Artikel Terkini

Macam mana nak eja ABC dalam tulisan Cina?

Macam mana nak eja ABC dalam tulisan Cina?

Pastinya ramai individu yang bertutur dalam Bahasa Cina pernah diajukan soalan ini, “Macam mana nak eja ABC dalam Bahasa Cina?” Tidak ramai sedar, sistem tulisan ini tidak dapat dieja kerana huruf Cina tidak wujud. Sebaliknya yang wujud ialah karakter bagi menggambarkan sesuatu perkataan. Contohnya, karakter 馬 merujuk kepada kuda.

Mengikut kronologi sejarah, tulisan Cina terawal ialah Jiaguwen (甲骨文) yang wujud pada zaman Shang (1600-1046 Masihi). Ringkas, tulisan terawal ini wujud lebih 3,000 tahun lalu. Tulisan ini ditulis atas cangkerang (jia) kura-kura dan tulang (gu) haiwan.

Contoh Jiaguwen

Oleh sebab itu, sistem ini dipanggil Jiaguwen atau “tulisan cengkerang dan tulang”. Orang putih panggilnya sebagai “oracle bone script” kerana cengkerang dan tulang ni dipakai oleh orang China Purba untuk tujuan tilikan. Ia kemudiannya menjadi semakin ringkas dan diselaraskan menjadi Zhuanshu (篆書) pada zaman Qin (221-204 SM). Kemudian pada zaman Han Timur (25-220) pula, muncul Kaishu (楷書) yang dipakai sehingga hari ini.

Jika diamati, tulisan Cina terawal bersifat piktogram atau 象形(xiangxing). Piktogram ni macam gambar di mana orang yang menulis itu melukis mengikut bentuk yang dilihat. Misalnya, nak tulis “kuda”, lukis kuda. Nak tulis “ikan”, lukis ikan. Nak tulis “matahari”, lukis matahari.

Tetapi masalahnya, piktogram tidak boleh digunakan untuk menggambarkan konsep yang lebih rumit. Ini membawa kepada pengenalan karakter bersifat “ideogram” atau 指事 (zhishi) yang melambangkan idea (idea – ideogram) abstrak. Contoh ideogram ni macam nak tulis satu, buat satu garisan. Nak tulis dua, maka buat dua garisan. “Satu” dan “dua”ni bukan benda yang wujud tapi konsep/idea. “Atas” dan “bawah” juga merupakan konsep/idea.

Menariknya, ideogram juga dapat dihasilkan dengan menggabungkan piktogram. “Tangan atas mata” merujuk kepada aksi melihat. Sementara “Orang yang bersandar pada pokok” merujuk kepada aksi rehat. “Dua tangan yang saling berpegangan” merujuk kepada kawan. Lain macam kawan pegang tangan.

Manakala ideogram bagi lelaki bermaksud “orang yang bajak sawah”. Ini disebabkan kerja bajak sawah merupakan kerja lelaki dulu. Sementara ideogram bagi perempuan pula bermaksud orang yang duduk dengan gaya ayu dan sopan. “Rumah yang ada perempuan” memberi gambaran suasana sejahtera.

Selain piktogram dan ideogram, terdapat juga karakter bersifat “phono-semantic compound” atau 形聲 (xingsheng). Karakter jenis ini mempunyai bahagian, satu melambangkan rupa (xing) atau sifat dengan yang kedua melambangkan bunyi (sheng). Ayam dan itik semua ada 鳥 sebab termasuk dalam kategori burung.

Sistem tulisan Cina ini digunakan selama 2,000 tahun dan tidak pernah diubah sejak zaman Han. Ini merupakan sebab utama tamadun dan budaya Cina terus bertahan dan diwarisi dari satu generasi ke satu generasi lain tanpa gagal. Atas sebab itu, orang Cina hari ini tiada masalah membaca buku era Han walaupun ia sudah berusia ratusan tahun.

Tetapi di sebalik kelebihan ini, ada juga kekurangan berkenaan sistem tulisan Cina: tempoh menulis karakter yang lama. Untuk “stroke” (garisan karakter) saja mengambil masa 0.5 saat untuk ditulis. Kalau perkataan yang lebih rumit, sudah pasti tempoh yang diambil akan jadi lebih lama.

Hal ini disedari oleh Republik China. Justeru, pada 1930-an, tulisan ringkas atau 简体字 (jiantizi) diperkenalkan sebagai cara memudahkan penulisan Bahasa Cina. Bagaimanapun, penguatkuasaan tulisan ini tidak dapat dilakukan kerana China terjerumus dalam Perang China-Jepun Kedua, teater perang Asia paling lama dalam Perang Dunia Kedua (WWII).

Selepas Republik China digantikan dengan Republik Rakyat China (ROC) pada 1949, barulah jiantizi dilaksanakan. Bagaimanapun, Hong Kong yang ketika itu berada di bawah pentadbiran British dan Taiwan masih kekal menggunakan tulisan tradisional.

Sekolah di Malaysia dan Singapura ajar tulisan ringkas. Tapi ramai masih dapat baca dan tulis tulisan tradisional disebabkan pengaruh budaya Taiwan dan Hong Kong. Ada juga yang kekal pakai tulisan tradisional atas alasan tulisan ringkas dianggap tidak cantik dan merosakkan nilai kesenian Bahasa Cina.

Tulisan Cina juga pernah dipakai di Korea dan Vietnam. Di sana, ia dipanggil sebagai Hanja dan Chữ Hán. Sementara Jepun masih kekalkan tulisan Cina (dipanggil Kanji) kerana sifat Bahasa Jepun yang lebih cenderung kepada Kanji berbanding Hiragana/Katakana. Hanja, Chữ Hán dan Kanji ini semuanya merujuk kepada Hanzi (漢字) iaitu nama rasmi bagi tulisan Cina yang bermaksud “tulisan orang Han”. Selain orang Han, kaum bukan Han seperti Manchu, Mongol dan Tibet juga mempunyai bahasa tersendiri.

Anda sebenarnya sedang membaca salah satu daripada selingan bab di dalam KITAB TAMADUN CINA, buku terbaru kami.  Nak tahu lebih lanjut, dapatkan Kitab Tamadun China di sini.


kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo
syaifulloh bin imam muhtasari kontraktor bina rumah ibs saif muhtar
syaifulloh bin imam muhtasari kontraktor bina rumah ibs saif muhtar
syaifulloh bin imam muhtasari kontraktor bina rumah ibs saif muhtar