Artikel Terkini

Maharaja Caligula Mengisytiharkan Dirinya Sebagai Dewa?

Maharaja Caligula Mengisytiharkan Dirinya Sebagai Dewa?
Maharaja Caligula Mengisytiharkan Dirinya Sebagai Dewa? 1

Maharaja Caligula ialah maharaja paling kejam sepanjang baginda memerintah dalam sejarah tamadun Rom terutamanya fasa empayar. Tempoh pemerintahan Caligula selama 4 tahun (37-41 Masihi) ini dipenuhi dengan komspirasi pembunuhan dan kebencian yang lebih dahsyat dari pemerintahan anak buahnya iaitu maharaja Nero (54-68 Masihi).

Caligula juga terkenal dengan kegilaan mentalnya. Salah satu kegilaannya ialah menjadikan kuda kesayangannya sebagai ahli konsul dalam dewan Senat. Tambahan pula, baginda memberikan hukuman berat kepada sesiapa yang memulakan bualan tentang kambing di hadapannya.

Tidak cukup dengan kegilaan ini, Caligula telah membuat perkara yang tidak masuk akal dan tidak pernah dialami oleh ahli konsul terdahulu, terutamanya maharaja-maharaja lepas. Perkara yang tidak masuk akal itu ialah mengisytiharkan dirinya sebagai dewa.

Antara kegilaan Caligula ialah melantik kuda kesayangannya sebagai ahli konsul. (Sumber: Ancient Origins)

Caligula dilantik sebagai maharaja ketika baginda berusia 25 tahun, selepas dibebaskan tuduhan pembunuhan ke atas ayahandanya. Pada awal pemerintahan, Caligula ialah pemerintah yang disegani ramai kerana sumbangannya yang begitu bermanfaat kepada warga Rom. Antara sumbangan itu ialah memberikan kebajikan bonus kepada para tentera, menghapuskan cukai yang berat sebelah, dan membebaskan para banduan yang dihakimi secara tidak adil.

Jangan lupa dapatkan buku terbaru terbitan The Patriots, KITAB TAMADUN CINA di webstore kami: https://bit.ly/KTCAyman

Baginda juga mementingkan hiburan rakyat dengan memulakan perlumbaan kereta kuda atau chariot, persembahan gladiator, dan persembahan teater. Namun sehingga pada fasa akhir pemerintahan Caligula, baginda berubah sikap dari maharaja yang pengasih kepada maharaja yang zalim sampaikan rakyat percaya bahawa maharaja kesayangan mereka sedang mengalami sakit mental.

Kegilaan Caligula paling dahsyat pada waktu itu ialah pengisytiharan baginda sebagai dewa yang menjelma sebagai manusia. Baginda mengarahkan pembinaan jambatan dari istananya hingga ke kuil dewa Jupiter (dewa langit) untuk memudahkan perjalanan baginda bertemu dewa tersebut.

Baginda juga memakaikan pakaian dewa atau demigod (manusia separa dewa) apabila turun bersama rakyat seperti menyerupai Hercules, Mercury (dewa pengutus), Venus (dewi kecantikan), dan Apollo (dewa matahari dan muzik).

Apabila bermesyuarat dengan para ahli konsul, baginda menamakan dirinya sebagai dewa apabila berbicara dan namanya harus dalam nama ‘Jupiter’ dalam menulis dokumentasi umum. Lagi ekstrem, baginda tukarkan hampir semua kepala arca dwa-dewi dan pasangkan dengan kepala wajah Caligula. Kuil dewa kembar bernama Castor dan Pollux dibina di kediaman diraja, khas untuk Caligula saja agar baginda dapat munculkan diri sebagai dewa bersama para dewa-dewi lain.

Kerana pengisytiharaan ini, ramai warga Rom mula membenci Caligula dan memberontak bagi menjatuhkan baginda dari takhta. Pernah Caligula sampaikan kepada para konsul, di mana baginda akan berpindah ke Mesir dan tinggalkan Rom bagi meneruskan ‘legasi kedewaan’ baginda. Mesir pun mula menghasilkan syiling emas dengan ukiran Caligula sebagai dewa matahari.

Jangan lupa dapatkan buku terbaru terbitan The Patriots, GENESIS II di webstore kami: bit.ly/GenesisIIZamir

Dari penyampaian ini kita mengetahui bahawa Caligula telah membaca keadaan rakyat yang mula mahu menggulingkannya. Maka, berpindah ke Mesir adalah satu-satunya cara bagi baginda mengelak dari konflik tersebut. Walau bagaimanapun, hajat Caligula tidak kesampaian kerana baginda ditikan oleh kumpulan penyerang ketika majlis sukan dengan sebanyak 30 tikaman, kemudian dikebumikan dalam kubur yang cetek. Pihak dewan Senat kemudian memadamkan Caligula dalam sejarah Rom kerana malu akan kewujudan ‘dewa Caligula’.

Sumber gambar: Caligula (1979)

Sebenarnya, pengiktirafan pemerintah sebagai entiti kuasa besar atau mutlak seperti dewa atau dewi telah lama dipraktikkan dalam kalangan maharaja yang memerintah sebuah empayar yang begitu besar. Seperti tamadun Mesir Kuno, ada kalangan firaun mengisytiharkan dirinya adalah jelmaan dewa Amon-Ra, iaitu dewa matahari Mesir.

Di Asia Tenggara juga praktik pengistiharan ini juga diselit dalam budaya kalangan kerabat diraja yang mengamalkan ajaran Hindu-Buddha. Satu-satunya konsep yang sama dengan pengisytiharaan ini ialah konsep devaraja, iaitu gelaran diberikan kepada raja-raja Hindu-Buddha bagi menguatkan darjat pemerintahan ke atas empayar mereka.

RUUKAN:

Gillan, Joanna. 3 May 2022. The Mad Emperor Caligula Declared He Was God. Ancient

Maharaja Caligula Mengisytiharkan Dirinya Sebagai Dewa? 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo
syaifulloh bin imam muhtasari kontraktor bina rumah ibs saif muhtar
syaifulloh bin imam muhtasari kontraktor bina rumah ibs saif muhtar
syaifulloh bin imam muhtasari kontraktor bina rumah ibs saif muhtar

Back to list