari Bumi, tidak jauh daripada Pusat Galaksi di tengah Bima Sakti (Choi, 2022).

Saintis ternampak secara tidak langsung sebenarnya. Seperti yang dijelaskan, lohong hitam menarik cahaya… sekali gus tidak boleh dilihat begitu saja.

Oleh yang demikian, ada satu faktor yang main peranan. Apabila lohong hitam menarik cahaya, akan berlaku fenomena unik. Cahaya yang menghala ke arah lohong hitam akan membengkok.

Lohong Hitam Pertama Ditemui Dalam Galaksi Kita 4
Gambar black hole betul disunting sedikit untuk tunjuk kimpalan cahaya.

Dengan cara inilah saintis mengukur saiz sebuah lohong hitam. Teknologi digital membolehkan saintis kira lohong hitam halus (saiz gunung dianggap halus di angkasa).

Saintis berpendapat lohong hitam liar ini mempunyai jirim sebanyak 7.1 kali ganda lebih tinggi untuk dibandingkan dengan jirim Matahari.

Ia sedang bergerak selaju 162,000 kilometer sejam. Bermakna penyedut gila ini sedang bebas bergerak, bukannya terkunci di satu tempat bagaikan kapal disauh.

RUJUKAN:

Carpinetti, A. (2022, Februari 4). First Truly Isolated Black Hole Discovered in the Milky Way. IFL Science.

Choi, C. (2022, Februari 7). Rogue black hole spotted on its own for the first time. Space.

[ad_2]
Source
[vc_row][vc_column][vc_column_text woodmart_inline="no" text_larger="no"][sociallocker id="61266"]Lohong Hitam Pertama Ditemui Dalam Galaksi Kita 5[/sociallocker][/vc_column_text][/vc_column][/vc_row] kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo

Back to list